ADS

Wednesday, May 27, 2020

Lemang (masak di dalam pressure cooker)

Sejak mengamalkan Norma Baru (PKPD), susah nak cari lemang kerana tiada lagi pasar ramadan atau peniaga-peniaga kecil di tepi jalan. Lemang antara makanan kesukaan anak-anak, jomlah kita cuba membuat lemang dengan menggunakan pressure cooker.



Bahan-bahan

Beras Pulut
Santan pekat (saya pakai santan kotak)
Garam secukup rasa
sedikit minyak
Daun Pisang
Cawan Kertas / buluh (saya hanya ada cawan kertas)

Cara-cara
1. Basuh beras pulut dan isikan ke dalam cawan 3/4 cawan kertas. 
2. Kemudian letak sedikit garam, sedikit minyak masak dan air ke dalam santan pekat. Kacau sehingga sebati. Tuangkan santan ke dalam cawan sehingga sama level dengan beras. Boleh lebihkan sedikit santan agar lemang yang dimasak lembut. Hentak sedikit cawan tadi agar padat.
3. Masukkan air ke dalam periuk pressure cooker dan susun cawan tadi di dalamnya. Kukus beras pulut kira-kira 30 minit.


4. Setelah masak, keluarkan cawan tadi dan bakar di dalam oven dengan suhu 150 degree selama 15 minit. Letak kan di aras paling bawah agar bahagian atas pulut tidak menjadi keras. Langkah ini dibuat untuk mengeringkan lemang dan memberi rasa seakan-akan lemang yang dijual.

Lemang yang telah distimkan, disusun untuk dibakar 

Lemang lebih senang dikeluarkan ketika panas kerana tidak melekat. Bau wangi daun pisang menaikkan lagi aroma seperti lemang yang dijual dipasar Ramadhan. Insya allah lemangnya lembut dan tidak ada kesan terbakar ataupun keras.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...