ADS

Monday, December 19, 2016

Pewarna Asli Biru

Pokok kacang telang atau dikenali dengan nama saintifiknya Clitoria ternatea adalah dari famili Fabaceae. Selain itu pokok ini juga dikenali dengan nama Butterfly Pea, Blue Pea, Bunga nasi kerabu, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam).  Pokok kacang telang adalah tumbuhan yang banyak didapati di Asia yang beriklim khatulistiwa seperti di Malaysia dan Indonesia. 




Pokok kancang telang boleh hidup subur dalam medium agak lembab dan mempunyai kandungan humus yang tinggi. Selain itu pokok ini memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar. Namun pokok ini tidak sesuai di tanam atas tanah yang mudah ditenggelami air atau sangat asidik. 


Pokok kacang Telang boleh dibiakkan melalui keratan batang atau dari biji benih. Biji benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari di semai. Pokok boleh merebak dalam masa 4-6 minggu selepas ditanam. Pokok ini tumbuh secara menjalar pada pokok lain atau tiang pagar. Ketinggian pokok kacang telang mampu mencapai sehingga 3-4 meter bergantung pada lilitan dan sokongan. 

Ciri-ciri

Pokok kacang telang mempunyai daun majmuk, susunan berselang seli dan mempunyai kura-kira 5-9 anak daun. Daunnya berbentuk bujur telur dan berbulu halus. Bunganya pula berbentuk seperti rama-rama, berwarna biru serta bahagian tengahnya berwarna putih kekuningan. Buahnya pula jenis kekacang yang leper, bersaiz 5-12cm panjang, dan mengandungi kira-kira 5-10 biji. BIjinya berwarna coklat tua atau hitam, berkilau, keras dan leper. 


Biji benih pokok kacang telang

Cara-cara menanam 

1. Saya menyemai 2 anak benih dalam satu lubang. Siram sekali sehari dan letakkannya ditempat teduh. Anak benih akan mula bercambah selepas 7 hari. 


Anak pokok kacang telang saya yang
berumur 2 minggu. Benih adalah pemberian
sis Maria Usop dari group Kebun Bandar

Masyarakat terdahulu menggunakan bunga Telang sebagai bahan pewarna asli. cara-caranya adalah: Beberapa kuntum bunga telang direndam di dalam air untuk menghasilkan warna biru alami. Kepekatan warna biru yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh kuantiti air dan bunga yang digunakan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...