ADS

Sunday, March 6, 2016

Sweet Williams



Sempena Hari Jadi saya, adik saya telah menghadiahkan pokok bunga Dianthus barbatus atau dikenali juga sebagai Sweet Williams dari keluarga caryophlyllaceae. Saya tidak mengetahui nama tempatan pokok bunga ini. Pokok bunga Dianthus berasal dari Selatan Eropah dan sesetengah negara Asia yang mempunyai empat musim. Pokok ini boleh tumbuh antara 30 hingga 75 sentimeter. Bunganya tumbuh sekumpulan dan boleh mencecah sehingga 30 kuntum setiap tangkai. Setiap bunganya berukuran 2 hingga 3 diameter dan mempunyai 5 kelopak yang bergerigi. Baunya harum seakan-akan bunga cengkih.






Pokok Sweet Williams adalah pokok jenis semusim dan jangka hayatnya kurang dari 1 tahun. Walaupun mempunyai jangka hayat yang pendek, Pokok bunga ini mempunyai corak yang berlainan warna. Antaranya pink muda, pink terang, merah, ungu dan putih. Pokok ini boleh dibiakkan melalui biji benih. Disebabkan bunganya yang cantik, ramai juru landskap menggunakan pokok Sweet Williams sebagai tanaman hiasan. Pokok bunga ini sering menjadi pilihan kerana madu dari bunga Sweet Williams menarik minat burung, lebah dan rama-rama.




Cara Penjagaan

Pokok bunga Sweet Williams hidup subur di tanah sedikit beralkali dengan cahaya matahari separa teduh. Ia boleh dibiakkan melalui benih atau keratan batang. Kebiasaannya bunga Sweet William akan berbunga kira-kira 4 bulan. Bagi menggalakkan pokok ini terus berbunga, anda bolehlah melakukan deadheading. Ini adalah satu proses di mana bunga-bunga yang telah mati dipotong dengan menggunakan gunting.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...