ADS

Tuesday, November 1, 2016

Tips: Mengeluarkan Kereta Terbenam Dalam Pasir

Permandangan indah menyambut ketibaan kami
Pada minggu lalu, kami membawa anak-anak bermandi-manda di pantai berdekatan Kampung Sri Pantai, Mersing. Lautnya sangat cantik dan masih lagi terpelihara. Tidak ramai pengunjung yang bermandi di sini. Anak-anak tidak sabar lagi untuk bermain-main di laut. Di saat kita ingin bergembira, kadang-kadang kita diuji tanpa di duga. Kereta kami terbenam di dalam pasir pantai. Semakin lama semakin dalam tayar terbenam. Syukur alhamdulillah pengalaman ayah mertua banyak membantu.

Tips yang perlu dilakukan jika tayar kereta terbenam.
1. Jangan panik dan jangan cuba keluarkan kereta dengan cuba kehadapan atau undur ke belakang. Ini akan membuat kereta anda semakin terbenam ke dalam pasir.

2. Jet kereta anda sehingga habis. Buat dengan berhati-hati. Disebabkan keadaan tanah berpasir, alaskan kayu agar jet lebih kuat dan stabil. Cari kayu yang besar letakkan dibawah tayar kereta. Lakukan di kedua-dua belah tayar hadapan. 

Jet kedua-dua belah tayar hadapan dengan berhati-hati



Letakkan kayu di bawah tayar sebagai rintangan
3. Kemudian letakkan daun-daun atau ranting-ranting pokok sebagai 'alas' supaya kereta boleh bergerak dengan lancar.

4. Dengan berhati-hati undur kereta ke belakang dengan kadar pantas ke kawasan tanah pasir yang keras.

Alhamdulillah kereta selamat dikeluarkan
dari terbenam dalam pasir
Pengalaman banyak mengajar kita untuk
terus berusaha dan tidak putus asa

Peringatan: Berhati-hati dan jangan memandu di kawasan pasir lembut agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Jangan segan bertanya pada orang-orang tua kerana mereka lebih dulu makan garam dari kita. Kami mempelajari sesuatu yang baru dari peristiwa yang berlaku ini dan akan sentiasa kami ingati. 

Anak-anak gembira bermain dan mengejar ketam ketika
air surut

2 comments:

  1. Petua yang berguna.
    Hampir-hampir terbenam masa cuba masuk ke laluan Teluk Gorek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...