ADS
Saturday, December 8, 2018
Pomegrante Molasses (molasse delima)
Bahan-bahan
2 cawan jus delima
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar jus lemon
Cara-cara
1. Satukan jus delima, gula dan jus lemon di dalam periuk. Kacau sehingg gula hancur. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan campuran tadi mereneh perlahan-lahan. Anda dapat lihat ada buih-buih kecil di tengah-tengah periuk.
2. Renehkan campuran ini kira-kira 1 jam hingga ke 1 jam 15 minit. Kacau perlahan-lahan campuran ini agar gula tidak melekat di dasar periuk.
3. selepas sejam, anda boleh lihat campuran tadi menjadi lebih likat dan buih semakin banyak. Molasses siap apabila molasses tadi melekat di belakang sudu. Sejukkan 15 saat dan jika coretan bersih. campuran ini kelihatan cair. Jangan bimbang kerana Molasses akan likat apabila sejuk.
4. Tutup api dan biarkan molasses sejuk (10 hingga 15 minit) sebelum dimasukkan ke dalam bekas kaca. Molasses boleh disimpan beberapa bula di dalam peti sejuk. Rasanya masam-masam manis.
Definisi
Molase: Sirap pekat yang manis dan melekit. Warnanya agak kekuning-kuningan atau perang tua. Molase digunakan untuk memasak, membuat gula-gula, menyuling alkohol dan sebagai makanan haiwan ternakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment