ADS
Wednesday, May 10, 2017
Projek Tanaman 20: Pokok Nanas
Kami sekeluarga gemar makan buah nanas. Selain rasanya yang manis, buah nanas juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Cara-cara menanam nanas
1. Untuk menanam nanas, saya membeli sebiji buah nanas segar di pasar tani. Pilih buah nenas yang mempunyai kulit keras, berwarna coklat keemasan dan matang. Cium aroma nanas untuk mengetahui kematangannya; nanas matang mengeluarkan aroma yang manis dan kuat.
Jika ingin menanam tanaman nanas yang baru, pastikan:
a: Pastikan nanas yang dipilih adalah matang dan bukannya terlalu matang. Jika daunnya senang tercabut bila ditarik secara perlahan-lahan, maka nanas itu sudah terlalu matang.
b: Pastikan tampuk daunnya masih hijau dan tidak ditumbuhi serangga di bahagian dasar daunnya. Serangga ini kelihatan seperti bintik-bintik kecil berwarna kelabu.
2. Putar daun pada bahagian atas nanas untuk mencabutnya. Cara ini akan menjaga bahagian dasar daun tetap utuh. Tanpa dasar daun ini, akar nanas tidak dapat tumbuh.
3. Petik beberapa helai daun di bahagian bawah untuk membuka batang nanas supaya batang mengeluarkan akar setelah ditanam.
4. Rendam bahagian bawah mahkota nanas di dalam bekas yang diisi air manakala bahagian daunnya berada di bahagian atas air.
5. Letakkan bekas tersebut di tepi jendela sehingga ditumbuhi akar. Gantikan air rendaman setiap beberapa hari agar tidak ditumbuhi lumut.
6. Mahkota nanas tadi boleh ditanam di dalam media tanaman apabila akarnya tumbuh kira-kira 1 inci.
Update: Pokok Keladi Hiasan
Selepas 9 bulan
![]() |
Alhamdulillah pokok keladi saya bertambah subur dan membiak |
Sebelum
Artikel mengenai cara-cara penjagaan dan langkah keselamatan. Baca di sini
Puteri Putih yang comel
Sunday, March 5, 2017
Bila Alisya Zafeerah berkarya
Thursday, February 9, 2017
Projek Tanaman 19: Pokok Pisang Kaki
Untuk projek tanaman yang baru, saya bersama anak-anak mencuba menyemai biji buah pisang kaki pada awal Disember 2016 yang lalu. Walaupun peluang biji ini bercambah adalah nipis, kami mencubanya sekadar suka-suka. Kami tanam biji benih di dalam pasu pokok kurma dan tidak sangka anak benih boleh bercambah.
![]() |
Benih mula bercambah kira-kira 2 minggu di semai |
![]() |
8 Januari 2017: Dua minggu setelah bercambah |
![]() |
31 Januari 2017: Anak pokok mempunyai 3 helai daun |
Tuesday, January 31, 2017
My 2 Fighters!!
Bendi: Sayur yang berlendir
![]() |
Pokok Bendi |
Bendi atau nama saintifiknya hibiscus esculatus adalah sejenis sayuran berbuah yang berasal dari Afrika. Bendi juga sesuai di tanam di negara-negara yang mempunyai iklim tropika dan berhawa sederhana seperti Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Pokok bendi sesuai ditanam secara komersial mahupun kitchen garden. Bendi juga dikenali sebagai lady finger's, okra (Bahasa Inggeris), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir, sayur lendir (Malaysia), haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). Kebanyakan bendi dimasak rebus atau digoreng serta boleh juga dibuat jeruk. Terdapat 2 jenis bendi iaitu jenis 5 segi dan jenis 7 segi. Sayur bendi kaya dengan zat makanan seperti kalisum, protin, lemak, kabohidrat, karotin beta, asid askorbik, tenaga dan lain-lain.
Ciri-ciri
Pokok bendi adalah tumbuhan separa keras dan boleh tumbuh sehingga 4 meter jika tidak dicantas. Batangnya bulat, bewarna hijau serta tegap, berbulu halus dan tidak banyak bercabang. Daunnya pula jenis tunggal, susunan berpilin, bersaiz besar dan tangkai daunnya pula bersederhana panjang.
![]() |
Daun bendi mempunyai 3,5 atau 7 cuping dan permukaannya agak kasar. |
Bunga bendi berwarna kuning dan pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang dan semut. Buahnya pula terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan apabila dipetik mengeluarkan sejenis lendir. Buahnya mempunyai biji dan berlendir jika dipotong. Buah bendi berwarna hijau muda ketika muda dan mempunyai rasa yang manis. Bendi yang telah tua berwarna hijau tua dan buahnya susah untuk dikunyah dan keras.
