ADS

Wednesday, February 24, 2016

Khasiat Buah Kurma


Buah kurma boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah. Kebanyakan pokok kurma ditanam di negara-negara Asia Barat dan kini telah berkembang hingga ke Afrika Utara, California, Arizona, India, thailand dan Malaysia. Selain rasanya yang manis, buah kurma tahan lama serta tidak perlu dimasak. Buah ini mempunyai banyak khasiat dan baik untuk manusia sejagat.

Buah kurma mempunyai kandungan protein kira-kira 2.0 peratus, serat, 2 hingga 4 peratus dan kandungan gulanya boleh mencapai sehingga 57 peratus glukosa. Apabila kurma dimakan, glukosa yang diserap dalam tubuh ditukar serta merta menjadi tenaga. Kulit kurma pula mengandungi serat yang amat baik untuk mencegag barah usus besar kerana ia merupakan pelawas. Buah kurma juga kaya dengantiamin, riboflavin, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Telah terbukti dalam perubatan sains mahupun homopati, amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian gluten menghalang penyerapan zar-zat makanan secara sempurna.


Mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.        
Berdasarkan kajian Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains dan Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Asiah Zain, amaan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kornik seperti jantung dan kencing manis kerana ia mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Buah kurma mengandungi vitamin E serta glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta memmbantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Meransang dan memudahkan kehamilan.
Buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Ini berasaskan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa a.s iaitu Maryam dalam surah Maryam ayat  25 dan 26 yang menyuruh Maryam memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.  Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Kecerdasan Minda dan Membantu proses Tumbesaran. 
Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran dan membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Kurma Mencegah Serangan Stroke.
Kandungan kalori buah kurma yang tinggi mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Antara keistimewaannya, kurma mampu menurunkan risiko serangan stroke kerana kandungan kalium yang tinggi. Kalium berfungsi membuat denyutan jantung makin teratur, menaktifkan kontraksi otot, serta nenbantu mengatur tekanan darah.

Menurut Pakar penyakit darah tinggi, Universiti Minnesota Amerika Syarikat, Dr. Louis Tobian, Jr, Kalium yang tinggi membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung. Beliau telah melakukan ujikaji pada dua kelompok tikus yang terkena Hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok kedua diberi diet kalium normal. Hasilnya, kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi tidak mengalami pendarahan otak. Sementara 40 peratus pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan. Hasil penelitian, beliau mendapati konsumi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...