ADS

Wednesday, May 27, 2020

Sambal Goreng Jawa

Setiap kali menjelang Hari Raya, Sambal Goreng Jawa ini menjadi hidangan utama dalam keluarga KHIM Family. Hidangan ini turun temurun dari arwah nenek Rafeah. Tak lengkap rasanya jika beraya tanpa hidangan ini. Kini cucunya pula meneruskan tradisi menyediakan Samball Goreng Jawa setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Jika di Bagan (kampung saya), ada pelbagai cara sambal goreng ini dimasak antaranya ada yang letak hati atau pedal, ada yang meletakkan kicap, cili mahupun kentang. 



Bahan-bahan

10 pek Tempe (balut dengan daun)
3 ketul Tauhu basah
Udang kecil (banyak lagi sedap)
4 sudu Udang kering (kisar)
segenggam Cili kering (gunting kecil-kecil) 
setengah biji Bawang Besar (kisar)
4 ulas Bawang putih (kisar)
Sedikit belacan
Sedikit air Asam Jawa
segenggam Suun (saya letak banyak sebab anak suka)
3 keping Tauhu Kering (ni yang bentuk macam kain)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Rendam tauhu kering dan suun di dalam air sebelum dipotong kecil-kecil. 
2. Tempe dan tauhu di potong kecil serta di perisakan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.


Jangan goreng tauhu terlalu lama, cukup sekadar kekuning-kuningan. Ini untuk mengelakkan tauhu hancur ketika di tumis. Tauhu yang di goreng lama akan menjadi keras.

Jangan potong tempe terlalu nipis nanti pecah ketika goreng

3. Cuci udang dan buangkan kepalanya sahaja serta perisakan dengan garam dan kunyit. Goreng udang tersebut sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan belacan sehingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa.
5. Apabila mendidih, masukkan tauhu, tempe dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan udang kering, cili kering, tauhu kering dan suun. Gaul sehingga mesra bahan-bahan tersebut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...