ADS
Sunday, March 6, 2016
Sweet Williams
Sempena Hari Jadi saya, adik saya telah menghadiahkan pokok bunga Dianthus barbatus atau dikenali juga sebagai Sweet Williams dari keluarga caryophlyllaceae. Saya tidak mengetahui nama tempatan pokok bunga ini. Pokok bunga Dianthus berasal dari Selatan Eropah dan sesetengah negara Asia yang mempunyai empat musim. Pokok ini boleh tumbuh antara 30 hingga 75 sentimeter. Bunganya tumbuh sekumpulan dan boleh mencecah sehingga 30 kuntum setiap tangkai. Setiap bunganya berukuran 2 hingga 3 diameter dan mempunyai 5 kelopak yang bergerigi. Baunya harum seakan-akan bunga cengkih.
Saturday, March 5, 2016
Ros Jepun Tidak Berbunga
Kami juga berminat dengan pokok-pokok bunga. Untuk permulaan, kami memilih pokok Ros Jepun kerana pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan senang dijaga. Pada mulanya pokok Ros Jepun kami mempunyai bunga yang banyak dan kelihatan cantik. Tetapi makin lama pokok bunga Ros Jepun kami tidak berbunga dan daunnya kecil sahaja.
Walaupun buntu kami cuba mencari jalan penyelesaian. Kami cuba meletakkan Ros Jepun di tempat yang kena matahari paling panas dan lama. Jika dahulu kami letakkan di atas lantai, kini kami menggantungkannya di railing. Seminggu selepas itu, kami mendapati Ros Jepun mula mengeluarkan putik bunga dan daunnya kelihatan besar dan segar.
Walaupun buntu kami cuba mencari jalan penyelesaian. Kami cuba meletakkan Ros Jepun di tempat yang kena matahari paling panas dan lama. Jika dahulu kami letakkan di atas lantai, kini kami menggantungkannya di railing. Seminggu selepas itu, kami mendapati Ros Jepun mula mengeluarkan putik bunga dan daunnya kelihatan besar dan segar.
Mula berbunga dan batangnya kini bercabang |
Galak tumbuh putik bunga |
Petua
Sejak berzaman, nenek moyang kita telah menggunakan asam jawa untuk mengubati penyakit yang mereka alami. Walaupun kita tidak dapat pastikan keberkesannannya, namun perubatan tradisional ini telah diperturunkan bagi memberi manfaat kepada generasi akan datang. perubatan tradisional ini harus disimpan sebagai rujukan atau salah satu cara perubatan alternatif tanpa bahan kimia.
Asam jawa atau nama saintifiknya tamarindus indica adalah tumbuhan asal di benua Afrika dan tersebar meluas oleh pedagang-pedagang arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam kemat, Asam kuning (Melayu), Indian date, Sweet tamarind (Bahasa Inggeris), Anbii, ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin, Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me Chua (Vietnam), Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun) dan Khaam, Kok mak kham (Laos).
Petua orang dulu-dulu
1. Demam Panas
Ambil segenggam asam jawa dan kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil berselawat dan membaca doa ini.
Friday, March 4, 2016
Penanaman Kurma (update 2)
Update 2
Pada 4 Mac 2016 lalu, ketika meninjau kebun rumah tinggi, saya dapati 4 anak pokok kurma mula tumbuh daun kedua. Keempat-empat pokok ini diletakkan di kawasan panas terik petang. manakala 9 anak pokok lagi yang ditempatkan di tempat redup belum lagi mengeluarkan daun kedua.
Ke pautan Projek Tanaman 4: Kurma. Klik di sini
Pada 4 Mac 2016 lalu, ketika meninjau kebun rumah tinggi, saya dapati 4 anak pokok kurma mula tumbuh daun kedua. Keempat-empat pokok ini diletakkan di kawasan panas terik petang. manakala 9 anak pokok lagi yang ditempatkan di tempat redup belum lagi mengeluarkan daun kedua.
Pokok anak kurma yang diletakkan di tempat panas |
Ke pautan Projek Tanaman 4: Kurma. Klik di sini
Thursday, March 3, 2016
Projek Tanaman 6: Asam Jawa Manis (Tammarind)
Jauh mengembara dari Kelantan ke Shah Alam |
Ibu kesayangan memberi buah asam jawa manis yang di beli di pasar kelantan. Saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk menanam biji asam jawa manis kerana rasanya yang sedap dan manis. Maka pada 9 Februari 2016 yang lalu, kami menyemai biji asam jawa manis. Kami terlupa akan projek kami ini sehinggalah pada 28 Februari 2016 lalu, anak pokok Asam Jawa mula bercambah.
