ADS
Wednesday, December 20, 2017
Pantai Rekreasi. Mersing
Pantai Rekreasi terletak di Tanjung Resang kira-kira 15 km dari Bandar Mersing. Dari bandar Mersing, pengunjung perlu memandu ke arah Jalan Endau sehingga tiba di simpang tiga dan belok ke kanan ke Pantai Air Papan. Ada papan tanda menunjukkan arah ke sana. Pengunjung akan melalui Kampung Air Papan, satu-satu tempat di Mersing yang bersawah. Terdapat juga homestay Air Papan jika pengunjung ingin merasai suasana kampung. Belok kiri di simpang tiga berhampiran Masjid Al Halim, Kampung Air Papan. Kira-kira 4.3 km, pengunjung akan tiba di persimpangan menuju ke Pantai Rekreasi. Setibanya di situ, pengunjung dapat melihat pokok-pokok pine sekitar kawasan Pantai itu.
Bukit Botak , Puncak Alam
Hari ini kami berpeluang hiking ke Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam, Selangor. Bukit Botak terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Shah Alam. Berbekalkan roti kami bergerak ke lokasi pada pukul 7.30 pagi.
Trail Bukit Botak mudah dan sesuai aktiviti beriadah bersama keluarga. Namun bagi yang pertama kali mencuba, trail di beberapa kawasan agak mencabar. Untuk sampai ke puncak, hikers tidak perlu risau tersesat kerana sejak permulaan trail ada diletakkan tanda arah. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan permandangan indah ladang kelapa sawit.
Trail
Trail Bukit Botak |
Monday, December 4, 2017
Teakwando (WT) circuit Kroyo Kyorugi Antara Negeri ke-8 2017
Wednesday, November 29, 2017
Pokok Tetulang
Pokok tetulang atau dikenali juga sebagai pokok tulang-tulang adalah pokok yang unik kerana kelihatan hidup tanpa daun tidak seperti tumbuhan-tumbuhan yang lain. Pokok tetulang atau nama saintifiknya Euphorbia tirucalli dari famili Euphorbiaceace ini boleh didapati di Afrika, India, Sri Lanka dan juga Asia Tenggara. Pokok ini juga dikenali dengan nama Firestick Plants, Indian Tree Spurge, Naked Lady, Pencil Tree, Pencil Cactus, Sticks on fire atau Mill Bush.
Pokok tetulang mempunyai bentuk batang yang panjang dan bulat. Batang muda berwarna hijau muda dan batang yang matang berwarna hijau tua. Susunan ranting dahannya seperti rangka tulang manusia. Jika diamati dengan tetilti, pokok tetulang mempunyai daun yang agak halus dan kecil. Daun ini akan membesar dan bertukar menjadi dahan yang bulat seperti tulang.
Pembiakan melalui keratan batang |
Pokok ini boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Semakin kerap dahan-dahannya dicantas, maka makin banyak tunas-tunas baru akan tumbuh.
Awas! getah pokok tetulang beracun dan bertoksik. Getahnya berwarna putih dan akan mengalir keluar dari dahan yang cedera atau dipatahkan. Jika terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan kerengsaan yang teruk dan kemerahan seolah terbakar. Jika tertelan getah pokok tetulang boleh menyebabkan melecur pada mulut, bibir dan lidah. Sila dapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera jika terkena getah pokok ini.
Monday, November 27, 2017
Update: Perkembangan Pokok Nanas
Daun pokok nanas bertambah panjang dan pucuk baru tumbuh ditengah-tengah lilitan pusat pertumbuhan daun.
Artikel cara penanaman pokok nanas sila klik di sini
Putih clan
Saturday, October 21, 2017
Projek Sekolah: Bantal Pusheen
Projek sekolah
Subjek: Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk
Tahun: 4 Mutiara
Nama projek: Bantal berbentuk Pusheen
Bahan-bahan yang digunaka:
- Kain flecee
- kain felt (mata, hidung, misai dan belang)
- benang dan jarum
- kapas
- Template kucing pusheen
P/s: Dulu-dulu, dah masuk sekolah menengah baru ada projek jahitan. sekarang tahun 4 dah mula buat projek jahitan.
Petua Menghalau Anai-anai
Ikan buntal dikeringkan dan anggota dalamannya dibuang sebelum dikembungkan kembali |
Sebuah kedai di deretan-deretan kedai di Pantai Air Papan, menarik perhatian saya. Beberapa ekor ikan buntal atau puffer fish digantung untuk dijual. Menurut penjual di kedai itu, Nelayan zaman dahulu menggunakan racun ikan buntal untuk menghalau serangga perosak seperti anai-anai. Ikan buntal akan dikeringkan dan digantung di dinding rumah. Ikan buntal mengeluarkan bau yang busuk sehingga menyebabkan anai-anai tidak bersarang di dalam rumah.