![]() |
Buah bendi berbulu halus |
Cara Menanam dalam Pasu
Buat lubang sedalam 2 cm dan letakkan 2 biji benih dalam setiap lubang. Pencambahan benih mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ia perlu ditanam di tanah lapang yang menerima sinaran matahari penuh. Selepas dua minggu, anak benih bendi telah mempunyai 4 helai daun, bolehlah mula membaja. Tapi awas agar tidak terkena batang anak pokok bendi. Bendi boleh dituai setelah berumur sebulan setengah dengan memotong batangnya dengan menggunakan pisau tajam.
Projek Tanaman 18: Pokok Bendi
Kami ambil anak pokok bendi ini dari mak mertua. Pada mulanya pokok bendi ini hanya mempunyai 2 helai daun sahaja bak kata pepatah melayu hidup segan mati tak mahu. Namun kami cuba juga menjaganya mana tau bendi ini dapat pulih kembali.
Setelah 12 hari, pokok bendi menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Daunnya mula tumbuh.
Setelah 12 hari, pokok bendi menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Daunnya mula tumbuh.
![]() |
Sekarang mempunyai 6 helai daun |
UPDATE: Kemunting Cina
Pokok Betik
Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya dipercayai berasal dari Amerika Tropika. Kini pokok betik banyak tumbuh di negara-negara ASEAN seperti di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Pokok betik adalah tumbuhan renek yang boleh tumbuh setinggi 2 hingga 7 meter. Pokok betik mempunyai jangka hayat dalam 2 hingga 3 tahun dan berbuah sepanjang musim.
![]() |
Pokok ini berbatang tunggal, tengah berongga, kulitnya mempunyai bekas parut batang daun. |
![]() |
Daunnya majmuk dan berbentuk seperti jari tangan serta tidak berbulu. Urat daun jelas kelihatan, susunan berpilin serta tangkai daun yang panjang dan berongga. |
Bunganya pula terdiri dari bunga jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit) yang keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan bersaiz kecil, tumbuh majmuk dan berwarna kuning muda. Bunganya mempunyai 5 kelopak dan bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun.
Buah betik mempunyai saiz yang berbeza, rupa bentuk dan rasa yang berlainan. Kebiasaannya ia berbentuk bujur, kulit licin, berwarna hijau dan bertukar kuning atau oren bila matang. Bahagian tengahnya berlubang dan dipenuhi biji kecil berwarna hitam. Buah betik yang mengkal (agak keras) digunakan untuk membuat rojak buah-buahan bersama-sama mangga, timun, kedondong, nanas dan sengkuang. Betik muda pula digunakan untuk membuat jeruk manis. Buah betik yang telah masak sedap dimakan segar sebagai pencuci mulut. Pucuk betik boleh dimasak sebagai sayuran atau direbus serta dimakan bersama-sama sambal belacan.
Cara Menanam Betik
Pokok betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan dan tidak sesuai ditanam di kawasan angin kuat kerana pokok betik boleh tumbang. Pokok betik memerlukan sistem pengairan yang boleh menghalang dari berlakunya banjir dan kesesuaian tanah ialah pH 5.0 - 5.5.
Pokok betik ditanam dengan menggunakan biji benih. Sediakan lubang yang agak dalam dan masukkan 1-3 biji setiap lubang. Pada peringkat awal, kekurangan kelembapan menyebabkan keguguran daun dan tidak subur. Projek Tanaman: Pokok Betik klik di sini. Pokok betik mula mengeluarkan hasil 9 bulan selepas ditanam.
![]() |
Anak pokok betik kami yang berumur 2 bulan |
UPDATE: Pokok Betik
Pagi ini saya memindahkan pokok betik ke pasu individu. Hanya tiga pokok sahaja yang dapat tumbuh dengan sihat dari 8 biji benih yang saya tanam. Anak pokok lain mati kerana kekurangan air ketika saya pulang ke kampung. Semoga pokok ini membesar dengan sihat
Saturday, January 7, 2017
Projek Tanaman 17: Pokok Ros
![]() |
Bunga Ros Ibu |
Melihat pokok Ros ibu saya yang cantik, membuatkan saya teruja untuk mencuba menyemai anak pokok ros. Pokok ros atau lebih dikenali dengan nama mawar, mudah dibiakkan dengan cara keratan batang.