Anak-anak gembira melihat benih yang ditanam bercambah |
Wednesday, March 2, 2016
Mengapa pokok layu ketika tengah hari
Satu masalah timbul ketika projek menanam pokok capsicum iaitu anak pokok layu ketika matahari terik memancar secara terus ke balkoni rumah iaitu antara pukul 3.00 hingga pukul 6.00 petang. Anak pokok seolah lembik dan daunnya bergulung. Keadaan anak pokok kembali pulih apabila cahaya matahari tidak lagi terik. Kami mencuba beberapa cara untuk mencari penyelesaian masalah ini.
Proses transpirasi adalah proses tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma pada daun. Stoma adalah liang kecil pada daun yang membenarkan wap air keluar dari bahagian tumbuhan yang aktif seperti daun dan batang. Stoma adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Ia berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa proses fotesintesis dan repirasi, Selain itu, stoma juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stoma pada tumbuhan tersebut maka semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi. Cahaya merangsang bukaan stoma. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stoma akan terbuka dengan lebih luas. Semakin tinggi suhu persekitaran maka semakin tinggi kadar traspirasi yang berlaku.
Oleh itu, pada suhu panas, daun dan batang pokok kelihatan layu sebagai akibat hilangnya air yang diperlukan. Daun yang nipis akan layu lebih cepat berbanding daun yang tebal. Kelayuan tumbuhan ini boleh dikatan layu sementara atau layu kekal. layu sementara terjadi jika tanah masih mengandungi air buat tumbuhan. Kelayuan terjadi akibat banyak air yang tersejat. Tumbuhan akan menjadi segar kembali setelah kadar transpirasi menurun. Layu sementara yang berulang-ulang akan menyebabkan tumbuhan mengalami pertumbuhan yang tertekan.
i) menutup kawasan anak benih capsicum dengan kain hitam yang dijual di nursery.
- Kain tersebut dapat menghalang cahaya matahari memancar terus ke balkoni rumah.
Hasilnya: Anak pokok capsicum kelihatan lebih baik dan batangnya tidak lembik dan daunnya tidak lagi bergulung.
Hasilnya: Anak pokok capsicum kelihatan lebih baik dan batangnya tidak lembik dan daunnya tidak lagi bergulung.
Anak pokok capsicum layukan dirinya untuk
menggelak kehilangan air yang banyak.
|
Salah satu cara saya lakukan untuk menghalang pancaran terus cahaya matahari |
Proses transpirasi adalah proses tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma pada daun. Stoma adalah liang kecil pada daun yang membenarkan wap air keluar dari bahagian tumbuhan yang aktif seperti daun dan batang. Stoma adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Ia berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa proses fotesintesis dan repirasi, Selain itu, stoma juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stoma pada tumbuhan tersebut maka semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi. Cahaya merangsang bukaan stoma. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stoma akan terbuka dengan lebih luas. Semakin tinggi suhu persekitaran maka semakin tinggi kadar traspirasi yang berlaku.
Oleh itu, pada suhu panas, daun dan batang pokok kelihatan layu sebagai akibat hilangnya air yang diperlukan. Daun yang nipis akan layu lebih cepat berbanding daun yang tebal. Kelayuan tumbuhan ini boleh dikatan layu sementara atau layu kekal. layu sementara terjadi jika tanah masih mengandungi air buat tumbuhan. Kelayuan terjadi akibat banyak air yang tersejat. Tumbuhan akan menjadi segar kembali setelah kadar transpirasi menurun. Layu sementara yang berulang-ulang akan menyebabkan tumbuhan mengalami pertumbuhan yang tertekan.
