Hari ini kami berpeluang hiking di Hutan Simpan Kota Damansara yang terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandaraya Shah Alam ke Hutan Simpan Kota Damansara. Berbekalkan roti, kami bergerak ke lokasi pada pukul 9.00 pagi.
Race start! |
Pada mulanya, kami mengikut Denai Pengakap iaitu kira-kira 2km atau kira-kira 45 minit perjalanan. Disebabkan kami tidak puas lagi hiking, kami meneruskan perjalanan menyusuri Denai Petaling. Denai ini dibina mengelilingi tasik dan tali air.
Anda dapat menikmati keindahan tasik sepanjang Denai Petaling |
Hiking kami sejauh 2.44 km dan mengambil masa kira-kira 1 jam 18 minit |
Elevation Gain: 60 meter |
Tumbuhan yang menarik perhatian kami |
Kami turut bertembung dengan bikers |
Tempat berehat di tepi tasik |
Taman |
Kerja-kerja membaikpulih kemudahan di hutan simpan sedang giat dijalankan. |
Pengenalan
Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan.
Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling.
Denai
Denai-denai di Hutan Simpan Kota Damansara di cipta secara teliti oleh KDCF Society, Kaum Orang Asli Temuan dan badan-badan sukarela serta dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sehingga kini, panjang denai yang dibina adalah sepanjang 14km dan yang terbaru denai Unity Peak dan Denai Tiga Puteri sepanjang 3.5 km.
Objektif utama KDCF Society mewujudkan denai-denai ini untuk memberi laluan yang mudah kepada pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati keindahan dan ketenangan di hutan tanah rendah.
MyCangkul ialah oragnisasi yang dibentuk bagi mengawal selia denai-denai yang terdapat di Hutan Simpan Kota Damansara |
Jenis Denai
Terdapat 9 batang denai yang dibina iaitu:
1. Denai Petaling
Denai petaling adalah denai asal yang dibina untuk pendidikan alam sekitar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Denai ini mengelilingi tasik dan sesuai untuk kanak-kanak dan semua tahap kecergasan. Perjalanan denai ini mengambil masa kira-kira 25 minit. Terdapat papan berkod sepanjang laluan.
Penunjuk arah disediakan agar pengunjung tidak tersasar dari laluan sebenar |
Denai ini adalah denai yang mudah dan mengambil masa kira-kira 30-45 minit bergantung kepada kelajuan berjalan pengunnjung. Denai ini sesuai untuk pengunjung yang pertama kali ke hutan dan tudak mempunyai masa untuk berjalan jauh.
Kami mengikuti Denai pengakap |
Denai Temuan lebih jauh berbanding Denai pengakap iaitu kira-kira 4km iaitu kira-kira 80 minit perjalanan mengikut kelajuan berjalan hikers. Terdapat bangku disediakan untuk pengunjung melepaskan lelah.
Laluan denai-denai yang lain |
4. Denai Sahabat
Denai Sahabat adalah sepanjang 6km iaitu tambahan 2km dari Denai Temuan. Denai ini adalah laluan tunggal yang membawa kepada pusingan kecil yang membawa ke laluan Denai Temuan. Denai ini mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan mengikut kelajuan dan kecergasan pengunjung.
5. Denai Unity
Denai ini sepanjang 2 km menghubungkan rangkaian keseluruhan laluan dengan menyabungkan Denai Harmoni dan Denai Shabat. Perjalanan laluan ini menghubungkan laluan dari seksyen 10 ke seksyen 9 dibawah kanopi hutan.
6. Denai Harmoni
Denai ini dicipta menghala ke seksyen 9, Jalan Rimba Riang 9/1, adalah denai pertama yang dibina menghubungkan seksyen 9 dan seksyen 10. Denai ini mengunjur lurus ke titik pertemuan dengan jejak perpaduan. Wakaf dan bangku berehat turut disediakan di denai ini.
7. Denai Tahak Sipew
Denai ini adalah taman etnobotani iaitu kira-kira 800 meter yang mempamerkan tumbuh-tumbuhan digunakan secara tradisional oleh masyarakat Orang Asli Temuan. Tumbuhan-tumbuhan ini digunakan untuk makanan, perisa, perubatanm kraf dan bangunan dalam persekitaran semulajadi mereka. Pengunjung boleh menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong dari Orang Asli Temuan.
Denai Tahak Sipew |
Denai Unity Peak boleh diakses melalui Denai Unity. Denai Unity Peak adalah berdekatan Denai Harmoni . Laluan sepanjang 2 km Denai Unity Peak, pengunjung akan melalui beberapa anak sungai dan pelbagai jenis tumbuhan herba, Jika di hari cerah, pengunjung boleh melihat jalan ke Batu Caves dari puncak Unity Peak.
9. Denai Tiga Puteri
Denai Tiga Puteri boleh diakses dari Denai Unity iaitu berdekatan denai sahabat. Sepanjang 1.5 km, pengunjung akan 'disaji' permandangan yang menarik dan memikat hati. Dari puncak Denai Tiga Puteri, pengunjung dapat melihat Lebuhraya NKVE dengan bandar Kota Damansara pada jarak jauh.
Denai-denai yang dibina di Hutan Simpan Kota Damansara |
Lokasi
Hutan Simpan Kota Damansara terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Pintu masuk di Seksyen 10 adalah sesuai bagi pengunjung yang ingin mengikuti Denai Petaling, Denai Pengakap, Denai Temuan dan Denai Sahabat. Jika pengunjung ingin ke Denai Harmoni, pintu masuk dari seksyen 9 berdekatan Taman Rimba Riang kini dibuka pada umum.
klik di sini untuk mengetahui lokasi tempat ini. Peta
Maklumat lanjut:
Website: http://kotadamansaraforest.org/about-us/
Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara
99, Jalan Rimba Riong 9/15,
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
No Tel: 012 3520215
Maklumat lanjut akan penambaikan Hutan Simpan Kota Damansara, sila klik link ini.
No comments:
Post a Comment