ADS

Tuesday, August 27, 2024

Projek Kebun Mini di Bandar

1. Projek Kebun Mini ini dimulakan pertengahan tahun 2023. Pada percubaan pertama, kami menanam ubi kayu. Kira-kira 9 batang batang ubi kayu dipacak. Ambil masa 6 bulan juga baru kami dapat menggali ubinya. 


2. Kami memindahkan pokok delima dari pasu ke tanah kerana pokok ini kelihatan tidak subur dan tidak berbuah. Setelah beberapa bulan dipindahkan, pokok delima mula bercambah pucuk baru. Kini pokok delima mula berbunga dan berbuah.

Bunga Pokok Delima
  

Pokok Delima mempunyai duri yang panjang dan tajam


Buah Delima 

3. Pada tahun 2024, kami mula menanam pokok pisang memandangkan buah pisang sekarang agak mahal. Kami memilih untuk menanam Pisang Nangka, Pisang Berangan dan Pisang Lemak manis. 

Pokok Pisang Lemak Manis

Pokok Pisang Berangan

Pokok Pisang Nangka

Hasil tanaman sendiri

Jantungnya kita buat ulam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...