ADS

Monday, October 10, 2016

Pandan: Aromanya Pembuka Selera


Pokok pandan atau nama saintifiknya pandanus amaryllifolius dari famili Pandanaceae adalah pokok yang tumbuh di kawasan Asia Tenggara. Nama lain bagi pokok pandan adalah Pandan wangi, Pandan jelingkeh, pandan rempeh, pandan bau, pandan rampai (Melayu), Pandan (Brunei, Indonesia), Qi Yi Lan (China), Padanus (Korea), Kenr (Hindi), Nioi Tako no ki (Jepun), Dura Thom (Vietnam) dan  Bai Toei, Bao Toey Hom (Thailand). Terdapat kira-kira 600 varieti pokok pandan tetapi hanya pandan wangi sahaja yang digunakan dalam masakan. 

Ciri-ciri

Pokok pandan adalah pokok monokot dan tidak mempunyai batang berkayu. Daunnya keluar dari pangkal rumpun menegak ke atas dan berwarna hijau. Lebar daunnya antara 2 - 3 cm dan panjangnya boleh mencecah 30 - 60 cm bergantung kepada kesuburan pokok. Pokok pandan boleh hidup subur di atas tanah lapang atau kawasan yang agak redup. Daun pandan berbau wangi dan mempunyai aroma yang unik. 

Anak pokok pandan tumbuh dicelah-celah dau
Kegunaan Daun Pandan

1. Daun pandan menjadi bahan (agen) pewangi dalam masakan.
Kita selalu meletakkan daun pandan di dalam masakan seperti nasi, ayam, daging dan ikan. Daun pandan yang digunakan dalam masakan mampu membuka selera setiap orang yang menikmati hidangan tersebut. Aroma yang terhasil sangat wangi dan menyenangkan. Daun pandan juga dimasukkan ke dalam bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam atau pengat pisang untuk menaikkan aroma masakan tersebut.

2. Daun pandan juga boleh dijadikan pewarna asli yang cukup berkhasiat. 
Masakan atau kuih yang diletakkan ekstrak daun pandan akan menjadi warna hijau. Warnanya sangat menarik tanpa bahan-bahan tiruan dan pengawet. 6-10 helai daun pandan di potong kecil-kecil sebelum diblender bersama-sama air. Air tersebut ditapis untuk mengasingkan air pandan dan hampas. 

3. Daun pandan sebagai pembalut makanan
Ada juga masakan yang menggunakan daun pandan untuk membalut makanan antaranya ayam goreng pandan, kuih tepung pelita dan kuih tako. Kadang kala daun pandan digunakan untuk membalut ikan, daging atau ayam sebelum dipanngang.

4. Beberapa helai daun pandan yang diletakkan di almari atau kereta dapat menghalau lipas. Lipas dikatakan akan melarikan diri dengan bau pandan.

5. Daun pandan adalah salah satu bahan utama untuk membuat bunga rampai. Bunga rampai ialah campuran beberapa jenis bunga dan daun pandan yang dihiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam majlis-majlis masyarakat melayu. Bunga rampai mengeluarkan aroma yang harum dan memberi impak kesegaran dalam sesuatu majlis. 

6. Pewangi di dalam kereta
Gunting beberapa helai daun muda dan masukkan ke dalam bekas plastik. Pewangi ini mampu bertahan sehingga dua minggu.




Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan tekanan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air, Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Biarkan sejuk seketika dan minum airnya.

2. Mematikan kuman dalam darah
Amalkan meminum air pandan untuk mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat

3. Mengelakkan makanan cepat basi
Masukkan sehelai daun pandan ke dalam masakan ketika masak bagi mengelakkan makanan cepat basi. 

4. Mengecutkan rahim
Akar pandan direbus dan diminum oleh wanita baru lepas bersalin secara berterusan sehingga 40 hari

5. Menyembuhkan gejala payu dara bengkak dan nyeri
Tumbuk 2-3 helai daun pandan sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit kapur makan dan lumurkan pada bahagian berkenaan.

6. Buang angin dalam badan
Rebus 7 helai daun pandan, halia sebesar ibu jari, 2 ketul gula melaka bersama-sama 2 liter air. Uli pulut ubi dan masukkan ke dalam air rebusan tadi. Tunggu sehingga ketulan ubi tadi timbul barulah airnya ditapis dan diminum 2-3 kali sehari

7. Kelemumur
Tumbuk / giling 7 helai daun pandan sehingga halus. Kemudian campurkan daun tersebut dengan 2 cawan air. Ramas rambut bersama-sama pati air daun pandan tersebut selama 10-15 minit. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih.

8. Kegelisahan
Jika anda sering rasa gelisah, anda boleh mencuba petua ini. Ambil 2 helai daun pandan muda, Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minym 2-3 kali sehari.

Cara-cara menanam pokok pandan. Klik di sini

2 comments:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!.
    Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubat tetapi gula tetap tinggi
    ▪Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
    ▪Ini 1 penemuan herba utk menurunkan kencing manis yang bacaan gula sangat tinggi.
    ▪Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula dengan cepat dan berkesan
    ▪-Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
    ▪Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
    ▪Stabil kan gula kembali
    ▪Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
    ▪Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻
    Rasa yang tawar dan tidak pahit
    Call & whats app sekarang! Nak tanya je dlu blh jangan malu.

    En mohd zuhairi 017 468 7570

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...