Pada April 2015 lalu, kami sekeluarga telah mendaki Bukit Broga yang terletak di semenyih. Bukit ini menjadi pilihan kerana tahap pendakian yang agak mudah. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mencuba mendaki bukit Broga. Seawal 6.30 pagi, kami mula mendaki bukit Broga. Walaupun laluan agak gelap, namun 'kemeriahan' para pendaki lain yang turut sama mendaki sedikit sebanyak menceriakan suasana pagi tersebut. pendakian bermula dari kawasan pakir di ladang kelapa sawit hingga ke pintu gerbang Bukit Broga.
Perjalanan diteruskan dengan mendaki laluan yang dikelilingi pokok-pokok hutan kira-kira 45 minit bergantung pada tahap kelajuan individu. Pendakian hendaklah dibuat dengan berhati-hati kerana agak licin dan curam. Kanak-kanak hendaklah sentiasa di awasi agar tidak berlaku sebarang kemalangan.
Kemudian, kami tiba di kawasan pendakian yang agak terbuka seluas mata memandang. kelihatan lalang-lang melambai-lambai menyambut kedatangan kami. Matahari mula menyinari dan suasana menjadi sedikit panas. laluannya sedikit mendatar dan bolehlah berehat sebentar bagi melepaskan lelah.
Terdapat tiga bukit sebelum tiba ke puncak. Bukit tersebut sering dijadikan tempat berehat. Sambil berehat kami menikmati kuih muih dan air kopi panas yang dibawa sambil melihat pemandangan yang mempersonakan.
Sebelum tiba ke puncak, kami melalui laluan berbatu dan perlu memanjat batu-batu yang menegak 90 darjah. kami terpaksa memanjat dengan menggunakan tali yang disediakan di situ. Dengan pertolongan pendaki lain, ketiga-tiga anak kami yang berumur 10 tahun, lapan tahun dan 4 tahun berjaya melalui cabaran tersebut.
Permulaan pendakian Bukit Broga |
Kawasan yang hanya dipenuhi lalang sejauh mata memandang |
Kawasan ini pernah terbakar pada Februari 2015. Ketika kami mendaki pada April 2015, kawsan lalang itni telah pulih sepenuhnya dari kesan kebakaran |
Pendaki kecil kami yang baru berusia 4 tahun |
Broga menjadi tumpuan pendaki-pendaki tidak kira umur dan bangsa. |
Berehat sebentar sebelum memulakan pendakian ke puncak |
Kelihatan pekan Semenyih dari atas Broga |
Pucak kedua |
Bersemangat menakluki Bukit Broga |
Sebelum tiba ke puncak, kami melalui laluan berbatu dan perlu memanjat batu-batu yang menegak 90 darjah. kami terpaksa memanjat dengan menggunakan tali yang disediakan di situ. Dengan pertolongan pendaki lain, ketiga-tiga anak kami yang berumur 10 tahun, lapan tahun dan 4 tahun berjaya melalui cabaran tersebut.
Walaupun sukar, kami berlima dapat mengharunginya |
Satu kejayaan untuk tiba ke puncak |
Rehat sebentar sambil menikmati coklat sebagai pemberi tenaga. |
No comments:
Post a Comment