ADS

Friday, March 11, 2016

Ros Jepun


Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca grandiflora adalah dari keluarga Portulacaceae mudah dibiakkan dan dalam masa yang sama begitu cantik dengan warna yang pelbagai. Pokok ini sangat unik kerana bunganya akan kembang penuh pada pukul 10 pagi dan mengucup kembali di waktu petang. Malah daunnya juga seolah2 kuncup apabila senja menjelma. Bunga ini adalah tanaman asal di Agentina, selatan Brazil dan Uruguay. Bunga Ros Jepun juga dikenali dengan nama Rose Moss, eleven o'clock, Mexican Rose, Sun Rose, Rock Rose dan Moss-ross Purslane. Selain itu, bunga Ros Jepun juga terdapat di Asia Tenggara. Di Bangladesh, bunga ini digelar 'Time fuul' yang bermaksud time flower kerana bunganya kembang pada masa tertentu. Di India pula, bunga ini dipanggil 'nau bajiya' yang bermaksud bunga pukul sembilan kerana ia kembang pada pukul 9.00 pagi. Manakala di Vietnam pula, bunga ini dipanggil 'hoa muoi gio' yang bermaksud bunga pukul 10 kerana kembang penuh pada pukul 10.00 pagi.



Ciri-ciri


Pokok bunga Ros Jepun adalah tanaman semusim yang boleh mencapai ketinggian kurang dari 30 sm. Disebabkan pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan berwarna warni, ia seringkali menjadi tanaman hiasan di taman. Daunnya berbentuk tirus dan tebal. Bunganya menyerupai bunga ros. Kelopaknya ada yang selapis atau berlapis-lapis berwarna merah, oren, merah jambu, putih dan kuning. Batangnya lembut dan berwarna hijau kecoklatan.

Memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga dan tumbuh dengan galak


Tunas baru di batang yang agak tua


Cara Menanam


Pokok ini mudah untuk dijaga dan dibiakkan. Anda hanya perlu menyucuk keratan batan dari pokok induk Ros Jepun ke dalam pasu tanaman yang baru. Kemudian letakkan pasu tersebut di lokasi yang menerima banyak cahaya matahari. Pastikan pokok Ros Jepun disiram setiap hari untuk mendapat menghasilkan bunga tahap optimum. Namun jangan disiram ketika bunga sedang kembang mekar kerana ia boleh menyebabkan bunga cepat layu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...