Di sini saya menjumpai video penerangan mengenai masalah ini di blog TanamSendiri.com. Anda boleh klik di sini untuk keterangan lanjut.
sumber: TanamSendiri.com Nota Biologi
Projek 5: Menanam pokok capsicum. Klik di sini
Projek 5: Menanam pokok capsicum. Klik di sini
Tuesday, March 1, 2016
Cili Benggala (Bell Pepper)
Cili Benggala atau nama saintifiknya Capsicum annum L adalah sayuran jenis cili dari keluarga Solanaceae. Cili benggala atau dikenali juga sebagai Bell Pepper dipercayai berasal dari kawasan Mexico, Amerika Selatan dan terus disebarkan ke kawasan Eropah, Asia Barat, Afrika dan Asia. Cili benggala memiliki pelbagai varieti dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Cili benggala dikenali sebagai chilli pepper di Amerika Utara, sweet pepper di Britain dan capsicum di Australia, New Zealand dan India. Ia juga dikenali sebagai bell pepper di Amerika Syarikat dan Kanada serta dikenali di sesetengah negara sebagai paprika.
Buah ini besar dan berbentuk seperti loceng serta mempunyai warna yang menarik seperti hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat dan hitam. Cili benggala boleh dimakan mentah atau dimasak. Sayur ini boleh dicincang atau dihiris dan dimakan sebagai salad. Selain itu, cili benggala juga dijadikan sos atau dicincang dijadikan salsa dengan mencampurkan dengan beberapa rempah dan herba.
Monday, February 29, 2016
Penanaman Sunlady melon (part 2)
27 Februari 2016
27 Februari 2016 lalu, kami repotting sunlady melon ke dalam pasu yang lebih besar. Di dalam proses pemindahan, beberapa pokok telah patah. Apa yang yang dapat dilihat, anak benih haruslah ditanam terus di tempat yang hendak di tanam kerana batang pokok masih lembut. Secara tidak langsung ini dapat merbahayakan keselamatan anak pokok.
Penanaman Sunlady Melon di apartment (part 1). Klik sini
Kelihatan daun kelima dan batang sulur mulai tumbuh |
27 Februari 2016 lalu, kami repotting sunlady melon ke dalam pasu yang lebih besar. Di dalam proses pemindahan, beberapa pokok telah patah. Apa yang yang dapat dilihat, anak benih haruslah ditanam terus di tempat yang hendak di tanam kerana batang pokok masih lembut. Secara tidak langsung ini dapat merbahayakan keselamatan anak pokok.
Anak pokok yang telah dialih ke pasu yang lebih besar. |
Pembantu mama terpaksa bergilir-gilir membantu kerana kawasan yang terhad |
Penanaman Sunlady Melon di apartment (part 1). Klik sini
Saturday, February 27, 2016
Dari Shah Alam ke Rumah Api Tanjung Tuan
Permulaan perjalanan kami ke Rumah Api Tanjung Tuan |
Pada 27 Februari 2016 lalu, kami telah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Perjalanan dari Shah Alam ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dan kami tiba kira-kira pada pukul 8.00 pagi, Pengunjung boleh memakir kenderaan mereka di sepanjang jalan bersebelahan hutan rekreasi tersebut.
Pengunjung dikehendaki membayar RM1.00 dan mendaftar di Balai Penerangan yang terletak berhampirann pintu masuk hutan rekreasi tersebut. Kemudahan seperti bilik air juga disediakan. Pengunjung harus membawa bekal makanan dan air yang mencukupi kerana tiada gerai di sekitar pintu masuk hutan rekreasi. Laluan utama ke rumah api ialah jalan tar. Trailnya mudah dan santai.
Perjalanan ke Rumah Api Tanjung Tuan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Sebelum tiba di rumah api, ada beberapa laluan susur masuk ke trail-trail yang berlainan. Bagi peminat burung, bolehlah menyelusuri laluan penghijrahan burung pemangsa. Antara burung yang dapat dilihat ialah burung helang, hering dan layang-layang. Burung-burung ini hijrah dari Indonesia dan dapat dilihat dari bulan Februari dan Mac.