Cara-cara penanaman
1. Pilih keratan batang yang matang berukuran kira-kira 8 inci dan dipotong serong.
2. Saya sapukan sedikit penggalak akar dan disemai di dalam pasu dengan menggunakan media 'potting soil'.
3. Keratan batang yang telah disemai, saya letakkan di kawasan redup dan tidak terkena cahaya matahari. Pada mulanya, semua daun di keratan batang itu biarkan. Namun daunnya gugur satu persatu.
Sunday, January 1, 2017
Update: Setelah Seminggu diCantas

Tunas baru semakin membesar
Cerita mengenai eksperimen agar avacado mengeluarkan pucuk baru. Klik di sini
Monday, December 26, 2016
Air Terjun Lepuh
Hari minggu lalu kami ke Air Terjun Lepuh yang terletak di Pangsun, Hulu Langat. Perjalanan dari Shah Alam ke Asli Adventure Basecamp (AABC) iaitu tempat permulaan hiking adalah kira-kira 1 jam 10 minit pemanduan. Sebaik-baiknya lakukan pendakian diwaktu pagi supaya dapat bermandi-manda dan menikmati keindahan Air Terjun Lepuh. Group kami kali ini terdiri dari 3 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi saya trailnya intermediate, tidak begitu senang dan tidak begitu susah.Trail ini kurang sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun kerana trailnya agak mendaki 45 darjah. Kali ini kami mengupah jurupandu (guide) untuk ke air terjun kerana kami tidak pernah ke situ. Kami mengambil masa kira-kira dua jam setengah untuk sampai ke Air Terjun Lepoh.
![]() |
Checkpoint permulaan pendakian |
![]() |
Hikers perlu melintas 3 jambatan |
Percubaan: Avacado Bertunas Baru
Pokok Avacado ini pemberian kawan suami (Nikki). Pokok ini mengambil masa untuk kembali stabil dan daun pucuknya telah gugur. Tiada tanda-tanda pucuk baru akan tumbuh. Saya cuba mencari cara-cara untuk pokok avacado bertunas kembali di laman web namun gagal. Saya tidak berputus asa dan cuba memotong sedikit bahagian atas batang pokok avacado.
![]() |
Bahagian atas batang di potong sedikit untuk merangsang pertumbuhan pucuk baru |
![]() |
Kelihatan node baru dicelah ketiak daun |
![]() |
Mula mengeluarkan tunas baru |
Perkembangan terbaru Pokok Avacado setelah dicantas. Klik di sini
Monday, December 19, 2016
Pewarna Asli Biru
Pokok kacang telang atau dikenali dengan nama saintifiknya Clitoria ternatea adalah dari famili Fabaceae. Selain itu pokok ini juga dikenali dengan nama Butterfly Pea, Blue Pea, Bunga nasi kerabu, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pokok kacang telang adalah tumbuhan yang banyak didapati di Asia yang beriklim khatulistiwa seperti di Malaysia dan Indonesia.
Pokok kancang telang boleh hidup subur dalam medium agak lembab dan mempunyai kandungan humus yang tinggi. Selain itu pokok ini memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar. Namun pokok ini tidak sesuai di tanam atas tanah yang mudah ditenggelami air atau sangat asidik.
Pokok kancang telang boleh hidup subur dalam medium agak lembab dan mempunyai kandungan humus yang tinggi. Selain itu pokok ini memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar. Namun pokok ini tidak sesuai di tanam atas tanah yang mudah ditenggelami air atau sangat asidik.
Tuesday, December 13, 2016
UPDATE: Anak Pokok Betik
Perkembangan pokok betik setelah sebulan di semai
Anak betik pokok betik mula bercambah: Baca di sini
![]() |
Daunnya mula tumbuh seperti daun pokok betik |
Anak betik pokok betik mula bercambah: Baca di sini
Sunday, December 4, 2016
Wednesday, November 23, 2016
Petua Pokok Kari Tidak Tumbuh Pucuk
Saya binggung tengok pokok kari saya tidak tumbuh pucuk walaupun telah dibaja dan disiram setiap hari. Mengikut petua ibu saya, pokok kari akan tumbuh pucuk baru jika kita potong sedikit bahagian pucuknya. Setelah saya buat seperti saranan ibu saya, pokok kari saya mula mengeluarkan pucuk baru. Semoga pokok kari saya tumbuh dengan sihat.
![]() |
Pokok kari mula tumbuh 3 pucuk baru setelah batang atasnya saya cantas |
Update terbaru pokok kari setelah dicantas hujungnya: Lihat di Sini
Tuesday, November 22, 2016
UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma
![]() |
12 bulan |
Klik di sini : Projek penanaman kurma
Subscribe to:
Posts (Atom)