ADS

Sunday, December 9, 2018

Family Day 2018 di Camar Laut, Bagan Lalang

Family Day ~ 2 Disember 2018
Kami berkumpul di Camar Laut, Bagan Lalang pada 1 Disember 2018. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Selesai solat Magrib, kami menikmati hidangan makan malam yang dibawa secara potluck. Hidangan utama sudah tentu disediakan oleh Family Mamaya (Alia) Nasi butter dan Buttered Chicken. Selain itu, terdapat juga kari ikan, masak lemak pucuk ubi dan fungus hitam, ikan pekasam,  ulam-ulaman, sambal belacan, mushroom sup, roti, buah-buahan, ais krim, pizza,kuih muih dan air.

Bersama-sama Mak Long, Mamah dan Mak Ros. 

Pelbagai juadah dihidangkan sehingga penuh satu meja.
Acara diteruskan dengan pakaian beragam oleh cucu-cucu Tok Mail dan Nek Jun. Mereka kelihatan comel dan cantik sekali dengan gaya tersendiri.



Pelbagai ragam.. Ada puteri, darthvader, mafia girl, pak arab hansem, spiderman, momo dan minnie mouse

Superhero dan wild wild west
 Aktiviti diteruskan dengan acara Beramah mesra antara family. Setiap ahli keluarga dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Papadom dan kumpulan Yokohama Dey !!


Mr. MC kita pada malam itu, Abang Man.


Jangan tak percaya, kira-kira 33 orang berada di dalam satu chalet yang mempunyai 2 bilik itu!!

Soalan pertama: Para peserta perlu menjawab soalan kuiz teka teki yang diberikan oleh Mr Mc. Setiap satu soalan bernilai 2 markah.




Soalan Kedua: Sambungkan perkataan sehingga menjadi ayat yang difahami. Kumpulan yang menggunakan perkataan paling banyak dikira pemenang.

Soalan ketiga: Lukis dan teka ayat yang diberikan oleh Mr. Mc. 
Family Gathering sempena Hari Ulang Perkahwinan Pak dan Mak yang ke 46 tahun

Acara beramah mesra diakhiri dengan pemberian hadiah kepada para peserta. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan papadom manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Yokohama Dey!!



Keesokan hari kami menikmati sarapan percuma yang disediakan oleh pihak Camar Laut. Bagi yang tidak mendapat tiket sarapan percuma, boleh menikmati sarapan dengan membayar RM5.00 dikaunter. Pihak Camar Laut menyediakan nasi lemak, kueh tiau goreng, nugget dan roti bakar. Turut disediakan jus oren, kopi dan teh.

Cucu-cucu dah tak sabar nak bermandi manda. Lautnya surut, maka cucu-cucu terus terjun ke dalam swimming pool di Camar Laut.






Sebelum pulang jom kita bergambar buat kenang-kenangan.. Moga dapat berkumpul lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...