ADS

Saturday, September 8, 2018

UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma Setelah 2 Tahun


Pokok kurma ini baru kami pindahkan ke tanah setelah mengeluarkan daun berpelepah dan berduri. Ini kerana kebanyakkan anak pokok yang ditanam 'dipunggah' oleh babi hutan. Kami berharap pokok kurma yang ditanam 2 tahun lepas ini tumbuh dengan sihat.

Baca artikel mengenai projek penanaman pokok kurma di sini.

Monday, August 27, 2018

Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam

Permandangan dari puncak Peak Garden

Hiking kali ini, kami ke Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Forest). Kawasan ini terletak kira-kira 25 minit pemanduan dari Bandar Shah Alam. 


Simpang ke Rimba Komuniti Shah Alam.

Lokasi 


Entrance point terletak di kawasan
pembinaan.


Peta lokasi Rimba Komuniti Shah Alam


Saturday, August 25, 2018

Dendeng Daging



Setiap kali Hari Raya, kami akan masak Dendeng Daging resepi turun temurun dari mak kami (Mak June).

Bahan-bahan:


Dari kiri: Bawang besar, bawang putih, halia, daging rebus, stok dading, asam jawa, kayu manis, cengkih, buah pelaga, gula merah, belacan dan cili giling.
500 gram daging (direbus dan dipotong nipis)
*3 sudu cili giling
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 ruas ibu jari belacan
*1 ruas halia
Sedikit stok daging
Sedikit asam jawa
Sedikit gula merah
Kicap manis dan kicap masin
Kayu manis, cengkih dan bunga lawang (dikisar)

*dikisar halus

Tuesday, August 14, 2018

Cornflakes Telur Masin (Salted Egg Cornflakes)

Sekali rasa pasti tidak berhenti mengunyahnya


Saya mencuba resepi baru iaitu Cornflakes Telur Masin daripada FB Kak Ida's Kitchen. Bahan-bahan yang diperlukan adalah Cornflakes, cili kering (letak lebih jika ingin pedas), daun kari dan kuning telur masin yang telah direbus, sedikit gula dan garam sebagai perisa.

Bahan-bahan yang diperlukan mengikut citarasa masing-masing. Saya agak-agak sahaja kuantitinya.


Monday, August 6, 2018

Kubis Cina


Kubis cina atau nama saintifiknya Brassica Rapa adalah sejenis sayuran berdaun hijau. Sayur ini juga dikenali sebagai Bok Choy (BahasaCina), da baici, Petsay (Bahasa tagalog), Kubis putih, Kobis Cina (Bahasa Malaysia), Nappa cabbage (Bahasa Inggeris) dan Hakusai (Bahasa Jepun) Sayur ini boleh dimasak atau dimakan sebagai ulam. Di Korea, kobis cina adalah bahan utama untuk membuat Kimci atau jeruk masin. 




Kubis cina adalah tumbuhan dwimusim, membentuk satu kepala padat, selinder dan besar. Ia berakar serabut dan daun jejala. Kubis cina mempunyai beberapa kebaikan dan manfaat jika di makan. Antaranya:


1. Makanan anti kanser

Kubis cina mempunyai kandungan antioksidan dan fitonutrisi seperti lutein, isothiocyanates dan sulforaphane yang dapat membantu merangsang enzim-enzim untuk proses detoksifikasi dalam hati dan melindungi tubuh badan kita dari serangan kanser.

2. Menguatkan tulang dan gigi

Kubis cina mempunyai vitamin K dan kalsium bagi menguatkan tulang dan gigi. Selain itu, vitamin K memudahkan pembekuan darah dan menghalang berlakunya pendarahan. 

3. Sumber Asid folat

Sayur kubis cina dapat memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung kerana kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya seperti spina bifida. 




Cekodok Hujan Panas

Cekodok hujan panas versi syur-sayuran

Bahan-bahan
Tepung
Sayur mengikut citarasa (carrot dan lobak putih disagat halus dan daun kucai di potong 1/2 inci)
Garam secukup rasa
Air panas yang sedang menggelegak

UPDATE: Hutan Simpan Kota Damanasara

Kawasan rekreasi ini telah dinaiktaraf dan ditambahbaikan dari semasa ke semasa. Antaranya:

Pendaki hendaklah mendaftar masuk dahulu di pondok pendaftaran sebelum Hiking dan mendaftar keluar sebaik sahaja selesai. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan
Disediakan juga kawasan rehat yang dihiasi dengan lukisan mural.
Untuk artikel lanjut mengenai Hutan Simpan Kota Damansara, sila layari ke page ini.

Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar

Pada 10 Jun 2018 yang lalu, Zaim Ariffin, Alima Zayana dan Alisya Zafeerah telah menyertai program Ramadhan Taekwondo Breaking Board & Iftar  anjuran bersama Kroyo Taekwondo Club (Klang), Universiti Teknologi MARA dan McDonalds Setia Taipan.

Seramai 100 orang peserta berkumpul seawal jam 6.30 petang di hadapan Kroyo Taekwondo Club Centre, Setia Taipan, Setia Alam.

Peserta diberi taklimat sebelum program dijalankan

100 orang peserta memecahkan papan secara serentak
Kegembiraan terserlah di wajah peserta setelah berjaya memecahkan 
papan mereka
Sijil penghargaan diberikan sebaik sahaja peserta program berjaya memecahkan papan

Monday, March 26, 2018

UPDATE: Berkelah di Sungai Chiling


Ketika cuti sekolah yang lalu, kami berkelah di Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kami suka ke sini kerana tempat ini menarik bukan sahaja dapat memberi ikan makan, malah kami dapat hiking ke Air Terjun Sungai Chiling untuk beriadah. Beberapa perubahan telah dibuat bagi menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan ini.

Kaunter pendaftaran telah dibuka berdekatan pintu masuk ke kawasan Sungai Chilling. Para pengunjung perlu mendaftar dan 'declare' bahan plastik pakai buang yang di bawa masuk (bekas makanan yang dibeli dari gerai). Bekas makanan dan minuman (Tupperware) yang dibawa dari rumah tidak dikenakan sebarang bayaran.  Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM1.00 sekali masuk. 

Monday, February 5, 2018

Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Negara Shah Alam


Menara Padang di Puncak Bukit Sapu Tangan

Bukit Sapu Tangan terletak di dalam kawasan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), kira-kira 10 minit pemanduan dari Bandaraya Shah Alam. Bukit Sapu Tangan merupakan puncak tertinggi (204meter) di taman botani tersebut. Pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM3.00 bagi sebuah kereta.

Peta

Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam

Wednesday, January 31, 2018

Kimchi stew (Kimchi jjigae)


Hari ini saya mencuba memasak Kimchi Stew dengan berpandukan blog Maangchi. Saya menukarkan sedikit bahan mengikut citarasa saya. 

Bahan-bahan yang diperlukan
500 gram Kimchi (dipotong kecil-kecil. Lebih sedap jika menggunakan kimci yang berusia dalam 3minggu)
1/4 cawan air kimchi (ambil dari bekas kimchi)
500 gram daging (saya rebus dahulu)
2 tangkai daun bawang (Scallion)
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit gula
sedikit garam
2 sudu kecil chili flakes (saya guna serbuk cili paprika)
1 sudu besar serbuk cili faezah (bancuh menjadi pes. Tambah sukatan jika mahu pedas)
1 sudu kecil minyak bijan
2 cawan stok ikan bilis (atau ayam atau daging)

Sunday, January 21, 2018

Kimci


Kimci ialah makanan tradisional Korea iaitu sayur hasil pemerapan (Fermented). Antara sayur-sayur yang digunakan seperti kobis cina (Napa Cabbage), kucai, carrot, lobak putih (Daikon), daun bawang, timun, daun selom dan sebagainya. Di Korea, kimci selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimci juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan sup kimci (kimci jjigae) nasi goreng kimci (kimci bokkeumbap) dan pelbagai masakan. Kimci terdiri daripada pelbagai jenis dengan ciri aroma masam, keras dan tajam.

Kimci dibuat dari bermacam-macam jenis bahan mengikut jenis kimci dan selera orang yang membuatnya. Kimci yang terkenal di Korea adalah Baechu yang dibuat dari sawi putih dan lobak putih. Sayur tersebut dicampur bawang putih, cili merah, daun bawang, halia, makanan laut seperti udang dan sotong, garam dan gula. Terdapat lebih kurang 187 jenis kimci di Korea, sejak dari zaman dahulu hingga zaman sekarang. 

Menurut majalah Health Magazine, kimci adalah salah satu daripada makanan tersihat di dunia. Kimci kaya dengan vitamin dan membantu pencernaan. Di dalam kimci terdapat bakteria hidup yang lebih banyak dari yogurt yang dipercayai dapat mengelakkan kegemukan dan obesiti. 

Monday, January 15, 2018

Puncak Tiga Puteri, Hutan Simpan Kota Damansara

Permandangan Highway NKVE

Pengenalan
Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan. 

Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling. 

Friday, December 29, 2017

Lulus Grading Black Belt!! Tahniah!!

