ADS

Thursday, October 4, 2018

Chicken Shephered Pie


Bahan-bahan untuk Filling
(A)
50g Unsalted butter
50g tepung gandum
350ml stok ayam
350ml susu skim (saya guna susu segar)
50g Cheddar cheese
1/2 lemon
400g isi ayam yang telah direbus (dicarik-carik)
200g bayam (direbus)
4 biji telur ayam

(B)
7 biji kentang

Cara-cara
1. Panaskan oven 200 celcius.

2. Kupas kentang dan potong kecil kira-kira 2cm. Rebus kentang selama 15 minit atau sehingga lembut. Masukkan telur di minit 8 yang terakhir. (jimatkan masa)

3. Sementara menunggu kentang masak, mari kita membuat sos (filling). Cairkan butter di atas pan dan letakkan tepung. Gaulkan sebati sebelum masukkan sikit demi sedikit stok ayam dan susu. Kacau sos tersebut sehingga tidak berketul-ketul. Sebaik sahaja sos ini menggelegak, kecilkan api dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan sedikit garam, lada hitam, cheese dan jus lemon. Tutup api dan ketepikan.

5. Gunakan mangkuk (yg boleh dibakar dalam oven) berukuran 25cm x 30cm. Boleh juga guna mangkuk yang kecil dan bakar sebanyak 2 kali. isi ayam yang telah dihiris disusun dalam mangkuk diikuti dengan telur rebus dan bayam. Tuang sos ke dalam mangkuk tersebut dan biarkan sejuk seketika.




6.Kentang rebus tadi ditapis dahulu sebelum dihancurkan dengan menggunakan garpu. Letak sedikit olive oil, butter dan sedikit susu. Telur dikupas dan dipotong suku. Ceduk kentang itu dan letakkan di atas filling dan ratakan dengan garpu.




7. Parut cheese di atas kentang sehingga menutupi keseluruhan ruang.




8.Bakar di dalam oven selama 45 minit sehingga anda melihat sosnya menggelegak dibahagian tepi mangkuk. Atasnya kelihatan kelihatan coklat. Selamat mencuba!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...