Pagi ini saya memindahkan pokok betik ke pasu individu. Hanya tiga pokok sahaja yang dapat tumbuh dengan sihat dari 8 biji benih yang saya tanam. Anak pokok lain mati kerana kekurangan air ketika saya pulang ke kampung. Semoga pokok ini membesar dengan sihat
ADS
Tuesday, January 31, 2017
Saturday, January 7, 2017
Projek Tanaman 17: Pokok Ros
Bunga Ros Ibu |
Melihat pokok Ros ibu saya yang cantik, membuatkan saya teruja untuk mencuba menyemai anak pokok ros. Pokok ros atau lebih dikenali dengan nama mawar, mudah dibiakkan dengan cara keratan batang.
Cara-cara penanaman
1. Pilih keratan batang yang matang berukuran kira-kira 8 inci dan dipotong serong.
2. Saya sapukan sedikit penggalak akar dan disemai di dalam pasu dengan menggunakan media 'potting soil'.
3. Keratan batang yang telah disemai, saya letakkan di kawasan redup dan tidak terkena cahaya matahari. Pada mulanya, semua daun di keratan batang itu biarkan. Namun daunnya gugur satu persatu.
Sunday, January 1, 2017
Update: Setelah Seminggu diCantas
Tunas baru semakin membesar
Cerita mengenai eksperimen agar avacado mengeluarkan pucuk baru. Klik di sini
Monday, December 26, 2016
Air Terjun Lepuh
Hari minggu lalu kami ke Air Terjun Lepuh yang terletak di Pangsun, Hulu Langat. Perjalanan dari Shah Alam ke Asli Adventure Basecamp (AABC) iaitu tempat permulaan hiking adalah kira-kira 1 jam 10 minit pemanduan. Sebaik-baiknya lakukan pendakian diwaktu pagi supaya dapat bermandi-manda dan menikmati keindahan Air Terjun Lepuh. Group kami kali ini terdiri dari 3 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi saya trailnya intermediate, tidak begitu senang dan tidak begitu susah.Trail ini kurang sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun kerana trailnya agak mendaki 45 darjah. Kali ini kami mengupah jurupandu (guide) untuk ke air terjun kerana kami tidak pernah ke situ. Kami mengambil masa kira-kira dua jam setengah untuk sampai ke Air Terjun Lepoh.
Checkpoint permulaan pendakian |
Hikers perlu melintas 3 jambatan |
Percubaan: Avacado Bertunas Baru
Pokok Avacado ini pemberian kawan suami (Nikki). Pokok ini mengambil masa untuk kembali stabil dan daun pucuknya telah gugur. Tiada tanda-tanda pucuk baru akan tumbuh. Saya cuba mencari cara-cara untuk pokok avacado bertunas kembali di laman web namun gagal. Saya tidak berputus asa dan cuba memotong sedikit bahagian atas batang pokok avacado.
Bahagian atas batang di potong sedikit untuk merangsang pertumbuhan pucuk baru |
Kelihatan node baru dicelah ketiak daun |
Mula mengeluarkan tunas baru |
Perkembangan terbaru Pokok Avacado setelah dicantas. Klik di sini
Monday, December 19, 2016
Pewarna Asli Biru
Pokok kacang telang atau dikenali dengan nama saintifiknya Clitoria ternatea adalah dari famili Fabaceae. Selain itu pokok ini juga dikenali dengan nama Butterfly Pea, Blue Pea, Bunga nasi kerabu, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pokok kacang telang adalah tumbuhan yang banyak didapati di Asia yang beriklim khatulistiwa seperti di Malaysia dan Indonesia.
Pokok kancang telang boleh hidup subur dalam medium agak lembab dan mempunyai kandungan humus yang tinggi. Selain itu pokok ini memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar. Namun pokok ini tidak sesuai di tanam atas tanah yang mudah ditenggelami air atau sangat asidik.
Pokok kancang telang boleh hidup subur dalam medium agak lembab dan mempunyai kandungan humus yang tinggi. Selain itu pokok ini memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar. Namun pokok ini tidak sesuai di tanam atas tanah yang mudah ditenggelami air atau sangat asidik.
Tuesday, December 13, 2016
UPDATE: Anak Pokok Betik
Perkembangan pokok betik setelah sebulan di semai
Anak betik pokok betik mula bercambah: Baca di sini
Daunnya mula tumbuh seperti daun pokok betik |
Anak betik pokok betik mula bercambah: Baca di sini
Sunday, December 4, 2016
Wednesday, November 23, 2016
Petua Pokok Kari Tidak Tumbuh Pucuk
Saya binggung tengok pokok kari saya tidak tumbuh pucuk walaupun telah dibaja dan disiram setiap hari. Mengikut petua ibu saya, pokok kari akan tumbuh pucuk baru jika kita potong sedikit bahagian pucuknya. Setelah saya buat seperti saranan ibu saya, pokok kari saya mula mengeluarkan pucuk baru. Semoga pokok kari saya tumbuh dengan sihat.
Pokok kari mula tumbuh 3 pucuk baru setelah batang atasnya saya cantas |
Update terbaru pokok kari setelah dicantas hujungnya: Lihat di Sini
Tuesday, November 22, 2016
UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma
12 bulan |
Klik di sini : Projek penanaman kurma
Monday, November 21, 2016
Bukit Larut, Taiping
Pada minggu lepas, kami menziarah ibu bapa saya di Taiping, Perak. Jarak Bukit Jana ke kaki Bukit Larut adalah kira-kira 13 km. Seawal 8.30 pagi, kami bertolak ke kaki Bukit Larut dengan berbekalkan cucur udang yang dibuat khas oleh ibu tercinta.
