ADS

Monday, October 10, 2016

Projek Tanaman 13: Pandan


Hari minggu yang lepas, Kami mempelajari cara-cara menanam pokok pandan. Pokok pandan matang ini adalah pemberian dari ibu saya. Setelah beberapa bulan kami menjaganya, kelihatan anak-anak pokok pandan tumbuh dicelah-celah daun dan dipangkal pokok. Kami mengambil keputusan untuk mencuba membiak pokok pandan dengan menggunakan keratan anak pokok. 

Anak Pokok Pandan

Cara-cara menanam Pokok Pandan

Pokok pandan boleh ditanam dengan menggunakan keratan (anak pokok yang tumbuh di celah daun atau di bahagian pangkal pokok). Potong keratan anak pokok tersebut dan tanam di dalam pasu sedalam 2-3 inci. Guna media campuran atau potting soil yang boleh dibeli di pasaran. Sekiranya pokok pandan kelihatan tidak cantik kerana batangnya yang meninggi, anda bolehlah potong pokok pandan tersebut dan menanam semula di pasu lain, Ia akan tumbuh selepas itu dengan lebih banyak. 


Anak pokok pandan yang baru di tanam dalam pasu
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pokok pandan, klik di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...