ADS

Wednesday, February 17, 2016

Buah Melon



Buah melon atau nama saintifiknya Cucumis melo Linn adalah berasal dari keluarga Cucurbitaceae. Buah melon mempunyai pelbagai nama lain seperti Melon, Musk Melon dan Cantauloupe (English), Blewah, semangka, Londo (Indonesia), Milon, itimon, atimon (Filipina), trasak sorrow (Cambodia), teeng laay (Laos) dan taeng-tai, taeng-kai (Thailand). Buah melon mempunyai banyak varieti antaranya honeydew, rock melon, sunlady melon, musk melon, cantaloupe dan cupid. Buah ini berasal dari kawasan utara Benua Afrika sebelum dimajukan di kawasan Mediteranean dan tersebar meluas ke Eropah dan Asia. Buah melon banyak mengandungi air selain mengandungi vitamin yang berguna untuk kesihatan tubuh kita. Rasanya yang manis sedap dimakan segar mahupun dibuat jus.

Melon adalah sejenis tumbuhan menjalar dan merambat yang mempunyai batang 1 hingga 3 meter panjang berbentuk segi-segi dan lembut. Bunganya pula berwarna kuning berukuran 1.2 hingga 3 sentimeter dan mempunyai 5 kelopak. Buah melon pula berbentuk bulat, bujur atau globular mengikut varieti.




Khasiat Melon


  • Buah melon dikatakan dapat mencegah serangan kanser seperti kanser payu dara kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. karatenoid adalah pigmen pemberi warna pada buah dan sayuran.
  • Selain itu, kandungan adenosine pada buah melon dikatakan mampu menghentikan penggumpalan sel darah yang mengakibatkan serangan jantung dan stroke. Adenosine melancarkan peredaran sel-sel darah merah sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Buah melon juga mempunyai kologen yang dapat mengekalkan kulit kelihatan muda. Kologen juga berguna untuk menyembuhkan luka.
  • Buah melon diperkaya dengan beta-karoten yang baik untuk kesihatan mata. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...