ADS

Thursday, February 25, 2016

Taman Cabaran Putrajaya

Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall Climbing)

Untuk adventure kali ini. kami ke Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall climbing) yang terletak di seksyen 5, Putrajaya. Lokasi kompleks ini  agak rumit namun pengunjung boleh menggunakan GPS untuk mencari lokasinya. Klik sini untuk lokasi Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall climbing). Koordinat GPS: 2.8889273,101.6663448.

Lokasi Taman Cabaran Putrajaya


Kompleks sukan ini dibuka dari hari Ahad hingga hari Khamis dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam dan hari Rabu, Jumaat dan Sabtu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kompleks ini akan ditutup pada hari pertama dan ketiga Isnin pada setiap bulan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja membaikpulih. Bayaran dikenakan sebanyak RM6.00 bagi dewasa, Pelajar sebanyak RM3.00 dan kanak-kanak adalah percuma.

Banggunan kompleks ini adalah seluas 2,100 kaki persegi dan menyediakan indoor wall climbing setinggi kira-kira 20 meter dan berbentuk trapezoidal. Terdapat enam zone iaitu:

Zon A: Expert Bouldering Wall
Zon B: Beginners Bouldering Wall
Zon C: Expert Lead Wall
Zon D: Top Roping Wall
Zon E: Speed Climbing Wall
Zon F: Intermediate Lead Wall




Pengunjung hendaklah mengetahui serba sedikit peraturan dan
term yang digunakan dalam aktiviti wall climbing

Sebelum memanjat, pengunjung hendaklah mendaftar di bilik pejabat sebagai langkah keselamatan. Khidmat jurulatih disediakan bagi pengunjung yang ingin mempelajari teknik-teknik memanjat dengan bayaran sebanyak RM25.00 satu jam. Di sini turut disediakan peralatan-peralatan wall climbing untuk disewa. Antara peralatan untuk disewa:

  1. Tali: RM15.00
  2. Harness: RM5.00
  3. Kasut memanjat: RM7.00
  4. Beg kapur: RM3.00
  5. Belay Device: RM4.00

Pada mulanya, kami mencuba memanjat Zon B: Beginners Bouldering Wall. Walaupun tercatat ia untuk beginners, namun terasa juga kepayahan memanjat kerana tidak biasa dengan trailnya. Hati terasa sedikit gayat apabila memandang ke bawah. Perasaan takut mula menyelubungi diri apabila memanjat semakin tinggi kerana bouldering tidak menggunakan sebarang peralatan kecuali gear melindung daripada terjatuh. Bouldering menggunakan kekuatan tubuh badan untuk memanjat. Walaupun masih kecil, anak-anak ini tidak gentar dan mencuba mendaki sehingga ke puncak.

Harus mempunyai keberanian untuk
memanjat lebih tinggi

Setelah penat memanjat dinding tiruan di tingkat bawah, kami berhenti seketika untuk mengisi perut dan makan tengah hari di restoren yang disediakan di tingkat satu. Makanannya memenuhi citrasa kami serta bayarannya berpatutan. Kemudahan seperti surau dan tandas awam juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung, Di tingkat satu juga, terdapat wall climbing untuk kanak-kanak. trailnya lebih mudah dan senang.

Pengunjung hendaklah memakai pakaian
yang bersesuaian dan peralatan memanjat 
untuk keselamatan.
Wall climbing dapat melatih kanak-kanak
lebih berdisplin dan berani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...