Pokok pandan atau nama saintifiknya pandanus amaryllifolius dari famili Pandanaceae adalah pokok yang tumbuh di kawasan Asia Tenggara. Nama lain bagi pokok pandan adalah Pandan wangi, Pandan jelingkeh, pandan rempeh, pandan bau, pandan rampai (Melayu), Pandan (Brunei, Indonesia), Qi Yi Lan (China), Padanus (Korea), Kenr (Hindi), Nioi Tako no ki (Jepun), Dura Thom (Vietnam) dan Bai Toei, Bao Toey Hom (Thailand). Terdapat kira-kira 600 varieti pokok pandan tetapi hanya pandan wangi sahaja yang digunakan dalam masakan.
ADS
Monday, October 10, 2016
Pandan: Aromanya Pembuka Selera
Pokok pandan atau nama saintifiknya pandanus amaryllifolius dari famili Pandanaceae adalah pokok yang tumbuh di kawasan Asia Tenggara. Nama lain bagi pokok pandan adalah Pandan wangi, Pandan jelingkeh, pandan rempeh, pandan bau, pandan rampai (Melayu), Pandan (Brunei, Indonesia), Qi Yi Lan (China), Padanus (Korea), Kenr (Hindi), Nioi Tako no ki (Jepun), Dura Thom (Vietnam) dan Bai Toei, Bao Toey Hom (Thailand). Terdapat kira-kira 600 varieti pokok pandan tetapi hanya pandan wangi sahaja yang digunakan dalam masakan.
Saturday, October 8, 2016
Sukan Tahap 1 - Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya
Hujan rahmat di pagi hari... sukan sekolah yang sepatutnya diadakan di padang sekolah telah berubah tempat. Murid-murid berkumpul seawal pagi di dewan sekolah TTDI Jaya untuk menanti arahan seterusnya dari guru-guru bertugas. Apabila hari semakin cerah, acara sukan diteruskan di gelanggang badminton.
![]() |
Alima Zayana sabar menanti gilirannya |
![]() |
Ruang sekolah digunakan sepenuhnya |
Our Homeschool Garden
Thursday, October 6, 2016
Projek 12: Limau Kasturi
![]() |
Pokok limau kasturi yang kami tanam dari biji. Usia: 7 bulan |
Kami telah memetik banyak buah kasturi ketika aktiviti fruit picking bersama nenek ketika cuti sekolah yang lepas. Klik di sini untuk membaca cerita fruit picking. Jusnya diperah agar boleh tahan lama manakala bijinya kami tanam sebagai projek tanaman bersama Zaim, Zayana dan Alisya.
Wednesday, October 5, 2016
Tuesday, October 4, 2016
Nabeez Drink (Infused Water)
![]() |
Air nabeez kaya dengan potassium untuk menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah |
Air Nabeez adalah buah kurma atau kismis yang direndam di dalam air masak semalaman di dalam bekas yang bertutup dan diminum pada keesokkan harinya. Air nabeez dikatakan air kegemaran Nabi Muhammad SAW. Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Oleh sebab, air nabeez mempunyai kadar fiber yang tinggi, maka air ini mampu membantu proses pencernaan yang baik serta dapat menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa. Air nabeez juga mampu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Selain itu, air ini mempunyai kandungan iron dan potassium yang tinggi.
Pokok Lidah Jin
![]() |
Pokok lidah jin (Sanservierua Trifasciata) pemberian ibu tercinta |
Saturday, October 1, 2016
Cili Api Putih Jambak
![]() |
Buah cilinya berwarna kuning keputih-putihan semasa muda. Buah cilijenis ini sedap digunakan untuk dibuat sambal kicap jawa dan sambal bakso. |
Kemunting Cina Pokok Hiasan Beracun
Pokok Kemunting Cina atau nama saintifiknya Catharanthus roseus adalah pokok renek yang tergolong dalam famili Apocynaceae. Nama lain kemunting cina ialah Rosy Periwinkle (Bahasa Inggeris), pokok Rumput Jalang, pokok Kembang Sari, Pokok Bunga Tapak Dara atau Pokok Ros Pantai. Pokok kemunting berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan berpasir.
