ADS

Tuesday, March 29, 2016

Kunyit

Bau daunnya harum dan digunakan dalam masakan rendang

Kunyit atau nama saintifiknya Cucuma domestica adalah tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae. Nama kunyit juga dikenali sebagai Harida (sanskrit), Kukum (arab), Manjal (Tamil), Tumeric (Inggeris), Kiang-hoang (China) dan Kunyir (bahasa Jawa). Pokok kunyit boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter berbatang pendek dan daun-daun yang berjumbai. Ubi utamannya dipanggil rizom yang berbentuk bulat panjang dan mempunyai tunas-tunas bercabang membentuk anak-anak ubi sisi. Rizomnya juga mempunyai gelang-gelang rapat dan berwarna jingga terang atau agak kuning. Ubi sisi bercabang-cabang dan membentuk suatu rumpun.

Sekeliling bunga terdapat daun pelindung berwarna hijau atau putih bergaris-garis hijau muda.
Bunganya berwarna putih atau kuning pucat dan mekar bersama-sama daun pelindung.


Khasiat Kunyit

Ramai pakar perubatan barat mula memandang serius kehebatan kunyit sebagai penawar untuk masalah kesihatan seperti kanser, masalah bengkak pada kaki, penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, menstabilkan paras gula, mengurangkan masalah kemurungan dan sebagainya. Rahsia penawar terletak pada warna kuningnya yang dikenali sebagai curcumin. Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxfors, United Kingdom, Professir Gerald Bodeker. curcumin adalah bahan aktif yang bertanggungjawab untuk menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ekstrak curcumin di dalam kunyit juga mengandungi polifenol iaitu komponen bioaktif yang sedia diserap oleh badan untuk membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

1. Penghalang bengkak dan sakit-sakit pada otot, tukang dan sendi

Apabila seseorang mengadu sakit sendi, tulang, dan otot, ia sebenarnya berpunca daripada keadaan sel-sel badan yang menjadi bengkak akibat tercedera atau dari penyakit. Ini menyebabkan badan menjadi merah, bengkak, panas dan sakit. Reaksi tersebut dipanggil 'inflammation'. Warga berumur 40-an ke atas terdedah dengan risiko ini yang akhirnya membawa kepada penyakit kronik seperti arthritis rheumatoid atau sakit sendi kronik.

Menurut Dr. Randy J Horwitz, doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat, mendapati penggunaan kunyit untuk pra-rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti arthritis rheumatoid. Kunyit dengan bahan aktif curcuminnya mampu menghalang kesan 'inflammation' dengan sempurna dan tidak meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh badan.

2. Antioksidan Semulajadi

Kunyit juga mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan. Selain dapat meningkatkan paras antibodi di dalam badan manusia, kunyit mampu memperlahankan proses penuan dengan menghalang tindakan radikal bebas daripada terus menerus dalam merosakkan sel-sel badan  terutamanya pada kulit wajah.

3. Mampu melawan kanser

Professor Bharat Aggarwal dari Pusat Kanser Anderson, Amerika Syarikat telah menjalankan banyak ujikaji terhadap sekumpulan besar penyakit kanser hati yang tidak menjalani proses kemoterapi. Beliau mendapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil dengan sendirinya. Kebiasaannya, sel kanser akan imun dengan tindakan bahan anti-kanser apabila diserang dari satu arah sahaja, Ini tidak berlaku kepada curcumin kerana ia mampu menyerang sel-sel kanser dari pelbagai arah menyebabkan sel-sel kanser mudah dihapuskan dan mencegah dari merebak.

4. Kunyit membantu meningkatkan fungsi otak dan memori

Kunyit juga mampu membantu meningkatkan fungsi dalam otak dan memori manusia yang sering mengambil bahan kunyit dalam menu hariannya. Kunyit didakwa mampu meningkatkan kembali hormon peningkat memori dengan penambahan bilangan sel-sel otak. Curcumin merupakan pemacu utama proses Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang merupakan sejenis hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk kekuatan otak. Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap penurunan hormon BDNF. Ini seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

5. Membantu mengatasi masalah jantung

Kajian di Amerika Syarikat mendapati curcumin membantu membaiki fungsi endothelium iaitu lapisan saluran darah. Kerosakan endothelial adalah sebab utama serangan sakit jantung. Ia melibatkan ketidaupayaan endothelium untuk mengawal tekanan darah, pembekuan darah dan pelbagai faktor lain.

Sumber: http://www.anugerahquran.com/blog/5-kajian-tentang-khasiat-kunyit-yang-ramai-tidak-tahu/






1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun
    yang membantu merawat kanser tahap 1, 2, 3 dan 4
    serta menyokong pemulihan buah pinggang,
    dengan izin Allah.

    Herba ini juga membantu pemulihan bagi masalah berikut:

    Luka kronik kencing manis & gula tinggi

    Gastrik & GERD

    Masalah buah pinggang
    (eGFR rendah, creatinine naik, kencing berbuih)



    ---

    SOKONGAN BUAH PINGGANG & eGFR

    Membantu menaikkan eGFR secara berperingkat

    Membantu mengurangkan keradangan dalaman

    Membantu mengurangkan tekanan oksidatif

    Membantu menyokong fungsi penapisan darah

    Membantu kurangkan simptom lemah & cepat penat

    Sesuai diamalkan harian sebagai ikhtiar jaga buah pinggang



    ---

    FOKUS UTAMA HERBA

    Membantu memulihkan badan dari dalam

    Membantu menguatkan sistem dalaman badan

    Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

    Membantu badan kembali kuat secara berperingkat



    ---

    KELEBIHAN HERBA

    Boleh diamalkan jangka panjang

    Fokus membantu badan sembuh secara semulajadi

    100% herba

    Tidak bertoksik & mesra badan

    Harga mampu milik & berbaloi untuk amalan berterusan

    Sesuai untuk pesakit jangka panjang



    ---

    TESTIMONI PESAKIT

    (Antara yang telah mengamalkan)

    En. Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Tahap 4B

    Pn. Nor Hayati – Kanser Payudara Merebak Tahap 4

    En. Mohd Asri – Kanser Usus Tahap 2

    Suzana – Kanser Rahim Tahap 4

    Nor Azian – Kanser Payudara Triple Negative

    Muhd Aidil Izzat – Burkitt Lymphoma Tahap 4

    Noriza – Luka kaki kencing manis hampir dipotong, kini bercantum

    Adik Haziq – Hodgkin Lymphoma Tahap 4

    En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3


    Testimoni Buah Pinggang:

    Puan Fuziah binti Ali – Pesakit buah pinggang Tahap 3B, kini menurun ke Tahap 1

    Zur Iffatin Nadia binti Zara’im – Pesakit buah pinggang Tahap 3B, kini menurun ke Tahap 1


    Dan ramai lagi…


    ---

    Video testimoni & kisah pemulihan:
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com


    ---

    Jangan tunggu sampai badan makin lemah.
    Ikhtiar awal itu lebih baik.

    Saya sedia membantu dari sudut
    rawatan herba, pemakanan & sokongan emosi.

    WhatsApp: 017-468 7570
    Mohd Zuhairi bin Noordin

    Sharing is caring – semoga menjadi asbab kesembuhan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...