Pokok cili merah kecil molek |
Pokok ini tumbuh tanpa disedari, dalam pasu yang di dominasi oleh 'Grass plant'. 'Grass plant' ni kami beli di DIY shop sebagai projek tanaman untuk anak-anak kami. mereka menyemai sendiri anak benih di dalam pasu yang disediakan. Benih yang lebih kami semai di dalam pasu biru tersebut. Namun 'Grass plant' ni mempunyai jangka hayat pendek. Setelah menyedari kehadiran pokok cili tersebut, 'Grass plant' dicabut untuk memberi peluang pokok cili ini membesar.
Projek tanaman: Mempelajari kepentingan tumbuhan dalam kehidupan |
Sebelum ini kami pernah cuba menanam pokok cili merah, namun apabila mencecah usia 2 bulan, pokok cili kami diserang penyakit lalu mati. Saya tidak pasti pokok cili kami ketika itu diserang penyakit apa. Terasa seperti mahu putus asa, tiba-tiba muncul anak pokok cili tanpa di duga. Kami berharap pokok cili ini akan membesar dengan sihat dan mengeluarkan hasil pertamanya.
Walaupun pokok cili susah dijaga namun ini tidak mematahkan semangat kami untuk mencubanya lagi |
No comments:
Post a Comment