ADS

Showing posts with label Air Terjun Sofia Jane. Show all posts
Showing posts with label Air Terjun Sofia Jane. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Air Terjun Sofia Jane



Pada 21 Februari 2016 lalu, kami sekerluarga dan geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) telah berpakat trekking ke Air Terjun Sofia Jane, Kemensah. Air terjun ini terletak di Kampung Kemensah Ulu Kelang. Kira-kira 10 minit perjalanan dari pintu Zoo Negara ke Kampung Kemensah hingga ke penghujung jalan.

Jalan di sebelah Zoo Negara


Kami melintasi kawasan perkelahan di mana banyak chalet-chalet pensendirian berhampiran sungai Kemensah. Kami pakir berhampiran kawasan rekreasi ATV Kuala Lumpur sebelum memulakan trekking.

Perjalanan off road bermula dari Institut Budaya Baru Melayu. Terdapat denai kecil yang menghubungkan dunia luar ke Air Terjun Sofia Jane. Terdapat pelbagai cara untuk ke air terjun tersebut antaranya seperti hiking, menaiki basikal mountain bike, menaiki motor scrambler dan menaiki ATV. Tepuk dada tanya selera. Jika sukakan cabaran aktiviti lasak, pengunjung boleh menyewa ATV di kawasan rekreasi berkenaan untuk sampai ke air terjun. Bagi kami, kami memilih untuk hiking hingga ke air terjun yang mengambil masa kira-kira dua jam. Sesekali kami terserempak dengan pengunjung-pengunjung yang menaiki ATV, Motor scrambler dan Mountain bike.


Aktiviti lasak bagi pengunjung yang inginkan cabaran.


Sambil berbasikal, pengunjung dapat menikmati keindahan semula jadi

Jalam treknya agak santai dan sesekali mendaki. Anak-anak kecil kami sentiasa bertanya "lama lagi ke?" tidak sabar agaknya untuk bermandi manda di air terjun yang sejuk lagi menyegarkan itu.

Ikut laluan ATV Trail sehingga tiba ke air terjun.
Kecil-kecil sudah mengikut ibu dan ayah trekking di rimba

Terdapat 6 buah air terjun di Hutan Komuniti Kg Kemensah antaranya
Air Terjun Sofia Jane, Air Terjun Lata Sham, Cabang Sungai, Air Terjun Lata Pinang, Air Terjun Maya Karin dan Air Terjun Neolofa

Mengikut penduduk kampung Kemensah, nama asal Air Terjun Sofia Jane adalah Jeram Kubang Gajah.


Sebaik sahaja tiba ke papan tanda kedua, trek mula menurun sehingga tiba ke Air Terjun Sofia Jane. mengikut cerita orang kampung di situ, air terjun ini mempunyai tiga tingkat. namun kami tidak meneruskan perjalanan dan hanya berpiknik di tingkat bawah. Kami menikmati pelbagai juadah yang di bawa antaranya nasi berlaukkan ayam masak cili padi, roti jala, sandwich dan kek batik.

Selain membawa bekal dari rumah, geng MROT turut menggoreng
cucur udang.

Makan dahulu sebelum berendam di dalam air sungai yang sejuk

Kami turut tidak melepaskan peluang berendam di dalam sungai dan berdiri di bawah air terjun. Airnya sungguh sejuk dan menyegarkan. Salute dan tabik spring kepada geng MROT yang begitu sporting dan awesome.

Air yang jatuh di belakang terasa seperti 'massage' 

Walaupun di tengah-tengah keheningan Kotaraya, nun jauh di sana
masih terdapat air terjun yang mendinginkan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...