ADS

Tuesday, May 26, 2020

Resepi Serunding Kelapa


Teringat serunding kelapa mak me. Selalu waktu Hari Raya, Mak me selalu buat serunding kelapa untuk di makan bersama-sama lodeh. Tahun 2020 (PKPD) raya hanya dibenarkan di rumah sendiri maka tak dapatlah merasa. Teringin punya pasal cuba buat. Adik buat hari tuh tak puas makan.






Resepi:
Bahan-bahan
2 Biji Kelapa
Air Asam jawa secukup rasa

Bahan Kisar
2 inci lengkuas (tak letak sebab tak suka rasanya)
2 inci halia
2 batang serai
2kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar (sangai dulu)
1 sudu makan jintan manis (sangai dulu)
1 sudu teh jintan putih (sangai dulu)
2 sudu makan Udang Kering

Cara-cara
1.Panaskan sedikit binyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kelapa jadi ringan dan kering
4. Sedia dihidangkan.

Nota Kaki:
Sekiranya ingin membuat serunding kelapa yang kering dan tahan lama, sangai dahulu kelapa parut dengan api yang perlahan tanpa minyak. Bila kelapa parut sudah kering dan kekuningan, angkat dan masukkan dalam bekas lain dulu.


Kelapa yang telah disangai

Setelah tumis kesemua bahan tadi, masukkan kelapa parut yang telah disangai. Boleh dimakan bersama ketupat nasi atau ketupat palas ataupun kuah lodeh.

Sumber: Blog cik matahariku dan dicuba oleh: Alina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...