ADS

Showing posts with label Bendi. Show all posts
Showing posts with label Bendi. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Bendi: Sayur yang berlendir


Pokok Bendi

Bendi atau nama saintifiknya hibiscus esculatus adalah sejenis sayuran berbuah yang berasal dari Afrika. Bendi juga sesuai di tanam di negara-negara yang mempunyai iklim tropika dan berhawa sederhana seperti Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Pokok bendi sesuai ditanam secara komersial mahupun kitchen garden. Bendi juga dikenali sebagai lady finger's, okra (Bahasa Inggeris), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir, sayur lendir (Malaysia), haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). Kebanyakan bendi dimasak rebus atau digoreng serta boleh juga dibuat jeruk.  Terdapat 2 jenis bendi iaitu jenis 5 segi dan jenis 7 segi. Sayur bendi kaya dengan zat makanan seperti kalisum, protin, lemak, kabohidrat, karotin beta, asid askorbik, tenaga dan lain-lain. 

Ciri-ciri


Pokok bendi adalah tumbuhan separa keras dan boleh tumbuh sehingga 4 meter jika tidak dicantas. Batangnya bulat, bewarna hijau serta tegap, berbulu halus dan tidak banyak bercabang. Daunnya pula jenis tunggal, susunan berpilin, bersaiz besar dan tangkai daunnya pula bersederhana panjang.



Daun bendi mempunyai 3,5 atau 7 cuping dan permukaannya
agak kasar.

Bunga bendi berwarna kuning dan pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang dan semut. Buahnya pula terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan apabila dipetik mengeluarkan sejenis lendir. Buahnya mempunyai biji dan berlendir jika dipotong. Buah bendi berwarna hijau muda ketika muda dan mempunyai rasa yang manis. Bendi yang telah tua berwarna hijau tua dan buahnya susah untuk dikunyah dan keras. 

Buah bendi berbulu halus

Cara Menanam dalam Pasu

Buat lubang sedalam 2 cm dan letakkan 2 biji benih dalam setiap lubang. Pencambahan benih mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ia perlu ditanam di tanah lapang yang menerima sinaran matahari penuh. Selepas dua minggu, anak benih bendi telah mempunyai 4 helai daun, bolehlah mula membaja. Tapi awas agar tidak terkena batang anak pokok bendi. Bendi boleh dituai setelah berumur sebulan setengah dengan memotong batangnya dengan menggunakan pisau tajam. 



Projek Tanaman 18: Pokok Bendi

Kami ambil anak pokok bendi ini dari mak mertua. Pada mulanya pokok bendi ini hanya mempunyai 2 helai daun sahaja bak kata pepatah melayu hidup segan mati tak mahu. Namun kami cuba juga menjaganya mana tau bendi ini dapat pulih kembali.



Setelah 12 hari, pokok bendi menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Daunnya mula tumbuh.



Sekarang mempunyai 6 helai daun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...