ADS

Thursday, February 18, 2016

Taman Eko Rimba KL

Pintu masuk melalui Menara Kuala Lumpur

Taman Eko Rimba KL terletak di Hutan simpan Bukit nanas. Hutan simpan ini adalah satu-satunya hutan yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan simpan Bukit Nanas juga dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan adalah tertua di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang strategik iaitu ditengah-tengah kotaraya dan dikelilingi hutan batu (bangunan) memainkan peranan penting sebagai 'Green Lung'' di Kuala Lumpur. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh secara semulajadi dan menikmati siulan sang burung yang terdapat di kawasan sambil bersiar-siar.  Terdapat dua pintu masuk: Pintu 1 melalui Menara Kuala Lumpur berdekatan parkir bas pelancong dan Pintu 2: melalui Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Chulan.



Terdapat beberapa tempat menarik antaranya Taman Herba, Taman Orkid, Jambatan gantung, jalan-jalan denai, tapak perkhemahan dan kemudahan perkhemahan. Disarankan memakai baju tangan panjang dan bewarna cerah kerana kawasan ini banyak nyamuk. Makanan dan air perlu dibawa kerana tiada gerai yang berdekatan kecuali di Menara Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.





Jambatan Gantung
Kelihatan 'Hutan Batu' mengelilingi Taman Eco.
Trekking di denai-denai yang disediakan 

Sesuai untuk kanak-kanak

Salah satu taman yang ada di Taman Eko Rimba KL
Terdapat juga pengenalan rupabentuk daun di siar kaki


Pokok buloh melambai-melambai menyambut kedatangan pengunjung

Terdapat pelbagai spesies tumbuhan dan unggas 

Pengunjung akan mengakhiri trekking di sebelah zoo mini yang terletak di perkarangan Menara Kuala Lumpur. Pelbagai spesies burung dan binatang  seperti burung kakak tua, emu dan kura-kura dipamer di situ. Bayaran dikenakan jika pengunjung ingin memasuki zoo mini.

Pintu masuk KL Tower Mini Zoo




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...