ADS

Tuesday, October 4, 2016

Nabeez Drink (Infused Water)

Air nabeez kaya dengan potassium
untuk menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah

Air Nabeez adalah buah kurma atau kismis yang direndam di dalam air masak semalaman di dalam bekas yang bertutup dan diminum pada keesokkan harinya. Air nabeez dikatakan air kegemaran Nabi Muhammad SAW. Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Oleh sebab, air nabeez mempunyai kadar fiber yang tinggi, maka air ini mampu membantu proses pencernaan yang baik serta dapat menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa. Air nabeez juga mampu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Selain itu, air ini mempunyai kandungan iron dan potassium yang tinggi. 




Cara-cara

1. Ambil beberapa buah biji kurma dalam bilangan ganjil dan dibuang biji serta dihirs-hiris kecil. Masukkan kurma tadi ke dalam bekas yang bertutup dan rendamkannya semalaman. Minumlah air nabeez pada keesokkannya dan kurma yang direndamkan juga boleh dimakan. Sebaik-baiknya gunakan kurma Ajwa. Air Nabeez yang di simpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 2 hari. Anda boleh minum air ini dengan mencampurkannya dengan habatus sauda (Black Seed) dan badam (Almond) untuk 'Milk Booster' bagi ibu-ibu yang menyusu. 

Peringatan: Jangan campurkan kismis dan kurma ketika membuat air Nabeez. sebaik-baiknya asingkan di dalam bekas yang berlainan kerana ada kajian yang dibuat mendapati campuran kismis dan kurma boleh memudaratkan kesihatan badan. Wallahu a'llam. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...