ADS

Saturday, July 23, 2016

Keistimewaan Pokok Periuk Kera

Periuk Kera mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri. Antaranya: 

1. Sebagai pokok hiasan di halaman rumah


Pokok Periuk Kera juga boleh dijadikan tanaman hiasan kerana keunikan dan kecantikan pokok ini. Selalunya pokok Periuk Kera digantung di sudut-sudut pagola atau taman untuk memberi impak 'hijau' atau 'lembut'. Cara penjagaannya juga mudah dan tidak perlu dibaja kerana sumber nutriennya adalah dari serangga. 





2. Lemang Periuk Kera
Mungkin tidak ramai yang mengetahui kewujudan lemang periuk kera. Ia tidak dimasak seperti lemang biasa sebaliknya pulutnya dimasukkan ke dalam periuk tumbuhan maging ini sebelum di kukus. Periuk kera yang segar dipilih sebelum dipetik dan dipotong dengan berhati-hati agar permukaannya tidak terkoyak sehingga menyebabkan santan dan pulut yang dimasukkan ke dalamnya terkeluar. Selepas dibersihkan dan dikeringkan, beras pulut yang telah direndam selama sejam berserta santan dimasukkan ke dalam periuk kera dan dikukus selama 25 minit. Periuk kera yang telah masak akan menipis dan mengeluarkan aroma yang tersendiri. 


Lemang periuk kera sedap dimakan bersama-sama rendang
3. Alternatif sumber air
Jika berlaku sesuatu atau dalam keadaan mendesak, hikers bolehlah mendapatkan air dari sumber-sumber alternatif seperti dari pokok Periuk Kera. pokok ini mempunyai bahagian yang berbentuk  periuk yang boleh menangkung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka. 

4. Melegakan demam panas

Akar dan batang pokok Periuk Kera direbus terlebih dahulu sebelum diminum bagi mengurangkan panas dan mengeluarkan kahak serta melegakan batuk. Memandai dengan minum secawan air rebusan sehari dan baki airnya disimpan sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokkan harinya.

5. Melebatkan rambut

Dengan melumurkan air yang ada di dalam pokok Periuk Kera di kepala, dipercayai dapat melebatkan rambut.

6. Mengubati sakit mata.

Titiskan air dari periuk kera ke dalam mata bagi mengubati sakit mata. tetapi pastikan gunakan air dari periuk kera yang belum terbuka penutupnya. 

Pokok Periuk Kera, pokok karnivor!. klik di sni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...