Pokok belalai gajah yang baru kami beli di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke 40 di Universiti Putra Malaysia |
Pokok belalai gajah atau nama saintifiknya Clinachantus muntans (Burn. F) lindau adalah dari famili Anthaceae. Pokok ini juga dikenali dengan nama Sabah Snake Grass (English), Saled Pangpon pua mea (Thailand) dan Dandang Gendis (Indonesia). Pokok belalai gajah adalah tumbuhan renek yang tumbuh menegak sehingga ketinggian 2.5 meter jika tidak di cantas. Pokok ini mempunyai batang berkayu, mempunyai ruas-ruas dan kurang bercabang. Daunnya pula berwarna hijau, berbentuk lanset, tunggal dan bersusunan berhadapan. Ukuran panjang daun belalai gajah boleh mencecah antara 8-12 cm dan 4-6 cm lebar.
Tunas tumbuh di ruas-ruas batang |
Pokok belalai gajah mempunyai bunga jenis majmuk, berbentuk malau yang keluar dari ketiak daun dan dihujung batang. Bunganya berwarna merah muda. Bijinya pula berbentuk kotak dengan biji bulat berwarna coklat gelap.
Cara-cara penanaman
Pokok belalai gajah sesuai ditanam di dalam pasu, polibeg atau di atas tanas, pastikan pokok belalai gajah tidak ditanam dikawasan matahari terik. Pokok belalai gajah boleh dibiakkan melalui keratan batang yang telah matang dan daun telah membesar sehingga bersaiz 4 cm ke atas. Potong batang kira-kira 10-15 cm dan dicucuk di dalam polibeg. Pastikan keratan batang yang hendak ditanam mempunyai beberapa ruas. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.
Khasiat
Daun belalai gajah dikatakan mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi yang mampu mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Daun ini mampu membantu pesakit-pesakit yang mempunyai masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetis, mengurangkan risiko darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Menurut kajian dari Fakulti Perybatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun belalai gajah mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser selain berfungsi sebagai anti-oksida. Caranya adalah dengan memakan daun belalai gajah sebanyak 100 helai setiap hari bagi memerangi sel barah.
slm
ReplyDelete