Berjaya pecahkan dua papan
Taeguk
Pecah Papan

Zayana: Side Kick


Zayana: Hand Strike

Zaim: Punch


Thursday, December 28, 2017

Air Terjun Bukit Jana


Air terjun Bukit Jana terletak di Kampung Bukit Jana, Kamunting, Perak kira-kira 15 minit pemanduan dari Taiping Lake Garden. Air Terjun Bukit Jana sesuai dijadikan tempat beriadah bersama-sama keluarga kerana terletak berhampiran jalan raya (easy access). Air terjun ini kecil dan jernih. 


Lokasi Air Terjun Bukit Jana:

Air Terjun terletak kira-kira 2 minit dari
pintu gerbang Kampung Bukit Jana

Pondok juga ada disediakan dengan kadar sewa
yang berpatutan
Nombor untuk dihubungi

Wednesday, December 20, 2017

Pantai Rekreasi. Mersing



Pantai Rekreasi terletak di Tanjung Resang kira-kira 15 km dari Bandar Mersing. Dari bandar Mersing, pengunjung perlu memandu ke arah Jalan Endau sehingga tiba di simpang tiga dan belok ke kanan ke Pantai Air Papan. Ada papan tanda menunjukkan arah ke sana. Pengunjung akan melalui Kampung Air Papan, satu-satu tempat di Mersing yang bersawah. Terdapat juga homestay Air Papan jika pengunjung ingin merasai suasana kampung. Belok kiri di simpang tiga berhampiran Masjid Al Halim, Kampung Air Papan. Kira-kira 4.3 km, pengunjung akan tiba di persimpangan menuju ke Pantai Rekreasi. Setibanya di situ, pengunjung dapat melihat pokok-pokok pine sekitar kawasan Pantai itu.


Bukit Botak , Puncak Alam

Hari ini kami berpeluang hiking ke Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam, Selangor. Bukit Botak terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Shah Alam. Berbekalkan roti kami bergerak ke lokasi pada pukul 7.30 pagi. 

Trail Bukit Botak mudah dan sesuai aktiviti beriadah bersama keluarga. Namun bagi yang pertama kali mencuba, trail di beberapa kawasan agak mencabar. Untuk sampai ke puncak, hikers tidak perlu risau tersesat kerana sejak permulaan trail ada diletakkan tanda arah. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan permandangan indah ladang kelapa sawit.


Trail 
Trail Bukit Botak

Elevation Gain


Elevation gain: 193m

Kawasan parkir berdekatan loji air
Laluan kebun kelapa sawit

Monday, December 4, 2017

Teakwando (WT) circuit Kroyo Kyorugi Antara Negeri ke-8 2017


Grand Final (30 November 2017)
Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang


Below 6 years old (Cat A: Below 15 kg)

Alisya Zafeerah (Red Vest) : Gold Medal


Momen

Alisya (bawah 6 tahun)
Fighting!!
Alima (9-10 tahun)
Fighting!!

Gold Medal

Silver Medal



Wednesday, November 29, 2017

Pokok Tetulang


Pokok tetulang atau dikenali juga sebagai pokok tulang-tulang adalah pokok yang unik kerana kelihatan hidup tanpa daun tidak seperti tumbuhan-tumbuhan yang lain. Pokok tetulang atau nama saintifiknya Euphorbia tirucalli dari famili Euphorbiaceace ini boleh didapati di Afrika, India, Sri Lanka dan juga Asia Tenggara. Pokok ini juga dikenali dengan nama Firestick Plants, Indian Tree Spurge, Naked Lady, Pencil Tree, Pencil Cactus, Sticks on fire atau Mill Bush.


Pokok tetulang mempunyai bentuk batang yang panjang dan bulat. Batang muda berwarna hijau muda dan batang yang matang berwarna hijau tua. Susunan ranting dahannya seperti rangka tulang manusia. Jika diamati dengan tetilti, pokok tetulang mempunyai daun yang agak halus dan kecil. Daun ini akan membesar dan bertukar menjadi dahan yang bulat seperti tulang. 


Pembiakan melalui keratan batang

Pokok ini boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Semakin kerap dahan-dahannya dicantas, maka makin banyak tunas-tunas baru akan tumbuh. 

Awas! getah pokok tetulang beracun dan bertoksik. Getahnya berwarna putih dan akan mengalir keluar dari dahan yang cedera atau dipatahkan. Jika terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan kerengsaan yang teruk dan kemerahan seolah terbakar. Jika tertelan getah pokok tetulang boleh menyebabkan melecur pada mulut, bibir dan lidah. Sila dapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera jika terkena getah pokok ini. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...