ADS

Tuesday, October 25, 2016

Aktiviti Meronda Bersama Keluarga


Sabtu lepas, kami ke Panasonic Sport Carnival 2016 di Stadium Matsushita, Seksyen 22. Selain karnival sukan, turut diadakan telematch yang terbuka untuk orang awam dan promosi jualan murah produk Panasonic. Sambil berbelanja, orang ramai boleh menyertai telematch yang diadakan berhampiran pentas.


Acara yang diadakan sepanjang karnival

Mendaki Bukit Ah Pek

Mercu tanda 
Pada Ahad lepas, kami berpeluang mendaki Bukit Putih atau lebih dikenali dengan nama Bukit Ah Pek. Bukit ini terletak berhampiran Taman Cheras Awana, Kuala Lumpur. Ini merupakan bukit ketiga kami daki setelah Bukit Broga dan Bukit Batu Putih. Namun Bukit Ah Pek betul-betul mencabar ketahanan mental dan fizikal kami. Sebelum ini, kami hanya hiking di trek-trek landai. 


Lokasi Bukit Ah Pek
Kami tergamam sebentar apabila melihat trek mendaki di permulaan hiking kami. Dengan langkah yang berhati-hati, kami memulakan hiking dengan perasaan sedikit ragu-ragu. Mr Ninja mendapat maklumat bahawa trek Bukit Ah Pek landai. Ternyata sangkaan kami salah kali ini. Namun, kami teruskan hiking kami walaupun mula berasa goyah.


Cabaran bermula

Sunday, October 23, 2016

Pentingnya Tahu Asas Menukar Tayar


Ketika menghantar anak ke sekolah pagi tadi, tayar kereta tiba-tiba pancit di jalan utama Batu Tiga. Cuaca ketika itu hujan. Pada mulanya saya berasa panik kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan dahulu. Dalam fikiran memikirkan anak yang terlambat ke sekolah sementelah dia akan menduduki peperiksaan akhir tahun hari ini. Saya cuba bertenang dan memaklumkan peristiwa tersebut pada suami saya dan meminta bantuan dari group whats app penduduk tempat saya tinggal. Saya berdoa semoga ada insan yang dapat membantu saya menukar tayar kereta. 

Saturday, October 15, 2016

Hiking Santai di Hutan Simpan Kota Damanasara


Hari ini kami berpeluang hiking di Hutan Simpan Kota Damansara yang terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandaraya Shah Alam ke Hutan Simpan Kota Damansara. Berbekalkan roti, kami bergerak ke lokasi pada pukul 9.00 pagi. 


Race start!

Pada mulanya, kami mengikut Denai Pengakap iaitu kira-kira 2km atau kira-kira 45 minit perjalanan. Disebabkan kami tidak puas lagi hiking, kami meneruskan perjalanan menyusuri Denai Petaling. Denai ini dibina mengelilingi tasik dan tali air. 


Anda dapat menikmati keindahan tasik sepanjang
Denai Petaling
Hiking kami sejauh 2.44 km dan mengambil masa kira-kira 1 jam 18 minit

Monday, October 10, 2016

Projek Tanaman 13: Pandan


Hari minggu yang lepas, Kami mempelajari cara-cara menanam pokok pandan. Pokok pandan matang ini adalah pemberian dari ibu saya. Setelah beberapa bulan kami menjaganya, kelihatan anak-anak pokok pandan tumbuh dicelah-celah daun dan dipangkal pokok. Kami mengambil keputusan untuk mencuba membiak pokok pandan dengan menggunakan keratan anak pokok. 

Anak Pokok Pandan

Pandan: Aromanya Pembuka Selera


Pokok pandan atau nama saintifiknya pandanus amaryllifolius dari famili Pandanaceae adalah pokok yang tumbuh di kawasan Asia Tenggara. Nama lain bagi pokok pandan adalah Pandan wangi, Pandan jelingkeh, pandan rempeh, pandan bau, pandan rampai (Melayu), Pandan (Brunei, Indonesia), Qi Yi Lan (China), Padanus (Korea), Kenr (Hindi), Nioi Tako no ki (Jepun), Dura Thom (Vietnam) dan  Bai Toei, Bao Toey Hom (Thailand). Terdapat kira-kira 600 varieti pokok pandan tetapi hanya pandan wangi sahaja yang digunakan dalam masakan. 

Saturday, October 8, 2016

Sukan Tahap 1 - Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya

Hujan rahmat di pagi hari... sukan sekolah yang sepatutnya diadakan di padang sekolah telah berubah tempat. Murid-murid berkumpul seawal pagi di dewan sekolah TTDI Jaya untuk menanti arahan seterusnya dari guru-guru bertugas. Apabila hari semakin cerah, acara sukan diteruskan di gelanggang badminton. 


Alima Zayana sabar menanti gilirannya
Ruang sekolah digunakan sepenuhnya

Our Homeschool Garden



1. Mempelajari Alam Tumbuhan


Dapat membandingkan secara jelas jenis-jenis
urat di daun (Hands-On)

2. Mempelajari perkembangan pokok 
    Anak benih - Anak pokok - pokok matang - pokok berbunga - pokok berbuah

Perkembangan pokok cili merah

Thursday, October 6, 2016

Projek 12: Limau Kasturi

Pokok limau kasturi yang kami tanam dari biji.
Usia: 7 bulan

Kami telah memetik banyak buah kasturi ketika aktiviti fruit picking bersama nenek ketika cuti sekolah yang lepas. Klik di sini untuk membaca cerita fruit picking. Jusnya diperah agar boleh tahan lama manakala bijinya kami tanam sebagai projek tanaman bersama Zaim, Zayana dan Alisya.

