ADS

Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Taman Cabaran Putrajaya

Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall Climbing)

Untuk adventure kali ini. kami ke Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall climbing) yang terletak di seksyen 5, Putrajaya. Lokasi kompleks ini  agak rumit namun pengunjung boleh menggunakan GPS untuk mencari lokasinya. Klik sini untuk lokasi Kompleks Kemudahan Sukan Ekstrim (Sukan Wall climbing). Koordinat GPS: 2.8889273,101.6663448.

Lokasi Taman Cabaran Putrajaya


Kompleks sukan ini dibuka dari hari Ahad hingga hari Khamis dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam dan hari Rabu, Jumaat dan Sabtu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kompleks ini akan ditutup pada hari pertama dan ketiga Isnin pada setiap bulan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja membaikpulih. Bayaran dikenakan sebanyak RM6.00 bagi dewasa, Pelajar sebanyak RM3.00 dan kanak-kanak adalah percuma.

Banggunan kompleks ini adalah seluas 2,100 kaki persegi dan menyediakan indoor wall climbing setinggi kira-kira 20 meter dan berbentuk trapezoidal. Terdapat enam zone iaitu:

Zon A: Expert Bouldering Wall
Zon B: Beginners Bouldering Wall
Zon C: Expert Lead Wall
Zon D: Top Roping Wall
Zon E: Speed Climbing Wall
Zon F: Intermediate Lead Wall


Monday, February 22, 2016

Air Terjun Sofia Jane



Pada 21 Februari 2016 lalu, kami sekerluarga dan geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) telah berpakat trekking ke Air Terjun Sofia Jane, Kemensah. Air terjun ini terletak di Kampung Kemensah Ulu Kelang. Kira-kira 10 minit perjalanan dari pintu Zoo Negara ke Kampung Kemensah hingga ke penghujung jalan.

Jalan di sebelah Zoo Negara


Kami melintasi kawasan perkelahan di mana banyak chalet-chalet pensendirian berhampiran sungai Kemensah. Kami pakir berhampiran kawasan rekreasi ATV Kuala Lumpur sebelum memulakan trekking.

Perjalanan off road bermula dari Institut Budaya Baru Melayu. Terdapat denai kecil yang menghubungkan dunia luar ke Air Terjun Sofia Jane. Terdapat pelbagai cara untuk ke air terjun tersebut antaranya seperti hiking, menaiki basikal mountain bike, menaiki motor scrambler dan menaiki ATV. Tepuk dada tanya selera. Jika sukakan cabaran aktiviti lasak, pengunjung boleh menyewa ATV di kawasan rekreasi berkenaan untuk sampai ke air terjun. Bagi kami, kami memilih untuk hiking hingga ke air terjun yang mengambil masa kira-kira dua jam. Sesekali kami terserempak dengan pengunjung-pengunjung yang menaiki ATV, Motor scrambler dan Mountain bike.


Aktiviti lasak bagi pengunjung yang inginkan cabaran.


Sambil berbasikal, pengunjung dapat menikmati keindahan semula jadi

Jalam treknya agak santai dan sesekali mendaki. Anak-anak kecil kami sentiasa bertanya "lama lagi ke?" tidak sabar agaknya untuk bermandi manda di air terjun yang sejuk lagi menyegarkan itu.

Ikut laluan ATV Trail sehingga tiba ke air terjun.
Kecil-kecil sudah mengikut ibu dan ayah trekking di rimba

Terdapat 6 buah air terjun di Hutan Komuniti Kg Kemensah antaranya
Air Terjun Sofia Jane, Air Terjun Lata Sham, Cabang Sungai, Air Terjun Lata Pinang, Air Terjun Maya Karin dan Air Terjun Neolofa

Mengikut penduduk kampung Kemensah, nama asal Air Terjun Sofia Jane adalah Jeram Kubang Gajah.


Sebaik sahaja tiba ke papan tanda kedua, trek mula menurun sehingga tiba ke Air Terjun Sofia Jane. mengikut cerita orang kampung di situ, air terjun ini mempunyai tiga tingkat. namun kami tidak meneruskan perjalanan dan hanya berpiknik di tingkat bawah. Kami menikmati pelbagai juadah yang di bawa antaranya nasi berlaukkan ayam masak cili padi, roti jala, sandwich dan kek batik.

Selain membawa bekal dari rumah, geng MROT turut menggoreng
cucur udang.

Makan dahulu sebelum berendam di dalam air sungai yang sejuk

Kami turut tidak melepaskan peluang berendam di dalam sungai dan berdiri di bawah air terjun. Airnya sungguh sejuk dan menyegarkan. Salute dan tabik spring kepada geng MROT yang begitu sporting dan awesome.

Air yang jatuh di belakang terasa seperti 'massage' 

Walaupun di tengah-tengah keheningan Kotaraya, nun jauh di sana
masih terdapat air terjun yang mendinginkan


Saturday, February 20, 2016

Bukit Broga



Pada April 2015 lalu, kami sekeluarga telah mendaki Bukit Broga yang terletak di semenyih. Bukit ini menjadi pilihan kerana tahap pendakian yang agak mudah. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mencuba mendaki bukit Broga. Seawal 6.30 pagi, kami mula mendaki bukit Broga. Walaupun laluan agak gelap, namun 'kemeriahan' para pendaki lain yang turut sama mendaki sedikit sebanyak menceriakan suasana pagi tersebut. pendakian bermula dari kawasan pakir di ladang kelapa sawit hingga ke pintu gerbang Bukit Broga. Perjalanan diteruskan dengan mendaki laluan yang dikelilingi pokok-pokok hutan kira-kira 45 minit bergantung pada tahap kelajuan individu. Pendakian hendaklah dibuat dengan berhati-hati kerana agak licin dan curam. Kanak-kanak hendaklah sentiasa di awasi agar tidak berlaku sebarang kemalangan.

Permulaan pendakian Bukit Broga

Kemudian, kami tiba di kawasan pendakian yang agak terbuka seluas mata memandang. kelihatan lalang-lang melambai-lambai menyambut kedatangan kami. Matahari mula menyinari dan suasana menjadi sedikit panas. laluannya sedikit mendatar dan bolehlah berehat sebentar bagi melepaskan lelah.


Thursday, February 18, 2016

Taman Eko Rimba KL

Pintu masuk melalui Menara Kuala Lumpur

Taman Eko Rimba KL terletak di Hutan simpan Bukit nanas. Hutan simpan ini adalah satu-satunya hutan yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan simpan Bukit Nanas juga dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan adalah tertua di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang strategik iaitu ditengah-tengah kotaraya dan dikelilingi hutan batu (bangunan) memainkan peranan penting sebagai 'Green Lung'' di Kuala Lumpur. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh secara semulajadi dan menikmati siulan sang burung yang terdapat di kawasan sambil bersiar-siar.  Terdapat dua pintu masuk: Pintu 1 melalui Menara Kuala Lumpur berdekatan parkir bas pelancong dan Pintu 2: melalui Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Chulan.



Terdapat beberapa tempat menarik antaranya Taman Herba, Taman Orkid, Jambatan gantung, jalan-jalan denai, tapak perkhemahan dan kemudahan perkhemahan. Disarankan memakai baju tangan panjang dan bewarna cerah kerana kawasan ini banyak nyamuk. Makanan dan air perlu dibawa kerana tiada gerai yang berdekatan kecuali di Menara Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...