ADS

Tuesday, December 1, 2020

Ayam Percik

 


Teringat masa meningkat remaja , suami kakak buatkan ayam percik kelantan. Sedapnya alahai tak terkata. Masa tu, parents masih duduk di Taman Melewar. Dah hampir 22 tahun lalu rasanya. Kerana teringin mama cuba buat mengikut resepi yang digoogle. Bezanya kalau masak di dalam oven, rasa pahit bakar tu tak ada. Di sini resepinya mengikut blog Azie kitchen mengikut olahan mama.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (potong 2)
Garam secukup rasa
2 sudu kecil gula
1 keping asam keping kecil

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar cili giling (nak pedas letak banyak)
1 kotak santan kara (saya suka guna kara sebab pekat)

Cara-cara
1. Kisar semua bahan di atas dan ambil sedikit untuk dilumur di atas ayam. Perap seketika dan kukus sehingga masak.
2. Lebihan bahan dikisar di masak di atas api perlahan sambil di kacau. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat. Kemudian masukkan asam keping seketika dan terus dikeluarkan agar kuah tidak menjadi terlalu masam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Ayam kukus tadi dibakar dan dilumurkan dengan kuah percik tadi secara selang seli. Buat untuk kedua-dua belah. Setelah ayam kelihatan keperangan bolehlah diangkat dan dihidang. 
4. Akhir sekali, lumurkan ayam dengan kuah percik sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...