![]() |
Pokok Kurma memerlukan kawasan yang panas dan kering. Tidak sesuai di kawasan tanah yang lembab. |
ADS
Wednesday, June 14, 2017
UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma di Kampung
Kami membawa pokok kurma untuk ditanam di kampung halaman. Pokok ini menerima cahaya matahari yang mencukupi. Namun pokok ini masih ditanam di dalam polibeg untuk mengelak babi hutan memakan anak pokok ini. Pokok kurma mula mengeluarkan pucuk daun yang berpelepah seperti pokok asal.
Wednesday, May 24, 2017
Update: Perkembangan Pokok Betik
![]() |
Pokok betik yang berumur 5 bulan. |
Artikel mengenai pokok betik: Klik di sini
Sunday, May 21, 2017
Update: Perkembangan Pokok Kurma
![]() |
1 tahun 4 bulan: Daun kurma yang ke-6 mula tumbuh |
Saturday, May 20, 2017
Projek Tanaman 21: Pokok Belalai Gajah
Cara-cara menanam Pokok Belalai Gajah
1. Ambil keratan batang berukuran kira-kira 4 - 6 inci. Pilih keratan yang keras atau matang
2. Rendamkan keratan tersebut di dalam air dan dicampur sedikit penggalak akar bagi mempercepatkan proses penumbuhan akar. Letakkan di tempat yang redup
3. Keratan batang tadi bolehlah ditanam di dalam pasu ataupun polibeg setelah ditumbuhi akar.
Artikel mengenai pokok belalai gajah. Klik di sini
1. Ambil keratan batang berukuran kira-kira 4 - 6 inci. Pilih keratan yang keras atau matang
2. Rendamkan keratan tersebut di dalam air dan dicampur sedikit penggalak akar bagi mempercepatkan proses penumbuhan akar. Letakkan di tempat yang redup
3. Keratan batang tadi bolehlah ditanam di dalam pasu ataupun polibeg setelah ditumbuhi akar.
![]() |
Hari ketiga: Pucuk baru tumbuh di atas ruas batang |
![]() |
Akar tumbuh di hujung batang |
Thursday, May 11, 2017
Wednesday, May 10, 2017
Projek Tanaman 20: Pokok Nanas
Kami sekeluarga gemar makan buah nanas. Selain rasanya yang manis, buah nanas juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Cara-cara menanam nanas
1. Untuk menanam nanas, saya membeli sebiji buah nanas segar di pasar tani. Pilih buah nenas yang mempunyai kulit keras, berwarna coklat keemasan dan matang. Cium aroma nanas untuk mengetahui kematangannya; nanas matang mengeluarkan aroma yang manis dan kuat.
Jika ingin menanam tanaman nanas yang baru, pastikan:
a: Pastikan nanas yang dipilih adalah matang dan bukannya terlalu matang. Jika daunnya senang tercabut bila ditarik secara perlahan-lahan, maka nanas itu sudah terlalu matang.
b: Pastikan tampuk daunnya masih hijau dan tidak ditumbuhi serangga di bahagian dasar daunnya. Serangga ini kelihatan seperti bintik-bintik kecil berwarna kelabu.
2. Putar daun pada bahagian atas nanas untuk mencabutnya. Cara ini akan menjaga bahagian dasar daun tetap utuh. Tanpa dasar daun ini, akar nanas tidak dapat tumbuh.
3. Petik beberapa helai daun di bahagian bawah untuk membuka batang nanas supaya batang mengeluarkan akar setelah ditanam.
4. Rendam bahagian bawah mahkota nanas di dalam bekas yang diisi air manakala bahagian daunnya berada di bahagian atas air.
5. Letakkan bekas tersebut di tepi jendela sehingga ditumbuhi akar. Gantikan air rendaman setiap beberapa hari agar tidak ditumbuhi lumut.