Kawasan pakir disediakan di kaki Bukit Larut |
Friday, November 18, 2016
Projek Tanaman 16: Pokok Celery
Wednesday, November 16, 2016
Pokok Buluh Jepun
Pokok buluh Jepun atau nama saintifiknya Dracaena surculosa dari famili Dracaenaceae merupakan tumbuhan hiasan pilihan orang ramai. Nama lain bagi pokok ini adalah Gold Dust dan Spotted Dracaena. Walaupun tergolong dalam spesies Dracaena, pokok ini tidak mempunyai ciri-ciri yang sama dengan spesies tersebut. Pokok Dracaena Surculosa mempunyai batang yang kecil, liat dan kelihatan seperti batang pokok buluh. Daunnya pula kecil, berbentuk bujur dan tumbuh secara berselang seli. Pokok buluh Jepun boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 76-121 cm. Pokok buluh Jepun mempunyai corak daun yang menarik iaitu:-
1. Daunnya berwarna hijau tua dan mempunyai bintik putih atau kekuningan
Sunday, November 13, 2016
Daun Belalai Gajah Mampu Melawan Kanser
Pokok belalai gajah yang baru kami beli di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke 40 di Universiti Putra Malaysia |
Pokok belalai gajah atau nama saintifiknya Clinachantus muntans (Burn. F) lindau adalah dari famili Anthaceae. Pokok ini juga dikenali dengan nama Sabah Snake Grass (English), Saled Pangpon pua mea (Thailand) dan Dandang Gendis (Indonesia). Pokok belalai gajah adalah tumbuhan renek yang tumbuh menegak sehingga ketinggian 2.5 meter jika tidak di cantas. Pokok ini mempunyai batang berkayu, mempunyai ruas-ruas dan kurang bercabang. Daunnya pula berwarna hijau, berbentuk lanset, tunggal dan bersusunan berhadapan. Ukuran panjang daun belalai gajah boleh mencecah antara 8-12 cm dan 4-6 cm lebar.
Tunas tumbuh di ruas-ruas batang |
Wednesday, November 9, 2016
Cuba Lagi!! Tanam Ulam Raja
Pada awal tahun lalu, saya pernah mencuba menanam ulam raja dari keratan batang dan berjaya bertunas. Namun selepas mula berbunga, pokok ulam raja mula layu dan mati. Boleh baca di sini - Projek Tanaman 3: Ulam Raja. Kali ini saya ingin mencuba sekali lagi menanam pokok ulam raja, ulaman kegemaran anak-anak saya.
Tiga hari yang lalu saya menyemai keratan batang ulam raja yang saya beli di pasar. Semua daunnya saya petik dan tinggalkan batangnya sahaja. Tunasnya tumbuh di nod-nod antara batang tersebut. Moga pokok ulam raja saya dapat membesar dengan sihat.
Tiga hari yang lalu saya menyemai keratan batang ulam raja yang saya beli di pasar. Semua daunnya saya petik dan tinggalkan batangnya sahaja. Tunasnya tumbuh di nod-nod antara batang tersebut. Moga pokok ulam raja saya dapat membesar dengan sihat.
Keratan ulam raja yang baru di semai |
Ulam raja sudah bertunas |
Sunday, November 6, 2016
Jeruk Mangga (Pickled Mango)
Hari ini kami mencuba membuat Jeruk Mangga. Cara-cara membuat jeruk mangga adalah mudah dan boleh dibuat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan ialah mangga muda, cuka epal, garam, gula dan cili padi. Saya tidak menggunakan asam boi dan menggantikannya dengan cuka epal. Selamat mencuba!!
Kupas mangga dan potong secara memanjang. Sebaik-baiknya gunakan mangga muda |
Masak di atas api cuka epal, gula dan garam bersesuaian mengikut sukatan mangga |
Saturday, November 5, 2016
Projek Tanaman: Pokok Betik
Anak pokok betik baru mempunyai 1 daun sebenar |
Friday, November 4, 2016
Pokok Mulberi Berkhasiat
Pokok Mulberi kami yang baru bertunas |
Mulberi atau nama latinnya morus adalah dari famili Moraceae. Mulberi atau dikenali juga dengan panggilan bebesaran berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Terdapat kira-kira 150 spesies antaranya Mulberi putih (Morus alba) dari Asia Timur, Mulberi Cina (Morus australis poir) dari Asia Tenggara, Morus celtidifolia kunth dari Amerika Latin dan Mexico, Morus insignis dari Amerika Selatan dan lembah Arizona, Mulberi Afrika (Morus mesozygia stapf) dari Afrika Tengah dan selatan, Mulberi Texas (Morus micropylla) dari Mexico dan Texas, Mulberi Hitam (Morus nigra L.) Asia Barat Daya dan Mulberi merah (Morus rubra L.) dari Amerika Timur Laut.
Pucuk mulberi boleh dimasak atau digoreng dengan belacan |
Thursday, November 3, 2016
Sekitar Bandar Mersing
Permandangan Bandar Mersing dari Bukit Timbalan. Permandangan di sebelah kanan 'dihiasi' dengan bukit bukau manakala di sebelah kiri kelihatan permandangan laut
Bandar Mersing terletak di Muara Sungai Mersing. Nun kelihatan laut dan pulau-pulau berhampiran perairan Mersing |
Di sebelah ini pula kelihatan bangunan kerajaan |
Kelihatan bukit bukau yang menghijau |
Wednesday, November 2, 2016
UPDATE: Pokok cili api Jambak
Pokok cili api putih bertukar menjadi merah terang apabila masak dan sedia dipetik. Kami hanya menggunakan baja dan racun organik. Anak-anak tidak sabar untuk memetik buah cili api yang sudah masak. Cili api boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti Tom Yam, masak Lemak Cili Api atau dimakan begitu sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)