ADS

Tuesday, October 25, 2016

Aktiviti Meronda Bersama Keluarga


Sabtu lepas, kami ke Panasonic Sport Carnival 2016 di Stadium Matsushita, Seksyen 22. Selain karnival sukan, turut diadakan telematch yang terbuka untuk orang awam dan promosi jualan murah produk Panasonic. Sambil berbelanja, orang ramai boleh menyertai telematch yang diadakan berhampiran pentas.


Acara yang diadakan sepanjang karnival
Si Pengacau - Badut



Khemah Jualan Murah
Acara yang diadakan mendapat sambutan baik dari semua pihak. Setiap peserta tidak kira menang atau kalah tetap mendapat hadiah. 



My Ninja memasuki acara Raja Kasut
Kalah menang adat permainan. Kedua-dua ninja mendapat hadiah saguhati
Kami meneruskan perjalanan ke Ekspo Pertanian anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena konvokesyen UPM ke 40 yang terletak di Serdang. Pesta ini diadakan bermula dari 20 hingga 26 Oktober 2016. Banyak jualan-jualan anak pokok dari genus orkid, herba, buah-buahan dan pokok hiasan. Harga-harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan murah. Selain itu, pengunjung dapat membeli buah segar, biji benih, baja dan racun serangga. 


Antara acara yang dijalankan sepanjang Konvokesyen dan Ekspo

Antara pokok buah yang menjadi tumpuan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...