Kami berkumpul di Camar Laut, Bagan Lalang pada 1 Disember 2018. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Selesai solat Magrib, kami menikmati hidangan makan malam yang dibawa secara potluck. Hidangan utama sudah tentu disediakan oleh Family Mamaya (Alia) Nasi butter dan Buttered Chicken. Selain itu, terdapat juga kari ikan, masak lemak pucuk ubi dan fungus hitam, ikan pekasam, ulam-ulaman, sambal belacan, mushroom sup, roti, buah-buahan, ais krim, pizza,kuih muih dan air.
Bersama-sama Mak Long, Mamah dan Mak Ros.
Pelbagai juadah dihidangkan sehingga penuh satu meja.
Acara diteruskan dengan pakaian beragam oleh cucu-cucu Tok Mail dan Nek Jun. Mereka kelihatan comel dan cantik sekali dengan gaya tersendiri.