ADS

Sunday, October 23, 2016

Pentingnya Tahu Asas Menukar Tayar


Ketika menghantar anak ke sekolah pagi tadi, tayar kereta tiba-tiba pancit di jalan utama Batu Tiga. Cuaca ketika itu hujan. Pada mulanya saya berasa panik kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan dahulu. Dalam fikiran memikirkan anak yang terlambat ke sekolah sementelah dia akan menduduki peperiksaan akhir tahun hari ini. Saya cuba bertenang dan memaklumkan peristiwa tersebut pada suami saya dan meminta bantuan dari group whats app penduduk tempat saya tinggal. Saya berdoa semoga ada insan yang dapat membantu saya menukar tayar kereta. 

Apabila hujan mula berhenti, saya tekad untuk menukar tayar kereta sendiri sementara menunggu suami saya sampai. Saya bersama-sama anak saya (Zaim) menukar tayar kereta. Walaupun nampak senang secara teorinya namun ia memerlukan kudrat lelaki untuk menaikkan jack kereta dan memusing nut tayar. Walaupun berdua, kami berjaya menaikkan jack kereta dan menurunkan tempat tayar spare yang terletak di bawah bumper. Skru ketat yang memegang kejap spare tayar akhirnya terbuka. 

Walaupun kami cuba sedaya upaya, nut tayar tetap tidak berganjak. Syukur alhamdulillah ada insan yang baik hati berhenti dan membantu kami membuka nut tayar dan seterusnya menukarkan tayar. Suami saya sampai dan mengambil alih kerja tersebut. Beliau turut membantu suami saya meletakkan kembali tayar yang bocor di bawah bumper kereta. Saya amat berterima kasih kepada abang tersebut kerana sudi membantu saya yang ketika dalam kesulitan. Terima Kasih juga pada zaim yang sama-sama membantu mama menukar tayar pancit sementara menunggu didi datang. 


Jika kejadian seperti ini berlaku atau tayar pancit atau terkena paku, seharusnya kita jangan panik. Cuba tenangkan fikiran anda dan berdoalah pada yang maha Esa agar dipermudahkan urusan anda menukar tayar.


Panduan:


 1. Perlahankan kenderaan anda secara perlahan-lahan sambil bergerak ke bahu jalan. Pastikan anda berhenti di kawasan rata. Perhatikan cermin sisi kanan, sisi kiri dan belakang. Amati jika orang mengekori kereta anda atau memberitahu kereta anda bermasalah.

2. Cari tempat umum dan ramai orang yang dapat membantu jika sesuatu buruk berlaku ketika anda menukar tayar. Buka lampu kecemasan supaya kenderaan lain nampak anda dari jauh. Simpan beg, handphone dan barang berharga ditempat yang selamat dan senang diawasi.

3. Jika rasa keadaan selamat, turun dan lihat apa yang salah pada tayar dengan jarak jauh. Berhati-hati ketika membuat pemeriksaan agar anda tidak menjadi mangsa kepada individu yang ingin mengambil kesempatan.


4. Hubungi kedai tayar (saya tiada nombor kedai tayar) atau menhubungi individu terdekat sepeperti suami atau ayah untuk membantu menukar tayar. 


5. Selain itu, kaum wanita juga harus mengetahui cara-cara untuk menukarkan tayar agar anda tahu apa yang berlaku jika ada individu yang cuba membantu nanti.  


Cara-cara menukarkan tayar pancit atau terkena paku


1. Buka but dan keluarkan peralatan menukar tayar di tempat simpanan di belakang kereta. Sentiasa pastikan tayar spare mempunyai angin yang cukup untuk mengantikan tayar pancit tadi dan dapat digunakan jika berlakunya kecemasan.


2. Letakkan jack ditempat yang disediakan di bawah kereta. Perlahan-lahan naikkan kereta dari paras tanah. Keluarkan tayar spare dari tempat simpanan tayar. Sesetengah kereta, tayar sparenya diletakkan di bawah boot kereta. Anda perlu membuka skrunya dengan menggunakan spannar dan keluarkan tayar tersebut. 


3. Longgarkan nut dengan memusing arah lawan jam dan keluarkan tayar pancit. Letakkan tayar pancit di bawah kereta berdekatan jack. Selepas itu, masukkan tayar spare ke tempat tadi dan skrukan kembali nut agar tayar itu berada di tempatnya. 


4. turunkan jack dan simpan tayar yg bocor. Ketatkan nut tayar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...