Trailnya mudah dan selamat |
Pada 5 Jan 1971, Kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai kawasan Suaka Hidupan Liar dan Burung-burung |
Sebanyak 54 spesis burung liar yang terdiri daripada burung tempatan dan burung berhijrah serta 3 spesis primate |
Friday, February 26, 2016
Projek 5: Tanaman Capsicum
1. Saya menjalankan projek ini bersama-sama anak-anak. Biji benih diperoleh dari buah cili capsicum yang dibeli di pasaraya. Pembantu kecil saya telah menabur secara rawak biji cili capsicum di dalam pasu kecil. Media yang digunakan adalah tanah hitam+tanah merah+cocopeat. dalam masa seminggu anak-anak pokok cili capsicum mula bercambah. Oleh kerana keadaan di dalam pasu yang padat, kami telah memindahkannya ke dalam polibeg. kira-kira 60 biji anak benih yang bercambah. Walaupun ruang balkoni yang sempit, saya cuba menyediakan kawasan yang terlindung dari matahari sebaik-baiknya. Perkembangan anak pokok cili tidak sekata.
Daun ketiga baru sahaja muncul |
Anak pokok cili capsicum mempunyai 3 helai daun |
Anak pokok mempunyai 4 helai daun |
Anak pokok cili capsicum yang telah di alih ke polibeg |
Dari projek ini, kami dapati anak pokok yang terdedah kepada cahaya matahari terik akan menyebabkan daunnya bergulung dan batangnya kelihatan tidak bermaya. Untuk mengelakkan keadaan ini berterusan saya menutup kawasan anak pokok dengan kain hitam (yang digunakan di nursery).
Mengapa anak pokok capsicum layu ketika tengah hari? Klik di sini
Mengapa anak pokok capsicum layu ketika tengah hari? Klik di sini
Thursday, February 25, 2016
Taman Cabaran Putrajaya
Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall Climbing) |
Untuk adventure kali ini. kami ke Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall climbing) yang terletak di seksyen 5, Putrajaya. Lokasi kompleks ini agak rumit namun pengunjung boleh menggunakan GPS untuk mencari lokasinya. Klik sini untuk lokasi Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall climbing). Koordinat GPS: 2.8889273,101.6663448.
Lokasi Taman Cabaran Putrajaya |
Kompleks sukan ini dibuka dari hari Ahad hingga hari Khamis dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam dan hari Rabu, Jumaat dan Sabtu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kompleks ini akan ditutup pada hari pertama dan ketiga Isnin pada setiap bulan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja membaikpulih. Bayaran dikenakan sebanyak RM6.00 bagi dewasa, Pelajar sebanyak RM3.00 dan kanak-kanak adalah percuma.
Banggunan kompleks ini adalah seluas 2,100 kaki persegi dan menyediakan indoor wall climbing setinggi kira-kira 20 meter dan berbentuk trapezoidal. Terdapat enam zone iaitu:
Zon A: Expert Bouldering Wall
Zon B: Beginners Bouldering Wall
Zon C: Expert Lead Wall
Zon D: Top Roping Wall
Zon E: Speed Climbing Wall
Zon F: Intermediate Lead Wall
Wednesday, February 24, 2016
Khasiat Buah Kurma
Buah kurma boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah. Kebanyakan pokok kurma ditanam di negara-negara Asia Barat dan kini telah berkembang hingga ke Afrika Utara, California, Arizona, India, thailand dan Malaysia. Selain rasanya yang manis, buah kurma tahan lama serta tidak perlu dimasak. Buah ini mempunyai banyak khasiat dan baik untuk manusia sejagat.
Buah kurma mempunyai kandungan protein kira-kira 2.0 peratus, serat, 2 hingga 4 peratus dan kandungan gulanya boleh mencapai sehingga 57 peratus glukosa. Apabila kurma dimakan, glukosa yang diserap dalam tubuh ditukar serta merta menjadi tenaga. Kulit kurma pula mengandungi serat yang amat baik untuk mencegag barah usus besar kerana ia merupakan pelawas. Buah kurma juga kaya dengantiamin, riboflavin, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Telah terbukti dalam perubatan sains mahupun homopati, amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian gluten menghalang penyerapan zar-zat makanan secara sempurna.
Tuesday, February 23, 2016
Pokok Kurma
Pokok Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera ialah sejenis pokok palma dalam keluarga Arecaceae. Pokok ini ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Pokok Kurma merupakan pokok bersaiz sedang, ketinggian boleh mencapai di antara 15 hingga 25 meter dan sering terkumpul dengan beberapa pokok daripada suatu sistem akar tunjang namun adakalanya tumbuh secara tunggal. Daunnya berbentuk pinat, panjang antara 3 hingga 5 meter dengan durinya di petiol dan mempunyai sekitar 150 daun kecil sepanjang 30 sm dan selebar 2sm.
Monday, February 22, 2016
Air Terjun Sofia Jane
Pada 21 Februari 2016 lalu, kami sekerluarga dan geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) telah berpakat trekking ke Air Terjun Sofia Jane, Kemensah. Air terjun ini terletak di Kampung Kemensah Ulu Kelang. Kira-kira 10 minit perjalanan dari pintu Zoo Negara ke Kampung Kemensah hingga ke penghujung jalan.
Jalan di sebelah Zoo Negara |
Kami melintasi kawasan perkelahan di mana banyak chalet-chalet pensendirian berhampiran sungai Kemensah. Kami pakir berhampiran kawasan rekreasi ATV Kuala Lumpur sebelum memulakan trekking.
Perjalanan off road bermula dari Institut Budaya Baru Melayu. Terdapat denai kecil yang menghubungkan dunia luar ke Air Terjun Sofia Jane. Terdapat pelbagai cara untuk ke air terjun tersebut antaranya seperti hiking, menaiki basikal mountain bike, menaiki motor scrambler dan menaiki ATV. Tepuk dada tanya selera.
Jika sukakan cabaran aktiviti lasak, pengunjung boleh menyewa ATV di kawasan rekreasi berkenaan untuk sampai ke air terjun. Bagi kami, kami memilih untuk hiking hingga ke air terjun yang mengambil masa kira-kira dua jam. Sesekali kami terserempak dengan pengunjung-pengunjung yang menaiki ATV, Motor scrambler dan Mountain bike.
Aktiviti lasak bagi pengunjung yang inginkan cabaran. |
Sambil berbasikal, pengunjung dapat menikmati keindahan semula jadi |
Jalam treknya agak santai dan sesekali mendaki. Anak-anak kecil kami sentiasa bertanya "lama lagi ke?" tidak sabar agaknya untuk bermandi manda di air terjun yang sejuk lagi menyegarkan itu.
Ikut laluan ATV Trail sehingga tiba ke air terjun. |
Kecil-kecil sudah mengikut ibu dan ayah trekking di rimba |
Terdapat 6 buah air terjun di Hutan Komuniti Kg Kemensah antaranya Air Terjun Sofia Jane, Air Terjun Lata Sham, Cabang Sungai, Air Terjun Lata Pinang, Air Terjun Maya Karin dan Air Terjun Neolofa |
Mengikut penduduk kampung Kemensah, nama asal Air Terjun Sofia Jane adalah Jeram Kubang Gajah. |
Sebaik sahaja tiba ke papan tanda kedua, trek mula menurun sehingga tiba ke Air Terjun Sofia Jane. mengikut cerita orang kampung di situ, air terjun ini mempunyai tiga tingkat. namun kami tidak meneruskan perjalanan dan hanya berpiknik di tingkat bawah. Kami menikmati pelbagai juadah yang di bawa antaranya nasi berlaukkan ayam masak cili padi, roti jala, sandwich dan kek batik.
Selain membawa bekal dari rumah, geng MROT turut menggoreng cucur udang. |
Makan dahulu sebelum berendam di dalam air sungai yang sejuk |
Kami turut tidak melepaskan peluang berendam di dalam sungai dan berdiri di bawah air terjun. Airnya sungguh sejuk dan menyegarkan. Salute dan tabik spring kepada geng MROT yang begitu sporting dan awesome.
Air yang jatuh di belakang terasa seperti 'massage' |
Walaupun di tengah-tengah keheningan Kotaraya, nun jauh di sana masih terdapat air terjun yang mendinginkan |
Saturday, February 20, 2016
Bukit Broga
Pada April 2015 lalu, kami sekeluarga telah mendaki Bukit Broga yang terletak di semenyih. Bukit ini menjadi pilihan kerana tahap pendakian yang agak mudah. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mencuba mendaki bukit Broga. Seawal 6.30 pagi, kami mula mendaki bukit Broga. Walaupun laluan agak gelap, namun 'kemeriahan' para pendaki lain yang turut sama mendaki sedikit sebanyak menceriakan suasana pagi tersebut. pendakian bermula dari kawasan pakir di ladang kelapa sawit hingga ke pintu gerbang Bukit Broga.
