ADS

Showing posts with label Betik. Show all posts
Showing posts with label Betik. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

Update: Perkembangan Pokok Betik

Pokok betik yang berumur 5 bulan. 
Perkembangan pokok betik kami agak lambat mungkin disebabkan kedudukan rumah apartment kami kurang menerima cahaya matahari. Walaubagaimanapun saya tetap mencuba menjaga pokok ini sehingga besar. Rata-rata di laman web, menyatakan pokok betik yang berumur 5 bulan sudah mula berbuah.. nampaknya lama lagi lah untuk kami merasa buah betik ini.


Artikel mengenai pokok betik: Klik di sini

Tuesday, January 31, 2017

Pokok Betik



Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya dipercayai berasal dari Amerika Tropika. Kini pokok betik banyak tumbuh di negara-negara ASEAN seperti di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Pokok betik adalah tumbuhan renek yang boleh tumbuh setinggi 2 hingga 7 meter. Pokok betik mempunyai jangka hayat dalam 2 hingga 3 tahun dan berbuah sepanjang musim.
 Pokok ini berbatang tunggal, tengah berongga,
kulitnya mempunyai bekas parut batang daun. 

Daunnya majmuk dan berbentuk seperti jari tangan serta tidak berbulu.
Urat daun jelas kelihatan, susunan berpilin serta tangkai daun yang panjang
dan berongga. 

Bunganya pula terdiri dari bunga jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit) yang keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan bersaiz kecil, tumbuh majmuk dan berwarna kuning muda. Bunganya mempunyai 5 kelopak dan bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun. 

Buah betik mempunyai saiz yang berbeza, rupa bentuk dan rasa yang berlainan. Kebiasaannya ia berbentuk bujur, kulit licin, berwarna hijau dan bertukar kuning atau oren bila matang. Bahagian tengahnya berlubang dan dipenuhi biji kecil berwarna hitam. Buah betik yang mengkal (agak keras) digunakan untuk membuat rojak buah-buahan bersama-sama mangga, timun, kedondong, nanas dan sengkuang. Betik muda pula digunakan untuk membuat jeruk manis. Buah betik yang telah masak sedap dimakan segar sebagai pencuci mulut. Pucuk betik boleh dimasak sebagai sayuran atau direbus serta dimakan bersama-sama sambal belacan.


Cara Menanam Betik


Pokok betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan dan tidak sesuai ditanam di kawasan angin kuat kerana pokok betik boleh tumbang. Pokok betik memerlukan sistem pengairan yang boleh menghalang dari berlakunya banjir dan kesesuaian tanah ialah pH 5.0 - 5.5. 

Pokok betik ditanam dengan menggunakan biji benih. Sediakan lubang yang agak dalam dan masukkan 1-3 biji setiap lubang. Pada peringkat awal, kekurangan kelembapan menyebabkan keguguran daun dan tidak subur. Projek Tanaman: Pokok Betik klik di sini. Pokok betik mula mengeluarkan hasil 9 bulan selepas ditanam. 



Anak pokok betik kami yang berumur 2 bulan








UPDATE: Pokok Betik

Pagi ini saya memindahkan pokok betik ke pasu individu. Hanya tiga pokok sahaja yang dapat tumbuh dengan sihat dari 8 biji benih yang saya tanam. Anak pokok lain mati kerana kekurangan air ketika saya pulang ke kampung. Semoga pokok ini membesar dengan sihat


Tuesday, December 13, 2016

UPDATE: Anak Pokok Betik

Perkembangan pokok betik setelah sebulan di semai

Daunnya mula tumbuh seperti daun pokok betik

Anak betik pokok betik mula bercambah: Baca di sini

Saturday, November 5, 2016

Projek Tanaman: Pokok Betik

Anak pokok betik baru mempunyai 1 daun sebenar
Anak-anak tidak sabar untuk cuba menyemai biji benih betik. Biji buah betik kami basuh dan tabur di dalam tanah. Biji benih tersebut kami letakkan di tempat teduh dan disiram sekali sehari, Selang seminggu anak pokok mula tumbuh. Anak-anak berasa gembira melihat perkembangan biji benih yang ditanam mula tumbuh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...