ADS

Saturday, March 5, 2016

Petua



Sejak berzaman, nenek moyang kita telah menggunakan asam jawa untuk mengubati penyakit yang mereka alami. Walaupun kita tidak dapat pastikan keberkesannannya, namun perubatan tradisional ini telah diperturunkan bagi memberi manfaat kepada generasi akan datang. perubatan tradisional ini harus disimpan sebagai rujukan atau salah satu cara perubatan alternatif tanpa bahan kimia.

Asam jawa atau nama saintifiknya tamarindus indica adalah tumbuhan asal di benua Afrika dan tersebar meluas oleh pedagang-pedagang arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam kemat, Asam kuning (Melayu), Indian date, Sweet tamarind (Bahasa Inggeris), Anbii, ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin, Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me Chua (Vietnam), Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun) dan Khaam, Kok mak kham (Laos).

Petua orang dulu-dulu


1. Demam Panas
Ambil segenggam asam jawa dan kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil berselawat dan membaca doa ini.





2. Batuk atau sakit tekak
Asam jawa juga digunakan bagi mengubat batuk dan sakit tekak. Caranya: ambil asam jawa dan dicampurkan bersama gula dan air kemudian ditapis ke dalam cawan dan diminum sedikit-sedikit.

3. Merawat bekas luka yang gatal
Rendam asam jawa bersama air sehingga mengembang, Lalu gosokka pada bekas luka yang gatal

4. Mengubati alergi
Ambil 3 biji asam jawa, 1/4 sudu kapur sirih dan garam secukup rasa. Semua bahan tadi direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal hanya 1 gelas sahaja. setelah sejuk airnya, tapis dan minum dua kali sehari.

5. Menghilangkan bengkak gigitan serangga
Ambil 3 biji asam jawa lalu ditumbuk halus. Bahagian yang bengkak dibersihkan dulu dengan kain yang disapu dengan minyak kayu putih. Selepas itu, ditampal biji asam jawa yang ditumbuk halus pada bahagian yang bengkak.

6. Luka dan Bisul
Ambil segengam daun muda asam jawa dan ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit luka dan bisul.

7. Sakit perut
Ambil segenggam asam jawa lalu diramaskan bersama-sama sedikit air. Sapukan ramuan tersebut diperut dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih.

8. Menghaluskan kulit muka
Bancuh sedikit asam jawa, 1 sudu tepung ubi dan sedikit air. Kacau sehingga larut menjadi pes. Lulurkan ke muka yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit, kemudia barulah dibilas.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...