ADS

Tuesday, February 23, 2016

Pokok Kurma



Pokok Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera ialah sejenis pokok palma dalam keluarga Arecaceae. Pokok ini ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Pokok Kurma merupakan pokok bersaiz sedang, ketinggian boleh mencapai di antara 15 hingga 25 meter dan sering terkumpul dengan beberapa pokok daripada suatu sistem akar tunjang namun adakalanya tumbuh secara tunggal. Daunnya berbentuk pinat, panjang antara 3 hingga 5 meter dengan durinya di petiol dan mempunyai sekitar 150 daun kecil sepanjang 30 sm dan selebar 2sm.





Buahnya pula adalah sebiji pepauh digelar sebagai sebiji kurma. Ia berbentuk bujur-selinder, panjang diantara 3sm hingga 7sm dan bergaris pusat 2 hingga 3sm. Apabila matang, buahnya berwarna merah ke kuning muda bergantung pada varieti buahnya. Terdapat tiga kultivar utama kurma iaitu 1: Lembut (contoh seperti Barheem Halawy, Khadrawy, Medjool), 2. Semi kering (contoh seperti Deglet Noor, Zahidi) dan 3. Kering (contoh seperti Thoory). Jenis buah bergantung pada kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosa.


Jenis-jenis kurma

Terdapat dua jenis Pokok kurma iaitu pokok jantan dan pokok betina. Hanya 50 peratus pokok kurma yang ditanam melalui benih akan menjadi pokok kurma betina yang menghasilkan buah. Secara azalinya, pokok kurma dipolinasi melalui angin, namun di semenanjung arab, pendebungaan pokok kurma dilakukan dengan bantuan manusia. Petani atau pengusaha kebun kurma akan memanjat tangga dan mengetuk-ngetuk bunga jantan ke bunga betina.

Bunga jantan menegak dan mempunyai kantung debunga. Sepohon bunga
kurma jantan boleh mendebunga 40 hingga 50 pokok kurma betina

Bunga betina berbentuk bulat dan tidak mempunyai warna dan bau.
Setelah proses pendebungaan, bunga betina hendaklah dijarakkan bagi
menghasilkan buah kurma yang besar.

Pendebungaan dengan bantuan manusia


 Buah kurma adalah tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, barat Afrika Utara hingga ke Magribi. Kini ada juga kurma terutamanya (Medjool dan Deglet Noor) dikeluarkan di selatan California dan Arizona di Amerika Syarikat. Pokok kurma mengambil masa 4 hingga 7 tahun untuk berbuah.

Peringkat buah Kurma 

Peringkat Kimri (matang)

Peringkat Khalal (saiz-penuh, ranggup)


Peringkat Rhutab (masak, lembut)

Peringkat Tamr (masak, kering matahari)

Projek tanaman: penanaman biji kurma. Klik di sini

Sumber: wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...