Kimci ialah makanan tradisional Korea iaitu sayur hasil pemerapan (Fermented). Antara sayur-sayur yang digunakan seperti kobis cina (Napa Cabbage), kucai, carrot, lobak putih (Daikon), daun bawang, timun, daun selom dan sebagainya. Di Korea, kimci selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimci juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan sup kimci (kimci jjigae) nasi goreng kimci (kimci bokkeumbap) dan pelbagai masakan. Kimci terdiri daripada pelbagai jenis dengan ciri aroma masam, keras dan tajam.
Kimci dibuat dari bermacam-macam jenis bahan mengikut jenis kimci dan selera orang yang membuatnya. Kimci yang terkenal di Korea adalah Baechu yang dibuat dari sawi putih dan lobak putih. Sayur tersebut dicampur bawang putih, cili merah, daun bawang, halia, makanan laut seperti udang dan sotong, garam dan gula. Terdapat lebih kurang 187 jenis kimci di Korea, sejak dari zaman dahulu hingga zaman sekarang.
Menurut majalah Health Magazine, kimci adalah salah satu daripada makanan tersihat di dunia. Kimci kaya dengan vitamin dan membantu pencernaan. Di dalam kimci terdapat bakteria hidup yang lebih banyak dari yogurt yang dipercayai dapat mengelakkan kegemukan dan obesiti.
Cara-cara membuat Kimci
Serving: 3.8 kg kimci
A: Masinkan Kobis Cina (Napa Cabbage)
- Garam (Saya menggunakan garam bukit)
- Kobis cina (Napa Cabbage)
B: Bubur beras
- 2 cawan air
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar gula merah
C: Sayur-sayur
- 1 lobak putih (Daikon) yang dipotong seperti batang mancis
- Daun bawang
- 1 lobak merah yang dipotong mancis
- 1 cawan daun kucai (Asian chive) atau boleh digantikan dengan bawang merah yang dihancurkan
- Daun Selom (water dropwort) (optional)
Bahan perasa dan rempah
- 1/2 cawan bawang putih (Tumbuk)
- 2 sudu kecil halia (tumbuk)
- 1 bawang sederhana (tumbuk)
- 1/2 cawan fish sauce (saya ganti dengan air dari cencaluk)
- 1/4 cawan cencalok (resepi asal guna fermented salted shrimp)
- 2 cawan cili flakes korea. (saya guna serbuk cili paprika dan 4 sudu serbuk cili faezah mengikut kepedasan yang diingini)
Langkah-langkah
1. Potong kobis cina setengah dan dicuci bersih. Kemudian letakkan garam dicelah-celah helaian daun kobis cina. Anda perlu meletakkan garam lebih banyak di kawasan batang yang tebal. Biarkan kobis tadi selama 2 jam. Pusingkan kobis cina supaya semua kawasan disalputi garam.
2. Ketika menunggu kobis, anda boleh membuat bubur beras. Satukan air dan tepung beras dan kacau sehingga sebati. Masak menggunak api sederhana panas sehingga mula berbuih. Tambah gula dan masak selama 1 mini sebelum diketepikan. Biarkan bubur tersebut sejuk.
3. Setelah bubur beras sejuk, masukkan halia, bawang putih, bawang merah, air cencaluk, cencaluk dan serbuk cili ke dalam mangkuk. Kacau semua bahan tersebut sehingga sebati.
4. Masukkan sayur yang telah dipotong ke dalam pes cili tadi dan digaul sebati.
5. Selepas 2 jam, basuhlah kobis-kobis tadi di bawah air untuk menghilangkan garam dan kekotoran jika ada.
Membuat kimci
1. Letakkan pes kimci di setiap helaian kobis bunga dan dibalutkan menjadi bulat. Letakkan di dalam bekas makanan dan biarkan penapaian berlaku.
2. Kimci boleh dimakan terus atau biarkan dalam masa 2 minggu untuk mendapatkan rasa kimci yang sedap.
Penapaian (Fermentation)
1. Letakkan kimci di luar untuk proses penapaian. Lagi panas suhu, lagi cepat proses ini berlaku. Kimci mula rasa dan berbau masam apabila proses penapaian berlaku. Kimci perlu ditekan atasnya untuk mengeluarkan buih dari bawah.
2. Kimci boleh disimpan di dalam peti sejuk setelah proses ini berlaku. Lagi lama ia disimpan, kimci akan bertambah masam.
(Resepi kimci dari blog Maangchi. Sila klik di sini)
Nasi goreng bersama-sama home made kimci |
No comments:
Post a Comment