ADS

Showing posts with label Update. Show all posts
Showing posts with label Update. Show all posts

Saturday, August 27, 2016

UPDATE: Buah Cili Semakin Besar


Pokok cili yang berjaya membesar dengan sihat

Pengalaman pertama menanam pokok cili merah di halaman rumah memberi kami pengalaman yang amat mengujakan. Setelah banyak percubaan penanaman dilakukan namun hasilnya tidak menjadi. Anak-anak pokok diserang penyakit layu pucuk, lecur ketika kepanasan, pokok mati kelayuan dan sebagainya. Anak-anak pokok yang berpenyakit dicabut dan terus dibuang agar tidak menjangkiti pokok yang sihat. Hanya tinggal satu pokok cili sahaja yang sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda berpenyakit.

Anak pokok cili yang terpaksa dibuang setelah dijangkiti penyakit layu pucuk

Tuesday, August 2, 2016

UPDATE: Cili Merah dah berbuah!!


Masalah:
Pokok cili kami tidak mengeluarkan buah kerana tiada agen pendebungaan memandangkan kami tinggal di rumah pangsa. Pokok  cili hanya berbunga sahaja kemudian gugur. Walaupun siraman dua kali sehari dan baja seminggu sekali.

Penyelesaian:
Kami melakukan pendebungaan manual iaitu dengan menggeselkan kedua-dua bunga (bahagian depan bunga). Alhamdulillah nampaknya usaha kami berhasil. Pokok cili mula kelihatan seperti berbuah. Kami berharap buahnya menjadi. 

Cara menanam dan penjagaan: Klik di sini

Thursday, July 21, 2016

UPDATE: Pokok Tin


 Percubaan

1. Kami letak tanah lagi di dalam kedua-dua pasu pokok tin kerana dapati tanah sebelum ini terlalu sedikit dari tutorial2 yang kami lihat. Kami menggunakan media campuran cocopeat dan tanah merah dan top soil. pertumbuhan pokok semakin cepat. 

2. Pemberian baja organik 2 minggu sekali.

Kami masih lagi mempelajari cara-cara penjagaan pokok tin dari A to Z. Kami berharap kami akan berjaya. Insya Allah, kami akan repotting pokok Tin ke dalam pasu yang lebih besar. 

Tumbuh satu batang di batang utama





Pertama kali anak pokok diterima. Sila klik di sini




Tuesday, July 19, 2016

UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma





Jun 2016, salah satu pokok kurma kami mula tumbuh daun yang ketiga. Walaupun mengambil masa yang lama, kami tidak sabar menunggu perkembangan yang seterusnya. 

Sunday, July 17, 2016

UPDATE: Pokok Tetulang



Setelah lama menunggu tanpa berputus asa, akhirnya keratan pokok tetulang ini memberi kami harapan baru. Pagi ini, kami terperanjat melihat keratan anggur ini mengeluarkan pucuk baru setelah 3 bulan lamanya. 



Artikel mengenai keratan Pokok Tetulang baca di sini.

Sunday, July 10, 2016

UPDATE: Siraman Secara Rendaman

UPDATE: Setelah pulang bercuti, pokok kami yang diletakkan sekeliling DIY secara rendaman masih segar dan tidak layu. Air di dalam bekas habis 'diminum' oleh beberapa pokok. 


Keadaan pokok setelah 5 hari

Ini merupakan kali pertama kami melakukan DIY ini. Dengan bahan-bahan yang ada kami mencuba melakukan yang terbaik. Syukur alhamdulillah pokok-pokok kami masih bertahan selama 5 hari. Maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat SIraman Secara Rendaman, sila klik di sini

Saturday, July 9, 2016

UPDATE: DIY Siraman secara Tirisan

Setelah pulang bercuti, hati ini berdebar-debar mengenangkan nasib pokok-pokok kesayangan yang ditinggalkan. Hanya berharapkan air yang ditinggalkan atau hujan turun membasahi kawasan kediaman. 

Hati menjadi tenang apabila melihat  pokok kesayangan masih lagi segar dan air di dalam botol habis 'diminum'. Namun ada juga dua botol yang tidak menjadi.. namun pokok tetap kelihatan segar dan tidak layu. Ini merupakan pertama kali kami mencuba DIY ini. Masih ada kekurangan yang perlu dibaiki. Kami dapati lubang yang dibuat ditutupi tanah maka airnya tidak dapat mengalir keluar. 



Setelah 5 hari ditinggalkan.



Botol di Pokok Pandan tidak menjadi
Ingin maklumat lanjut cara-cara membuat DIY Siraman secara Tirisan sila ke link ini. 

Friday, March 4, 2016

Penanaman Kurma (update 2)

Update 2

Pada 4 Mac 2016 lalu, ketika meninjau kebun rumah tinggi, saya dapati 4 anak pokok kurma mula tumbuh daun kedua. Keempat-empat pokok ini diletakkan di kawasan panas terik petang. manakala 9 anak pokok lagi yang ditempatkan di tempat redup belum lagi mengeluarkan daun kedua.

Pokok anak kurma yang diletakkan di tempat panas

Ke pautan Projek Tanaman 4: Kurma. Klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...