Hari ini saya mencuba memasak Kimchi Stew dengan berpandukan blog Maangchi. Saya menukarkan sedikit bahan mengikut citarasa saya.
Bahan-bahan yang diperlukan
500 gram Kimchi (dipotong kecil-kecil. Lebih sedap jika menggunakan kimci yang berusia dalam 3minggu)
1/4 cawan air kimchi (ambil dari bekas kimchi)
500 gram daging (saya rebus dahulu)
2 tangkai daun bawang (Scallion)
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit gula
sedikit garam
2 sudu kecil chili flakes (saya guna serbuk cili paprika)
1 sudu besar serbuk cili faezah (bancuh menjadi pes. Tambah sukatan jika mahu pedas)
1 sudu kecil minyak bijan
Bahan-bahan membuat stok ikan bilis
Segengam ikan bilis
1/3 cawan lobak putih (Daikon radish)
4x5 kelp
2 akar daun bawang
4 cawan air
Cara-cara membuat stok ikan bilis
Renehkan ikan bilis, kelp, Lobak putih dan akar scallion dengan api sederhana selama 20 minit. Apabila mendidih, perlahankan api dan reneh 5 minit lagi |
Bahan-bahan membuat Kimchi Stew
Bahan-bahan untuk membuat Kimchi Stew |
1. Masukkan air kimchi, kimchi yang dihiris dan daging yang telah direbus di dalam periuk.
2. Masukkan juga daun bawang dan bawang besar.
3. Kemudian, masukkan air stok ikan bilis, gula, garam, cili flakes dan pes cili. letak sedikit minyak bijan.
4. Tutup periuk dan masak selama 10 minit dengan api sederhana kuat.
6. Angkat dan boleh dihidang. Sedap dimakan bersama-sama nasi panas.
No comments:
Post a Comment