Malah lima pelajar dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah berjaya menghasilkan pembasmi anai-anai dengan menggunakan ikan buntal. Ikan itu dikeringkan sebelum dijadikan serbuk dan diletakkan di dalam rumah untuk melihat keberkesanannya. Pelajar PSMZA telah memenangi Pertandingan Inovasi Polliteknik Malaysia 2012 dengan ciptaan mereka iaitu pembasmi anai-anai dengan menggunakan ikan buntal. Maklumat lanjut mengenai kajian pelajar dari PSMZA di sini.
Tuesday, October 3, 2017
Air Terjun Sungai Gabai
Hari minggu yang lalu, kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Gabai yang terletak di daerah Hulu Langat. Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa kira-kira 1 jam 5 minit pemanduan. Sebelum masuk ke kawasan rekreasi ini, kami dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 seorang. Pelbagai kemudahan disediakan antarannya kawasan parkir, gerai makanan, surau, tandas awam dan wakaf untuk beristirahat.
Wednesday, June 14, 2017
UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma di Kampung
Kami membawa pokok kurma untuk ditanam di kampung halaman. Pokok ini menerima cahaya matahari yang mencukupi. Namun pokok ini masih ditanam di dalam polibeg untuk mengelak babi hutan memakan anak pokok ini. Pokok kurma mula mengeluarkan pucuk daun yang berpelepah seperti pokok asal.
Pokok Kurma memerlukan kawasan yang panas dan kering. Tidak sesuai di kawasan tanah yang lembab. |
Wednesday, May 24, 2017
Update: Perkembangan Pokok Betik
Pokok betik yang berumur 5 bulan. |
Artikel mengenai pokok betik: Klik di sini
Sunday, May 21, 2017
Update: Perkembangan Pokok Kurma
1 tahun 4 bulan: Daun kurma yang ke-6 mula tumbuh |
Saturday, May 20, 2017
Projek Tanaman 21: Pokok Belalai Gajah
Cara-cara menanam Pokok Belalai Gajah
1. Ambil keratan batang berukuran kira-kira 4 - 6 inci. Pilih keratan yang keras atau matang
2. Rendamkan keratan tersebut di dalam air dan dicampur sedikit penggalak akar bagi mempercepatkan proses penumbuhan akar. Letakkan di tempat yang redup
3. Keratan batang tadi bolehlah ditanam di dalam pasu ataupun polibeg setelah ditumbuhi akar.
Artikel mengenai pokok belalai gajah. Klik di sini
1. Ambil keratan batang berukuran kira-kira 4 - 6 inci. Pilih keratan yang keras atau matang
2. Rendamkan keratan tersebut di dalam air dan dicampur sedikit penggalak akar bagi mempercepatkan proses penumbuhan akar. Letakkan di tempat yang redup
3. Keratan batang tadi bolehlah ditanam di dalam pasu ataupun polibeg setelah ditumbuhi akar.
Hari ketiga: Pucuk baru tumbuh di atas ruas batang |
Akar tumbuh di hujung batang |
Thursday, May 11, 2017
Wednesday, May 10, 2017
Projek Tanaman 20: Pokok Nanas
Kami sekeluarga gemar makan buah nanas. Selain rasanya yang manis, buah nanas juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Cara-cara menanam nanas
1. Untuk menanam nanas, saya membeli sebiji buah nanas segar di pasar tani. Pilih buah nenas yang mempunyai kulit keras, berwarna coklat keemasan dan matang. Cium aroma nanas untuk mengetahui kematangannya; nanas matang mengeluarkan aroma yang manis dan kuat.
Jika ingin menanam tanaman nanas yang baru, pastikan:
a: Pastikan nanas yang dipilih adalah matang dan bukannya terlalu matang. Jika daunnya senang tercabut bila ditarik secara perlahan-lahan, maka nanas itu sudah terlalu matang.
b: Pastikan tampuk daunnya masih hijau dan tidak ditumbuhi serangga di bahagian dasar daunnya. Serangga ini kelihatan seperti bintik-bintik kecil berwarna kelabu.
2. Putar daun pada bahagian atas nanas untuk mencabutnya. Cara ini akan menjaga bahagian dasar daun tetap utuh. Tanpa dasar daun ini, akar nanas tidak dapat tumbuh.
3. Petik beberapa helai daun di bahagian bawah untuk membuka batang nanas supaya batang mengeluarkan akar setelah ditanam.
4. Rendam bahagian bawah mahkota nanas di dalam bekas yang diisi air manakala bahagian daunnya berada di bahagian atas air.
5. Letakkan bekas tersebut di tepi jendela sehingga ditumbuhi akar. Gantikan air rendaman setiap beberapa hari agar tidak ditumbuhi lumut.
6. Mahkota nanas tadi boleh ditanam di dalam media tanaman apabila akarnya tumbuh kira-kira 1 inci.
Update: Pokok Keladi Hiasan
Selepas 9 bulan
Alhamdulillah pokok keladi saya bertambah subur dan membiak |
Sebelum
Artikel mengenai cara-cara penjagaan dan langkah keselamatan. Baca di sini
Puteri Putih yang comel
Sunday, March 5, 2017
Bila Alisya Zafeerah berkarya
Subscribe to:
Posts (Atom)