6. Mahkota nanas tadi boleh ditanam di dalam media tanaman apabila akarnya tumbuh kira-kira 1 inci.
Update: Pokok Keladi Hiasan
Selepas 9 bulan
![]() |
Alhamdulillah pokok keladi saya bertambah subur dan membiak |
Sebelum
Artikel mengenai cara-cara penjagaan dan langkah keselamatan. Baca di sini
Puteri Putih yang comel
Sunday, March 5, 2017
Bila Alisya Zafeerah berkarya
Thursday, February 9, 2017
Projek Tanaman 19: Pokok Pisang Kaki
Untuk projek tanaman yang baru, saya bersama anak-anak mencuba menyemai biji buah pisang kaki pada awal Disember 2016 yang lalu. Walaupun peluang biji ini bercambah adalah nipis, kami mencubanya sekadar suka-suka. Kami tanam biji benih di dalam pasu pokok kurma dan tidak sangka anak benih boleh bercambah.
![]() |
Benih mula bercambah kira-kira 2 minggu di semai |
![]() |
8 Januari 2017: Dua minggu setelah bercambah |
![]() |
31 Januari 2017: Anak pokok mempunyai 3 helai daun |
Tuesday, January 31, 2017
My 2 Fighters!!
Bendi: Sayur yang berlendir
![]() |
Pokok Bendi |
Bendi atau nama saintifiknya hibiscus esculatus adalah sejenis sayuran berbuah yang berasal dari Afrika. Bendi juga sesuai di tanam di negara-negara yang mempunyai iklim tropika dan berhawa sederhana seperti Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Pokok bendi sesuai ditanam secara komersial mahupun kitchen garden. Bendi juga dikenali sebagai lady finger's, okra (Bahasa Inggeris), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir, sayur lendir (Malaysia), haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). Kebanyakan bendi dimasak rebus atau digoreng serta boleh juga dibuat jeruk. Terdapat 2 jenis bendi iaitu jenis 5 segi dan jenis 7 segi. Sayur bendi kaya dengan zat makanan seperti kalisum, protin, lemak, kabohidrat, karotin beta, asid askorbik, tenaga dan lain-lain.
Ciri-ciri
Pokok bendi adalah tumbuhan separa keras dan boleh tumbuh sehingga 4 meter jika tidak dicantas. Batangnya bulat, bewarna hijau serta tegap, berbulu halus dan tidak banyak bercabang. Daunnya pula jenis tunggal, susunan berpilin, bersaiz besar dan tangkai daunnya pula bersederhana panjang.
![]() |
Daun bendi mempunyai 3,5 atau 7 cuping dan permukaannya agak kasar. |
Bunga bendi berwarna kuning dan pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang dan semut. Buahnya pula terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan apabila dipetik mengeluarkan sejenis lendir. Buahnya mempunyai biji dan berlendir jika dipotong. Buah bendi berwarna hijau muda ketika muda dan mempunyai rasa yang manis. Bendi yang telah tua berwarna hijau tua dan buahnya susah untuk dikunyah dan keras.
![]() |
Buah bendi berbulu halus |
Cara Menanam dalam Pasu
Buat lubang sedalam 2 cm dan letakkan 2 biji benih dalam setiap lubang. Pencambahan benih mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ia perlu ditanam di tanah lapang yang menerima sinaran matahari penuh. Selepas dua minggu, anak benih bendi telah mempunyai 4 helai daun, bolehlah mula membaja. Tapi awas agar tidak terkena batang anak pokok bendi. Bendi boleh dituai setelah berumur sebulan setengah dengan memotong batangnya dengan menggunakan pisau tajam.
Projek Tanaman 18: Pokok Bendi
Kami ambil anak pokok bendi ini dari mak mertua. Pada mulanya pokok bendi ini hanya mempunyai 2 helai daun sahaja bak kata pepatah melayu hidup segan mati tak mahu. Namun kami cuba juga menjaganya mana tau bendi ini dapat pulih kembali.
Setelah 12 hari, pokok bendi menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Daunnya mula tumbuh.