Friday, September 30, 2016
Selamat Pagi
Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik
Insya-Allah
Yang datang nati
Semua yang baik-baik
Beriadah sambil Membaca
Thursday, September 22, 2016
Khasiat Pokok Cili Api
Wednesday, September 21, 2016
Projek 10: Cili Api Jambak
![]() |
Kini kami dapat mengutip hasil dari 'edible garden' kami |
Dua bulan yang lalu, kami menyemai cili api jambak yang diperoleh dari Sis Lin dari group Kebun Bandar. Biji benih cili boleh diambil dari cili padi yang telah matang dan berwarna coklat.
Cara-cara menyemai biji
1. Saya meletakkan tanah campuran iaitu tanah merah, tanah bakar dan cocopeat ke dalam polibeg sehingga 3/4 penuh.
2. Saya menyemai 4 biji benih ke dalam polibeg. Tutup lapisan biji benih dengan tanah yang nipis. Jarak tanaman adalah kira-kira 2 cm antara pokok. Semaian hendaklah dilindungi dari matahari yang terik dan air hujan yang berlebihan.
Kucing saya Tuah!!
Kecil-kecil Cili Api
![]() |
Pokok cili api yang ditanam 2 bulan yang lalu oleh anak-anak |
Cili api atau nama saintifiknya capsicum frustecens Linn berasal dari famili Solanaceae yang memberi rasa pedas apabila dimakan. Nama lain untuk cili padi adalah Cili api, Cili Rawit (Lombok Rawit), Cabai Burung, Lada Jarum, Lada Tunggeng, dan cabe (Indonesia).
Ciri-ciri
Pokok cili api adalah tumbuhan renek sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian 0.2-2 meter. Batangnya bercabang banyak dan batang tua separa berkayu, liat. Daunnya pula tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang dan bersusunan berselingan. Daunnya juga berbentuk bujur telur dengan hujungnya meruncing dan berwarna hijau muda.
Tuesday, September 20, 2016
Tuah!!
Update: Buah Cili Merah Matang
Anak-anak sangat gembira melihat titik peluh mereka menanam pokok cili dari biji benih mula mengeluarkan hasil. Benih pokok cili ini diambil dari cili kering. Saya tidak pasti varieti cili ini. Saya menanamnya secara organik tanpa menggunakan racun serangga dan hanya meletakkan baja organik.
Artikel mengenai Projek menanam cili merah. Klik di sini
Keratan Kemunting Cina Berbunga dan Tumbuh
Pokok kemunting yang dikerat menjadi dua anak pokok, telah berbunga. Bahagian keratan pucuk mengeluarkan bunga berwarna ungu keputihan. Bahagian keratan sebelah bawah hanya mengeluarkan pucuk / daun baru.
Artikel mengenai Percubaan membiak Kemunting Cina. Klik di sini
Tuesday, September 6, 2016
Percubaan membiak Kemunting Cina
Pokok kemunting cina semakin meninggi dan membesar. Saya mengambil keputusan untuk memotong pokok saya agar menjadi dua pokok. Kedua-dua keratan pokok ini saya tanam di dalam pasu. Setelah kira-kira dua minggu, kelihatan daun-daun baru mula tumbuh di celah daun lama pada keratan sebelah kanan (keratan batang bahagian bawah). Pucuk baru tumbuh di keratan sebelah kiri (keratan sebelah atas). Semoga keratan ini dapat tumbuh dan berbunga.
Hasil percubaan menanam pokok Kemunting Cina dari keratan batang. Klik di sini
![]() |
Daun-daun baru mula tumbuh dicelah-celah daun |
Memetik Buah Limau Kasturi
Fruit picking... Pengalaman anak-anak (Zaim, Zayana dan Alisya) mungkin tidak dapat dilupakan, sementelah aktiviti ini dilakukan bersama-sama nenek dan atuk. Panas terik mentari tidak menjadi halangan walaupun kadang kala si Alisya merenggek kepanasan. Setiap seorang dibekalkan beg plastik untuk meletakkan buah limau kasturi yang telah dipetik.
![]() |
Walaupun panas, mereka berlumba-lumba memetik buah kasturi |
![]() |
Nenek mengajar cara-cara memetik buah limau kasturi |
Subscribe to:
Posts (Atom)