Wednesday, October 5, 2016

UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma


Umur: 10 bulan

September 2016 lalu, pokok kurma kami mula mengeluarkan daun keempat.

Tuesday, October 4, 2016

Nabeez Drink (Infused Water)

Air nabeez kaya dengan potassium
untuk menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah

Air Nabeez adalah buah kurma atau kismis yang direndam di dalam air masak semalaman di dalam bekas yang bertutup dan diminum pada keesokkan harinya. Air nabeez dikatakan air kegemaran Nabi Muhammad SAW. Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Oleh sebab, air nabeez mempunyai kadar fiber yang tinggi, maka air ini mampu membantu proses pencernaan yang baik serta dapat menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa. Air nabeez juga mampu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Selain itu, air ini mempunyai kandungan iron dan potassium yang tinggi. 



Pokok Lidah Jin


Pokok lidah jin (Sanservierua Trifasciata) pemberian 
ibu tercinta
Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya Sanseviera dari famili Dracanaceae berasal dari benua Afrika, Madagascar dan Asia Tenggara. Kira-kira 70 spesies antaranta Sansevieria cylinda, Sanseviera ehrenbergii, sensevieria eilensis dan Sansevierua pinguicula. Pokok ini juga dikenali dengan nama pokok Lidah mak mertua (Bahasa Malaysia), Mother-in-law's touge, devil's touge, bow string hemp, snake plant dan snake touge (Bahasa Inggeris). Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana mempunyai corak daun yang menarik dan mudah untuk dijaga.

Saturday, October 1, 2016

Cili Api Putih Jambak

Buah cilinya berwarna kuning keputih-putihan semasa muda. Buah cilijenis ini sedap digunakan untuk dibuat sambal kicap jawa dan sambal bakso.
Artikel mengenai cili api. Klik di sini

Kemunting Cina Pokok Hiasan Beracun



Pokok Kemunting Cina atau nama saintifiknya Catharanthus roseus adalah pokok renek yang tergolong dalam famili Apocynaceae. Nama lain kemunting cina ialah Rosy Periwinkle (Bahasa Inggeris), pokok Rumput Jalang, pokok Kembang Sari, Pokok Bunga Tapak Dara atau Pokok Ros Pantai. Pokok kemunting berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan berpasir. 


Friday, September 30, 2016

Selamat Pagi



Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik
Insya-Allah 
Yang datang nati
Semua yang baik-baik

Beriadah sambil Membaca




Hari minggu yang lepas, kami telah ke Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam. Sebaik sahaja sampai ke perpustakaan, kami terus menuju ke zon kreatif.  Zon ini terletak di sayap kanan, tingkat bawah dan dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. 'Penjelahan' kami kali ini disertai Aida dan anaknya Danish. Zaim, Zayana, Alisya dan Danish begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk menjelajah ke alam imaginasi. Pengunjung tidak dibenarkan memakai kasut di Zon kreatif walaubagaimanapun pihak perpustakaan telah menyediakan beg untuk menyimpan kasut. Beg ini boleh dibawa bersama ke dalam perpustakaan. 




Thursday, September 22, 2016

Khasiat Pokok Cili Api

Khasiatnya tidak diketahui umum

Selain buah cili api yang berkhasiat, pokoknya juga boleh digunakan untuk rawatan secara tradisional. Antaranya untuk menyembuhkan bisul, luka, sakit-sakit sendi, sengal-sengal otot, cirit-birit, kayap dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Wednesday, September 21, 2016

Projek 10: Cili Api Jambak

Kini kami dapat mengutip hasil dari 'edible garden' kami

Dua bulan yang lalu, kami menyemai cili api jambak yang diperoleh dari Sis Lin dari group Kebun Bandar. Biji benih cili boleh diambil dari cili padi yang telah matang dan berwarna coklat. 

Cara-cara menyemai biji
1. Saya meletakkan tanah campuran iaitu  tanah merah, tanah bakar dan cocopeat ke dalam polibeg sehingga 3/4 penuh. 

2. Saya menyemai 4 biji benih ke dalam polibeg. Tutup lapisan biji benih dengan tanah yang nipis. Jarak tanaman adalah kira-kira 2 cm antara pokok. Semaian hendaklah dilindungi dari matahari yang terik dan air hujan yang berlebihan.

Kucing saya Tuah!!

Tulisan: Alima Zayana Zainal Abidin


Kucing saya comel 
Dia sangat kelakar
Dia senang terjaga
Dia biasa tidur 


Kita sentiasa gembira!!!!!

Sampai saya pun tertidur!!!!!

Kecil-kecil Cili Api

Pokok cili api yang ditanam 2 bulan yang lalu oleh anak-anak

Cili api atau nama saintifiknya capsicum frustecens Linn berasal dari famili Solanaceae yang memberi rasa pedas apabila dimakan. Nama lain untuk cili padi adalah Cili api, Cili Rawit (Lombok Rawit), Cabai Burung, Lada Jarum, Lada Tunggeng,  dan cabe (Indonesia).

Ciri-ciri

Pokok cili api adalah tumbuhan renek sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian 0.2-2 meter. Batangnya bercabang banyak dan batang tua separa berkayu, liat. Daunnya pula tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang dan bersusunan berselingan. Daunnya juga berbentuk bujur telur dengan hujungnya meruncing dan berwarna hijau muda. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...