ADS

Thursday, October 6, 2016

Projek 12: Limau Kasturi

Pokok limau kasturi yang kami tanam dari biji.
Usia: 7 bulan

Kami telah memetik banyak buah kasturi ketika aktiviti fruit picking bersama nenek ketika cuti sekolah yang lepas. Klik di sini untuk membaca cerita fruit picking. Jusnya diperah agar boleh tahan lama manakala bijinya kami tanam sebagai projek tanaman bersama Zaim, Zayana dan Alisya.
 Cara-cara menanam

1. Potong limau kasturi dengan berhati-hati agar tidak terpotong biji limau kasturi. Bijinya dibersihkan dan selaput pada biji di buang.


2. Biji tadi ditanam dalam bekas semaian yang sesuai. Kami menggunakan tanah campuran peatmoss, tanah hitam dan tanah merah. Biji benih akan bercambah dalam masa tiga hingga enam minggu.



Anak benih mula bercambah

3. Anak-anak benih yang baru bercambah diletakkan di kawasan yang tidak menerima cahaya matahari secara terus. Setelah anak benih mempunyai beberapa set helaian daun sebelum dipindahkan ke pasu lebih besar.



Anak pokok boleh dipindahkan ke pasu individu apabila
berumur kira-kira 4 minggu


4. Pokok limau kasturi boleh dibaja setiap dua atau empat minggu sekali. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...