Perjalanan diteruskan dengan mendaki laluan yang dikelilingi pokok-pokok hutan kira-kira 45 minit bergantung pada tahap kelajuan individu. Pendakian hendaklah dibuat dengan berhati-hati kerana agak licin dan curam. Kanak-kanak hendaklah sentiasa di awasi agar tidak berlaku sebarang kemalangan.
Kemudian, kami tiba di kawasan pendakian yang agak terbuka seluas mata memandang. kelihatan lalang-lang melambai-lambai menyambut kedatangan kami. Matahari mula menyinari dan suasana menjadi sedikit panas. laluannya sedikit mendatar dan bolehlah berehat sebentar bagi melepaskan lelah.
Permulaan pendakian Bukit Broga |
Friday, February 19, 2016
Projek 4: Penanaman Buah Kurma
Projek ini saya jalankan bersama-sama anak-anak pada November 2015 lalu. Buah-buah kurma yang dimakan, disemai di dalam pasu-pasu bunga. (ketika ini saya membiarkan anak-anak saya menyemai di mana mereka suka). Mereka berlumba-lumba menyemai semua biji kurma yang dimakan. Dua bulan kemudian... kelihatan pucuk hijau tumbuh menegak dan ada juga biji benihnya terkeluar dari tanah. Pertumbuhan biji benih agak lambat.
Update 2. Klik di sini
16 Januari 2016, kira-kira 2 bulan, anak pokok kurma mula bercambah |
Anak pokok kurma mula mengeluarkan daun pertama pada 1 Februari 2016 |
Anak pokok kurma yang telah tumbuh daunnya kami pindahkan ke dalam polibeg |
Walaupun mengambil masa yang lama untuk bercambah, anak-anak berasa gembira melihat pertumbuhan daun pertama |
Update 2. Klik di sini
Thursday, February 18, 2016
Taman Eko Rimba KL
Pintu masuk melalui Menara Kuala Lumpur |
Taman Eko Rimba KL terletak di Hutan simpan Bukit nanas. Hutan simpan ini adalah satu-satunya hutan yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan simpan Bukit Nanas juga dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan adalah tertua di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang strategik iaitu ditengah-tengah kotaraya dan dikelilingi hutan batu (bangunan) memainkan peranan penting sebagai 'Green Lung'' di Kuala Lumpur. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh secara semulajadi dan menikmati siulan sang burung yang terdapat di kawasan sambil bersiar-siar. Terdapat dua pintu masuk: Pintu 1 melalui Menara Kuala Lumpur berdekatan parkir bas pelancong dan Pintu 2: melalui Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Chulan.
Terdapat beberapa tempat menarik antaranya Taman Herba, Taman Orkid, Jambatan gantung, jalan-jalan denai, tapak perkhemahan dan kemudahan perkhemahan. Disarankan memakai baju tangan panjang dan bewarna cerah kerana kawasan ini banyak nyamuk. Makanan dan air perlu dibawa kerana tiada gerai yang berdekatan kecuali di Menara Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.
Wednesday, February 17, 2016
Buah Melon
Buah melon atau nama saintifiknya Cucumis melo Linn adalah berasal dari keluarga Cucurbitaceae. Buah melon mempunyai pelbagai nama lain seperti Melon, Musk Melon dan Cantauloupe (English), Blewah, semangka, Londo (Indonesia), Milon, itimon, atimon (Filipina), trasak sorrow (Cambodia), teeng laay (Laos) dan taeng-tai, taeng-kai (Thailand). Buah melon mempunyai banyak varieti antaranya honeydew, rock melon, sunlady melon, musk melon, cantaloupe dan cupid. Buah ini berasal dari kawasan utara Benua Afrika sebelum dimajukan di kawasan Mediteranean dan tersebar meluas ke Eropah dan Asia. Buah melon banyak mengandungi air selain mengandungi vitamin yang berguna untuk kesihatan tubuh kita. Rasanya yang manis sedap dimakan segar mahupun dibuat jus.
Melon adalah sejenis tumbuhan menjalar dan merambat yang mempunyai batang 1 hingga 3 meter panjang berbentuk segi-segi dan lembut. Bunganya pula berwarna kuning berukuran 1.2 hingga 3 sentimeter dan mempunyai 5 kelopak. Buah melon pula berbentuk bulat, bujur atau globular mengikut varieti.
Subscribe to:
Posts (Atom)