Cili Benggala atau nama saintifiknya Capsicum annum L adalah sayuran jenis cili dari keluarga Solanaceae. Cili benggala atau dikenali juga sebagai Bell Pepper dipercayai berasal dari kawasan Mexico, Amerika Selatan dan terus disebarkan ke kawasan Eropah, Asia Barat, Afrika dan Asia. Cili benggala memiliki pelbagai varieti dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Cili benggala dikenali sebagai chilli pepper di Amerika Utara, sweet pepper di Britain dan capsicum di Australia, New Zealand dan India. Ia juga dikenali sebagai bell pepper di Amerika Syarikat dan Kanada serta dikenali di sesetengah negara sebagai paprika.
Buah ini besar dan berbentuk seperti loceng serta mempunyai warna yang menarik seperti hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat dan hitam. Cili benggala boleh dimakan mentah atau dimasak. Sayur ini boleh dicincang atau dihiris dan dimakan sebagai salad. Selain itu, cili benggala juga dijadikan sos atau dicincang dijadikan salsa dengan mencampurkan dengan beberapa rempah dan herba.
Khasiat cili benggala
1. Menjaga kesihatan rambut dan kulit
Lada benggala memiliki bahan anti oksida dan vitamin lengkap yang boleh menjaga akar rambut dan ketegangan kulit. Selain bertindak sebagai agen awet muda, lada ini juga menjadikan kulit bebas dari sebarang jerawat kerana sifatnya akti bakteria.
2. Baik untuk mata
Cili benggala khusunya yang bewarna kuning dan merah mempunyai kandungan vitamin A yang banyak. Selain itu, lada ini mempunyai 4 karatenoid cryptoxanthin iaitu beta, beta-karoten, lutein dan zeaxanthin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata uang lain.
3. Melancarkan pencernaan
Cili Benggala kaya dengan serat dan dapat meneutralkan penyakit ulu hati kerana ia bertindak sebagai agen pelancaran pencernaan. Sifatnya yang anti bakteria dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti Salmonella dan E.coli.
4. Mencegah skurvi
Cili benggala mampu mencegah penyakit skurvi yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Vitamin A dan C yang tinggi bertindak sebagai antioksida yang membantu menghalang kerosakan radikal bebas dalam sel-sel saraf dan saluran darah.
5. Mencegah anemia
Cili benggala kaya dengan mineral penting seperti zant besi yang sangat diperlukan tubuh untuk mengelak anemia atau kekurangan darah.
Sumber: http://roszaliza.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment