ADS

Friday, November 18, 2016

Projek Tanaman 16: Pokok Celery


Saya cuba menanam calery dengan menggunakan lebihan batang celery. Saya hanya meletakkannya di atas tanah. Dalam masa seminggu, daun celery mula tumbuh. Setiap kali saya menyiram celery, saya akan pastikan batangnya tidak terkena air. Sebelum ini saya sering gagal menyemai keratan batang celery.  Antara percubaan saya:


Percubaan 1:
Saya menyemai dahulu di atas air dan memindahkannya ke tanah bila berakar namun gagal. Batangnya menjadi busuk dan akhirnya mati. 

Percubaan 2:
Saya menyemai terus keratan batang tersebut di tanah. Hanya batangnya sahaja kelihatan, namun batangnya menjadi busuk apabila sering terkena air ketika siram.

Percubaan 3:
Saya menyemai di dalam air namun batangnya menjadi busuk setelah beberapa hari.


Saya berharap celery saya tumbuh dengan sihat




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...