Setelah 12 hari, pokok bendi menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Daunnya mula tumbuh.
![]() |
Sekarang mempunyai 6 helai daun |
UPDATE: Kemunting Cina
Pokok Betik
Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya dipercayai berasal dari Amerika Tropika. Kini pokok betik banyak tumbuh di negara-negara ASEAN seperti di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Pokok betik adalah tumbuhan renek yang boleh tumbuh setinggi 2 hingga 7 meter. Pokok betik mempunyai jangka hayat dalam 2 hingga 3 tahun dan berbuah sepanjang musim.
![]() |
Pokok ini berbatang tunggal, tengah berongga, kulitnya mempunyai bekas parut batang daun. |
![]() |
Daunnya majmuk dan berbentuk seperti jari tangan serta tidak berbulu. Urat daun jelas kelihatan, susunan berpilin serta tangkai daun yang panjang dan berongga. |
Bunganya pula terdiri dari bunga jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit) yang keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan bersaiz kecil, tumbuh majmuk dan berwarna kuning muda. Bunganya mempunyai 5 kelopak dan bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun.
Buah betik mempunyai saiz yang berbeza, rupa bentuk dan rasa yang berlainan. Kebiasaannya ia berbentuk bujur, kulit licin, berwarna hijau dan bertukar kuning atau oren bila matang. Bahagian tengahnya berlubang dan dipenuhi biji kecil berwarna hitam. Buah betik yang mengkal (agak keras) digunakan untuk membuat rojak buah-buahan bersama-sama mangga, timun, kedondong, nanas dan sengkuang. Betik muda pula digunakan untuk membuat jeruk manis. Buah betik yang telah masak sedap dimakan segar sebagai pencuci mulut. Pucuk betik boleh dimasak sebagai sayuran atau direbus serta dimakan bersama-sama sambal belacan.
Cara Menanam Betik
Pokok betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan dan tidak sesuai ditanam di kawasan angin kuat kerana pokok betik boleh tumbang. Pokok betik memerlukan sistem pengairan yang boleh menghalang dari berlakunya banjir dan kesesuaian tanah ialah pH 5.0 - 5.5.
Pokok betik ditanam dengan menggunakan biji benih. Sediakan lubang yang agak dalam dan masukkan 1-3 biji setiap lubang. Pada peringkat awal, kekurangan kelembapan menyebabkan keguguran daun dan tidak subur. Projek Tanaman: Pokok Betik klik di sini. Pokok betik mula mengeluarkan hasil 9 bulan selepas ditanam.
![]() |
Anak pokok betik kami yang berumur 2 bulan |
UPDATE: Pokok Betik
Pagi ini saya memindahkan pokok betik ke pasu individu. Hanya tiga pokok sahaja yang dapat tumbuh dengan sihat dari 8 biji benih yang saya tanam. Anak pokok lain mati kerana kekurangan air ketika saya pulang ke kampung. Semoga pokok ini membesar dengan sihat
Saturday, January 7, 2017
Projek Tanaman 17: Pokok Ros
![]() |
Bunga Ros Ibu |
Melihat pokok Ros ibu saya yang cantik, membuatkan saya teruja untuk mencuba menyemai anak pokok ros. Pokok ros atau lebih dikenali dengan nama mawar, mudah dibiakkan dengan cara keratan batang.
Cara-cara penanaman
1. Pilih keratan batang yang matang berukuran kira-kira 8 inci dan dipotong serong.
2. Saya sapukan sedikit penggalak akar dan disemai di dalam pasu dengan menggunakan media 'potting soil'.
3. Keratan batang yang telah disemai, saya letakkan di kawasan redup dan tidak terkena cahaya matahari. Pada mulanya, semua daun di keratan batang itu biarkan. Namun daunnya gugur satu persatu.
Sunday, January 1, 2017
Update: Setelah Seminggu diCantas

Tunas baru semakin membesar
Cerita mengenai eksperimen agar avacado mengeluarkan pucuk baru. Klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)