Hari minggu lalu kami ke Air Terjun Lepuh yang terletak di Pangsun, Hulu Langat. Perjalanan dari Shah Alam ke Asli Adventure Basecamp (AABC) iaitu tempat permulaan hiking adalah kira-kira 1 jam 10 minit pemanduan. Sebaik-baiknya lakukan pendakian diwaktu pagi supaya dapat bermandi-manda dan menikmati keindahan Air Terjun Lepuh. Group kami kali ini terdiri dari 3 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi saya trailnya intermediate, tidak begitu senang dan tidak begitu susah.Trail ini kurang sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun kerana trailnya agak mendaki 45 darjah. Kali ini kami mengupah jurupandu (guide) untuk ke air terjun kerana kami tidak pernah ke situ. Kami mengambil masa kira-kira dua jam setengah untuk sampai ke Air Terjun Lepoh.
Checkpoint permulaan pendakian |
Hikers perlu melintas 3 jambatan |
Permulaan trail agak mendatar dan lecak kerana malam sebelumnya hujan. Hikers perlu berhati-hati kerana ada banyak cabang-cabang trek. Jika diperhati dengan teliti ada penunjuk arah disediakan oleh penduduk kampung.
Ada disediakan penunjuk arah |
Kira-kira sejam perjalanan dari kebun getah, kami tiba di satu kawasan lapang untuk berhenti rehat. Kawasan ini sangat redup dan cantik. Menurut guide, di situ terdapat satu trek untuk turun ke sungai.
Kawasan rehat melepaskan lelah |
Perjalanan diteruskan lagi dengan trek yang sesekali mendaki kira-kira 25 darjah. Di satu kawasan, hikers akan melalui trek bersebelahan laluan paip. Saya tidak pasti paip tersebut masih digunakan atau tidak.
Trail menjadi agak susah apabila trek mula mendaki 45 darjah untuk sampai ke air terjun. Hikers perlu berhati-hati kerana trek akan menjadi licin jika hujan hari sebelumnya. Akar-akar kayu kelihatan seolah-olah seperti anak tangga. Kami mengambil masa yang agak lama untuk mendaki dan berhenti sekejap dipertengahan jalan untuk melepaskan penat.
Sebaik tiba di puncak pendakian, perjalanan diteruskan dengan trek mendatar. Dipertengahan trail ini, anda akan menjumpai sebuah bangunan usang yang ditinggalkan. Berhati-hati dan teruskan perjalanan. Sayup-sayup kedengaran bunyi sungai dan air terjun menandakan anda telah tiba di lokasi Air Terjun Lepoh. Guide menasihatkan kami agar berehat dahulu dan hanya merendamkan kaki di sungai sementara menunggu suhu badan kembali normal untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku.
Bersama-sama 'guide' dan anaknya |
Ahli group paling kecil |
Trail menjadi agak susah apabila trek mula mendaki 45 darjah untuk sampai ke air terjun. Hikers perlu berhati-hati kerana trek akan menjadi licin jika hujan hari sebelumnya. Akar-akar kayu kelihatan seolah-olah seperti anak tangga. Kami mengambil masa yang agak lama untuk mendaki dan berhenti sekejap dipertengahan jalan untuk melepaskan penat.
Guide membuatkan tongkat untuk membantu anak-anak mendaki |
Sebaik tiba di puncak pendakian, perjalanan diteruskan dengan trek mendatar. Dipertengahan trail ini, anda akan menjumpai sebuah bangunan usang yang ditinggalkan. Berhati-hati dan teruskan perjalanan. Sayup-sayup kedengaran bunyi sungai dan air terjun menandakan anda telah tiba di lokasi Air Terjun Lepoh. Guide menasihatkan kami agar berehat dahulu dan hanya merendamkan kaki di sungai sementara menunggu suhu badan kembali normal untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku.
View dari atas air terjun |
'Mighty Dad' |
No comments:
Post a Comment