ADS

Monday, October 29, 2018

Homemade Mushroom Soup


Masa: 1 jam 35minit  Hidangan: 8 orang

Bahan-Bahan
900g White Button Mushroom 
1 cawan Heavy whipping cream (cooking cream)
1/2 bawang Holand (hiris-hiris)
Secubit garam secukup rasa
2 sudu besar majerin
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 ulas bawang putih
4 cawan air stok ayam
1 cawan air (jika perlu)
secubit lada hitam


Cara-cara


Cendawan dibasuh dan dihiris halus.


Cairkan mentega dan masukkan cendawan ke dalam periuk. Cendawan yang dimasak akan mengeluarkan air 'jus'nya. Goreng sehingga cendawan berwarna coklat dan airnya kering iaitu kira-kira 15 minit. Sentiasa gaul supaya cendawan tidak hangus.


Setelah air cendawan kering, kecilkan api dan goreng bawang  dalam 2 minit sehingga naik bau. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul kesemua bahan kira-kira 2 minit untuk menghilangkan rasa tepung. 


Masukkan air stok ayam, secubit garam dan bawang putih serta renehkan kira-kira satu jam. Ketepikan sedikit cendawan untuk hiasan. Kemudian sup dikisar halus sedikit demi sedikit di dalam blender. Setelah diblender, panaskan sup yang telah dikisar dengan api kecil. Letakkan heavy whipping cream serta kacau sehingga sebati. Tambah sedikit air mengikut kepekatan yang diperlukan. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...